Thursday, January 19, 2012

JUST FOR LAUGH

TIRU
Suatu hari ayah Harun di panggil guru besar sekolah kerana Harun didapati selalu meniru di dalam ujian. Setiap kali ujian, Harun didakwa selalu duduk disebelah kawan baiknya Samsul.

Ayah: Saya tak percaya anak saya meniru setiap kali ujian!
Cikgu: Betul encik.kami bukan tuduh begitu sahaja.
Ayah: Ape buktinya?
Cikgu: Nah,ini buktinya kalo encik tak percaya tengoklah sendiri.

Ayah Harun melihat kertas jawapan Harun dan Samsul;

Soalan pertama: Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia?
Harun dan Samsul memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.

Ayah: Memanglah jawapan mereka sama. Macam mana cikgu kata anak saya meniru?
Cikgu: Sabar encik, cuba encik lihat soalan kedua.

Ayah Harun melihat soalan kedua: Pada tahun berapakah negara kita mencapai
kemerdekaan?
Sekali lagi Harun dan Samsul memberikan jawapan yang sama: 31 Ogos 1957.

Ayah Harun sekali lagi marah,tetapi ditenteramkan untuk terus membaca

Soalan ketiga: Siapakah yang duduk disebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka?

Samsul menulis jawapanya :maaf, saya tak tahu
Harun menulis: kalau kau tak tahu aku lagi tak tahu!!
-----------------------------------------------------------------------------------------
Dilema Ayam dan Lembu

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,macamana aku nak dapat anak?
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil jek!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada.Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
--------------------------------------------------------------------------------------------
NENEK YANG NAZAK
Seorang nenek yang sedang nazak didatangi cucunya Mamod, tiba2 nenek terketar2 dan memberi isyarat meminta kertas dari Mamod mahu menulis sesuatu. Setelah menulis , diberikanya kepada Mamod.

Mamod agak terkejut seolah-olah dipilih untuk memegang amanah wasiat, simpan kertas itu dengan baik tanpa membaca dan memberitahu keluarganya.

Selang seminggu kematian neneknya , Mamod dengan bangganya pun memberitahu ahli keluarga supaya berkumpul.

"Sebelum arwah meninggal ada ditinggalkan wasiatnya pada saya".

Mamod pun membaca surat yg berbunyi: "Woit Mamod, jgn pijak getah oksigen tu, aku tak dapat bernafas, nak kiok dah ni!!"
--------------------------------------------------------------------------------
MAYAT TIGA LELAKI
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...
--------------------------------------------------------------------------------
MASALAH PENDENGARAN
Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.

"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."

"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakana sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya."

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari
jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.
"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:
"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"
-----------------------------------------------------------------------------------

I hope I give you a laugh, if not… a smile…. :-)