Monday, November 16, 2009

BAB II

BAB 2

Suasana rumah yang tersergam indah kelihatan lebih ceria daripada biasa. “Hah.. jangan lupa ya, panggil jiran yang dekat-dekat sini sekali” sorang wanita yang berumur memberi arahan sambil duduk di kerusi yang disediakan khas untuknya. “Baik Puan” jawab Shafie yang merupakan pembantu rumah dan juga orang yang diberi tugas menguruskan hal-hal keramaian keluarga.
“Assalamualaikum Bonda” tiba-tiba suara Tengku Sulaiman memberi salam.
“Mak tok.....mak tok...” kelihatan anak-anak Tengku Sulaiman berlari-lari mendapatkan nenek mereka.
“Wa’alaikumussalam” jawab wanita tersebut sambil memberi tangannya untuk di cium oleh anak dan cucu-cucunya.
“Ha... dari mana awak, Man? Irfa tak datang?” sambung wanita itu.
“Dari rumah... tak bonda, dia sibuk buat rambutlah, ambik bajulah, macam-macam orang perempuan ni..” jawab Tengku Sulaiman dengan nada yang mengeluh sedikit.
“Biarlah.. yang cantik pun nanti isteri awak jugak” sambil memberi senyuman wanita itu seolah-olah berpihak kepada Irfa, isteri Tengku Sulaiman.
Kini semua persiapan telah hampir siap, rumah baru yang kelihatan seperti istana tersegam indah sudah bersedia untuk menerima jemputan untuk kenduri. Penuh dengan perabot-perabot yang cantik dan mahal. Bukan berlagak menunjukan kekayaan, tapi itulah tradisi keluarga Engku Puteri Puan Meriam Tengku Omar.
Tanah yang baru dibelinya didirikan sebuah rumah yang difikirkan sesuai untuk diduduki bersama salah seorang dari anak kesayangannya. Walaupun kedudukan rumah yang baru ini agak jauh dipendalaman tetapi dia berpuas hati kerana baginya pemilihan untuk mendirikan rumah tersebut adalah bagi mengamati susasana kampung yang selalu di idamkannya. Masih menjadi buah mulut orang kampung Batu 4 ½ Jalan Kapar, Klang, gerangan siapakah yang membeli tanah tapak kilang besi buruk lalu menukarkannya kepada sebuah rumah besar ibarat istana.
“Siapa punyalah rumah tu gaknya ya..?” sapa Lebai Zali sewaktu minum di warung kopi hadapan Masjid.
“Dengar cerita kerabat yang punya” jawab Kak Esah peniaga warung.
“Tapi tak sombong orangnya, kelmarin datang ke warung ni minum pagi, semua anak beranak dialah..” sambung Kak Esah.
“Hmm kaya betullah tu” Lebai Zali terus memberi komen.
Sudah menjadi lazim bagi Engku Puteri Puan Meriam dan keluarganya selalu menjadi perhatian. Beliau merupakan anak kepada tiga beradik dari pasangan Tengku Omar dan Cik Puan Salmiah. Kini beliau telah menjangkau umur 76 tahun. Seorang ibu tunggal yang kehilangan suaminya, Tengku Abdullah 6 tahun yang lalu. Beliau kini bersama empat orang anaknya-anaknya bersama-sama menempuh kehidupan. Alhamdulillah, kesemua anak-anaknya berjaya. Kini anak sulungnya, Tengku Sulaiman meneruskan perniagaan arwah suaminya. Begitu juga anak-anakyang yang lain yang turut bersama, Engku Salmi, Engku Zari, dan yang bungsu, Tengku Fahd.
Seperti keluarga yang lain, Engku Puteri Puan Meriam berjaya mendidik anak-anaknya. Baik dari segi agama mahupun kehidupan biasa. Anak-anaknya dididik agar tidak sombong dengan kemewahan yang ada. Mereka dididik seperti orang biasa. Menghormati orang tua-tua dan sentiasa mengingati agama. Bagi Engku Puteri Puan Meriam, yang penting adalah anak-anaknya berjaya di dalam menjalani kehidupan. Walaupun anak-anaknya dilahirkan dengan kesenangan, beliau sentiasa mendidik anak-anaknya tentang kesusahan. Dan kini anak-anaknya telah dewasa dan memiliki keluarga sendiri serta berjaya dalam hidup.
“Assalamualaikum..” Shafie memberi salam.
“Wa’alaikumussalam....” jawab beberapa orang yang berada di warung di hadapan Masjid.
“Alhamdulillah... lebai ada di sini, saya Shafie.”tegur Shafie sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Lebai Zali. Termanga-manga Lebai Zali sebentar sambil menyambut salam Safie kerana dia sendiri tidak mengenali Shafie.
“Macam ni lebai, semalam saya tak sempat menahan lebai selepas solat Asar, tapi saya cam muka lebai bila Imam Arif tunjukkan kepada saya” jelas Safie. Barulah Lebai Zali faham, semalam dia agak kelam kabut pulang ke rumah selepas solat Asar.
“Saya ni wakil tuan rumah yang baru tu, nak menjemput lebai datang ke rumah malam esok untuk membaca doa selamat kenduri arwah dan kesyukuran” sambung Shafie sambil menunjukan rumah besar yang berdekatan dengan warung.
“Awak ke tuan rumah?” Lebai Zali bertanya.
“Tak lah, wakil sahaja. Tuan rumah ni namanya Puan Meriam, ibu tunggal dan anak-anaknya yang menjemput, saya bekerja dengan mereka.” Shafie menjelaskan.
Memang jadi kelaziman Engku Puteri Puan Meriam dia mahukan dirinya dikenali dengan panggilan Puan Meriam. Baginya gelaran, pangkat dan harta kekayaan tidak begitu bermakna. Bukan apa, dia tidak mahu orang berfikir bukan-bukan tentang dirinya. Walaupun dia dari keturuan kerabat diraja dan kaya dari segi hartabenda, Engku Puteri Puan Meriam lebih senang berada dalam keadaan kehidupan yang sederhana dan begitu jugalah cara dia mendidik anak-anaknya. Tidak sombong dan bongkak kepada masyarakat.
Dia juga selalu menjemput orang-orang surau, jiran-jiran dan rakan handai untuk datang bersama sewaktu dia mengadakan apa-apa juga majlis. Baginya apa yang dilakukan dengan menjemput orang adalah sebahagian caranya bersedekah.
“Semalam sewaktu saya bercakap dengan Imam Arif, dia mintak saya berjumpa Lebai kerana dia tiada esok berkurusus di JAIS katanya” sambung Shafie.
“Ha... yelah tu, tiga hari kursus di sana” sambil mengangguk kepala Lebai Zali menjawab. “Kami berharap dapatlah kiranya lebai menjemput jemaah-jemaah masjid sekali ya..” sambung Shafie.
“Insya’allah.... nanti saya akan uruskan ya, tak minum dulu” jawab Lebai Zali sambil mengajak Shafie minum bersamanya. “Tak palah... ada banyak lagi urusan ni, maklumlah baru pindah. Saya mintak diri dulu ya..” Sahfie menolak tawaran Lebai Zali sambil menghulur salam dan berlalu.
“Wah.. untunglah Lebai ya... orang pertama masuk rumah besar tu...” kak Esah mengusik. Lebai hanya mengangkatkan kening menunjukkan memek muka tanda berbangga.
“Wah wah wah... mentang-menatanglah anak kesayangnya nak balik... senyum dia ya.. bersusah payah”
“Biasalah tu... anak dia sorang je, kita ni apalah kan....”
Perbualan Tengku Sulaiman dan Engku Salmi memecahkan suasana sepi. Engku Puteri Puan Meriam hanya tersenyum.
“Bila sampainya ?” Tengku Sulaiman bertanyakan Engku Salmi.
“Entah.. katanya esok pagi jam enam. Shafie menjemput kot” jawab Engku Salmi pendek.
“Bonda pun ikut sekali menjemput” sampuk Engku Puteri Puan Meriam selamba.
Sambil mengangkat kening dan menjuit bibir Tengku Sulaiman memberi isyarat kepada Engku Salmi. Memang di ketahui Engku Puteri Puan Meriam akan bertungkus-lumus untuk anak bungsunya akan akan pulang esok. Macam cerita hindustan “Kabir Kushi Kabir Gham” pulak, tapi begitulah hakikatnya. Bagi Engku Puteri Puan Meriam, dia tidak pernah membezakan kasih sayang anak-anak namun pada anaknya yang bungsu itulah merupakan anak kesayangannya.
“Awak ikut jelah cakap ayahanda ya” bonda memujuk. “Kalau bukan untuk awak pun, buatlah untuk bonda” sambungnya dengan nada sedih. Aku hanya diam sahaja sambil melihat lantai. Aku tahu bonda tahu perasaan aku sebenarnya. Tapi dia pun tak boleh berbuat apa-apa. Ini keputusan ayahanda dan aku perlu turuti.
“Sabarlah, umur awak pun dah sesuai dan apa yang kita semua nak buat adalah yang terbaik untuk awak. Ikut sahaja ya..” sambil mengusap rambutku, bonda mencium dahi ku tanda kasih seorang ibu kepada anaknya lalu meninggalkan aku kesorangan di bilik ku.
“Macam mana, setuju ke dia?” ayahanda bertanya sambil duduk di serambi menikmati minum petang.
“Kalau baik awak fikir, baiklah semua, awak tahukan anak awak yang bongsu tu. Liar macam mana pun dia..., bab mak bapak ni dia akan patuh kan” bonda menjawab.
“Kalau macam tu kita langsungkan bulan depan jelah, saya beritahu Hisham esok” ayahanda menyambung sambil mukanya terselah tanda kepuasan. Bonda hanya diam sahaja menunjukkan tanda setuju.
Ayahanda telah merancang semuanya. Perkahwinan aku dengan Zana telah diaturkan bulan hadapan. Bonda tahu bahawa secara zahirnya aku setuju namun hakikatnya pada hati ku memang tidak bersedia lagi. Aku terpaksa mengikut kehendak ayahanda kerana bagiku dia dan bonda telah bersusah payah di dalam membesarkan aku dan adik- beradikku yang lain. Malah abang dan kakak-kakakku memang diatur perkahwinan mereka. Kami mengikuti tradisi lama, tradisi atuk nenek kami.

Friday, November 13, 2009

BAB 1

Assalamualaikum, aku ni bukanlah seorang penulis. Memang tak pandai. Cuma nak harap kelas Sastera tingkatan 4 dan 5. Ha ha ha. Anyway aku cuma nak berkongsi sebuah cerita yang aku karangkan sendiri. Konon macam novel lah... saja suka-suka... nak hantar gi buat buku takut banyak salah dan tak laku.... so baca jelah ya and enjoys.....
BAB 1

Pagi yang sunyi melahirkan suasana yang aman dan damai. Hanya kedengaran bunyi-bunyi kecil kicauan burung yang mencari makanan pada pagi hari. Bunyi deruan air sungai berhampiran menambahkan lagi ketenangan. Hampir empat tahun di perantauan menghadapi pagi-pagi sebegini. Namun pagi ini sangat berbeza, lain dari yang pagi-pagi sebelum ini.
Semalaman aku tidak tidur, memikirkan perjalanan yang bakal memakan masa 21jam untuk sampai kembali ke destinasinya. Tanah airku. Sambil melihat tiket penerbangan yang hanya akan beberapa jam sahaja lagi akan digunakan, ingatan kembali kepada suara bondaku.
“Balik lah.... dah lama sangat dah, semua orang rindu awak kat sini”
“Adik beradik awak pun semua rindu kat awak, balik lah ya....”
Kata-kata yang bermain dikepala mengingatkan apa yang bonda mahukan. “O.klah orang nak balik lah ni... lusa nanti sampai” janjiku, seorang anak yang merantau hampir empat tahun di bumi orang. Aku bingkas bangun dan menggalas beg kecil dibahu sambil satu bagasi pakaian yang besar berwarna hitam aku heret bersama.
“So,... it is true then.., you are going back home?” Simon menyapa. “Yes.. looks like it” aku menjawab selamba. “Fahd... I really hope you can move on o.k., it has been too long bro... enoughlah, what happened,.. happened k... this is life bro, we must move on..” Simon menyambung sambil menepuk belakang ku.
“Laaa tak habis lagi ke??. I am o.k. lah bro... dah tak ada apa-apa dah, now semua o.k..... dulu I macam tu pasal cuma ter-‘emo’ sikit ha ha ha” aku menjawab sambil tergelak.

“You got everything?” Simon bertanya sambil memasukkan bagasi pakaian ke dalam bonet kereta. “Cool... semua ada.. lets go bro,....” aku menjawab. Kami berdua masuk kereta dan bergerak menuju ke airport.
“Fahd, you don’t worry so much about the business here k. I think everything will be in order, even semalam pun they all decided to start production. It is good to have you here anyway, senang sikit pasal management ada, terus buat keputusan” Simon memberi kata-kata jaminan.
“I too think no worries dah.... Alhamdulillah..... at least we secured the business.. Tulah I cakap dengan you, everything semua da hikmah kan.... at least that’s how I am taking it” aku menjawab selamba. Ya..., memang semua kejadian ada hikmahnya, baik kejadian yang buruk mahupun yang baik. Qada’ dan Qadar Allah swt kan.... fikirku sendirian.

“I will make sure all documents reach you within one week time o.k.” Simon menyambung. “O.k. but please go through it properly k. I don’t want any problem later on tau.” aku memberi sedikit peringatan.
Hampir 4 tahun aku di kota New York bersama Simon, dia adalah orang yang di amanahkan oleh arwah ayahku untuk menjaga perniagaan keluarga di sini. Ingat lagi sewaktu aku mula-mula membuat keputusan untuk bertukar ke New York, Simon agak terkejut kerana selama 10 tahun dia menjaga aktiviti perniagaan keluarga ku bersendirian. Mungkin waktu itu dia memikirkan aku ingin mengambil kududukannya disini. Tapi setelah dia mendengar penjelasan dari abang sulung ku, dia faham akan kehadiran ku di bumi Amerika ini.

Sewaktu mula-mula sampai di sini, aku agak bercelaru. Hati ku tidak ada langsung untuk menjalankan tanggngjawab ku menjaga syarikat. Aku rasa hidup ku kosong. Tiada siapa yang dapat membantu diriku pada waktu itu. Harapan ku hancur musnah. Bagi ku kehidupan ku tidak bermakna. Segala kemewahan yang ada tidak bernilai bagiku. Namum Simon yang berpangkat abang bagi ku telah menunjukkan aku jalan yang sebenar dan membawa aku kembali ke dunia realiti. Walaupun agama kami berbeza, dia telah menunjukkan aku kembali ke jalan keagamaan dan ketuhanan.

Malu aku dibuatnya, seorang penganut Budha mampu membawa aku yang beragama islam kembali ke arah islam yang sebenar. Simon telah menunjukan aku tidak kira apa pun kepercayaan manusia yang ada dalam dunia ini, semuanya sama, semua agama mahukan kebaikan terhadap penganutnya. Bagi ku, aku bersyukur kerana Allah telah menunjukan aku ke jalan yang benar walaupun melalui seorang hambanya yang berlainan agama. Kini aku akan sentiasa bersolat, berdoa dan bermunajat bagi memperkukuhkan semangat dalam diri ku ini.

Pang!!!! aku ditampar.... “Is this what you want to be Fahd?” Simon menengking ku sambil baju ku dicekak. Habis di teranjangnya botol-botol minuman arak yang ada sekeliling ku. “If your late father ada ni, he will be sad to see his son like this!!!” bentaknya kepada ku. “I hairan tau, orang islam macam you jadi macam ni. What happen pada you punya tuhan??. I may not know what happen to your life Fahd, but I am very disappointed in you, betul I bukan your family members, but I am your father’s friend, and I promised him that I will look after the family, I will look after you!!!” Simon menyambung syarahannya dengan nada yang tegas.

Aku yang waktu itu dalam keadaan separuh sedar. Maklumlah tengah mabuk giler! Muntah beberapa kali sebelum tu. Aku kemudiannya diheret ke tandas dan dicurahkan air keatas ku. Lemas aku seketika. Hampir dua minggu aku mabuk. Setiap hari aku akan minum arak sehingga aku pengsan. Namun hari itu, nasib ku tidak begitu baik. Simon tiba-tiba datang bersama serangan mautnya. Dengan pakaian yang basah kuyup, aku diheret kembali ke bilik tidur dan dicampak keatas katil. Mahu aku melawan tapi aku terlalu mabuk untuk membuat apa-apa. Malah berdiri sendiri pun aku tidak mampu. Aku dibiarkan sendirian.

Tiba-tiba mataku pedih, cahaya matahari dari tingkap menuju terus ke mukaku. Kepala ku begitu sakit sekali. “Bangun!!!” kedengaran suara keras mengarah ku. Tak terlarat rasa badan ku ini. “ Enough sleeping Fhad!!!” suara yang sama kedengaran. Perlahan-lahan aku bangun dan duduk di hujung katil. Terlihat sebentuk tubuh berdiri sambil mencekak pinggang. Tak terlihat wajahnya dengan jelas kerana di belakangi cahaya matahari. “I want you to mandi, lepas tu you ikut I” arahan selanjutnya. Kepala ku sakit sekali, aku perlahan-lahan bangun dan menuju ke kamar mandi. Setelah aku selesai mandi, ku lihat baju, seluar malah ‘boxer’ ku tersusun rapi diatas katil beserta minyak rambut dan minyak wangi.

Setelah lengkap aku berpakaian, aku menuju ke bawah, kelihatan Simon sedang duduk di atas sofa sambil menonton televisyen. “Let’s go!!!” Saimon terus bangun menutup televisyen dan menuju ke pintu utama. Aku seperti terpukau mengekorinya dari belakang tanpa soal jawab. Yalah... orang bersalah kan. Tanpa diarah aku terus masuk kereta dan memasang tali pinggang. Secara jujurnya, aku masih binggung akibat dari tindakbalas arak yang ku minum semalaman. Malah aku tidak ingat selama mana aku pengsan. Betul orang cakap, rasa bestnya kejap... tapi seksanya pening lalatnya.. seharian!!!!.

Kereta Simon meluncur laju menyusuri jalan ‘Madison Avenue’ menuju ke ‘Lexington Avenue’. Aku hanya diam sahaja. Suasana dalam kereta sunyi. Simon memberikan sepenuh perhatian dalam pamanduannya. Aku pula seperti orang yang bersalah di kawal polis. Suspen juga dalam hati ni. “Mana pulak mamat cina ni nak bawak aku, “mampus aku kali ni..” bisik hati ku sendiri. Maklumlah baru 2 minggu sampai di New York. Yang aku tahu hanya tempat-tempat nak enjoy dan minum arak. Tiba-tiba Simon memberi isyarat ke kanan untuk ke 55th Street. Lebih kurang jarak 80 meter sekali lagi Simon memberi isyarat ke kanan dan kali ini untuk memakirkan keretanya. “Come.. lets go” arahan diberi Simon. Aku hanya mengikut sahaja turun dari kereta. Aku mengekorinya dari belakang sambil berdebar-debar. Kami menuju ke bangunan 154 E, tertera di hadapan bangunan itu ‘Islamic Society Building’. Tergamam aku seketika.

“We have appointment with Mr. Ahmad Ridzuan” Saimon terus memberitahu penyambut tetamu. Kami diarah untuk duduk sebentar dan lima belas minit kemudian, datang seorang yang berkot dan bersongkok haji menyambut kami. Orangnya berada di dalam umur pertengahan. Aku bangun disisi Simon menyambut salam. Kami kemudian diajak untuk masuk ke dalam sebuah bilik. Dan bermulalah dari situ aku diperkenalkan dengan Ustaz Ahmad yang berasal dari Indonesia. Beliau merupakan sukarelawan di Islamic Society, New York yang bertanggungjawab untuk mengendalikan orang yang bermasalah seperti aku. Dan mulai saat itulah hampir setiap hari aku menemuinya. Hampir 2 ke 3 jam sehari. Dan mulai saat itu juga aku mula berubah.

“Here we are..” tiba-tiba Simon menyapa ku yang mengelamun mengingatkan kisah sewaktu mula-mula aku sampai di New York. Kami sampai di Terminal C, Newark International Airport. Aku keluar dari kereta dan terus kebelakang untuk megambil bagasi pakaian ku. Setelah meletakan bagasi ku diatas troli, tiba-tiba airmata ku mengalir melihat wajah Simon. Aku terus memeluknya. Saimon yang sebelum ini hebat dengan ketegasan dan kekerasannya pun mengalirkan air mata. Kami berpelukan erat. “Thank you so much....” bisik ku padanya. Dia hanya memeluk ku sambil beberapa kali menepuk belakang ku. “You are a good man Fahd, remember that...” Simon dengan tegas mengingatkan ku. Aku kemudian berjabat sambil mencium tangan Simon. Hormatku kepada seorang abang. Kini baru ku tahu mengapa arwah ayah amat percaya dan sayang kepada Simon. Berat hatiku untuk meninggalkan Bandar New York yang telah menjadi tempat tinggal ku selama 4 tahun. Berat hati ku untuk meninggalkan abang dan sahabat ku Simon yang menjagaku selama ini. Setelah berpelukan untuk kali terakhir, aku terus masuk kedalam menuju ke terminal untuk menaiki pesawat ke Malaysia. Ya.... aku akan pulang ke tanah airku!!!

Kelihatan pesawat MAS Boeing 747 tersedia megah di terminal berlepas menanti kemasukan penumpang-penumpangnya. Kedengaran pungumuman dibuat untuk penumpang-penumpang menaiki pesawat. Aku bingkas bangun menuju ke pesawat. Tiket ku dikoyak dan di kembalikan sebahagianya kepada ku. Kelihatan beberapa wajah-wajah rakyat Malaysia yang dah lama aku tak lihat ramai disini.

“Tengku.... tengku duduk di tempat duduk Business Class 2 B ya..” kata seroang pramugari MAS kepada ku sambil menunjukkan tempat dudukku di Business Class. Beg galas ku diambil dan disimpan tempat yang disediakan. Aku hanya tersenyum, seperti biasa, dalam fikiran ku hanya memikirkan masa perjalanan panjang yang bakal aku tempuhi untuk pulang semula ke Malaysia. “Tengku..would you like any refreshment?” sapa pramugari yang sama. Kalau dulu aku hanya akan meminta minuman keras, tapi dah berubahkan.... “Do you have any apple juice dan plain water? Pinta ku. “Sure..” jawabnya semula. Selang beberapa minit dia kembali membawa minuman yang ku pesan.

Pengumuman dari kepten pesawat kedengaran menandakan pesawat telah bersedia untuk bertolak. Aku melihat dari tingkap kesibukan lapangan terbang Newark International Airport ini, jauh berbeza pemandangan disini berbanding di KLIA. Ada sahaja kapal terbang yang turun naik selang beberapa minit. Setelah beberapa minit menuju kelandasan besar pesawat kini sudah sedia untuk meluncur laju, terbang menuju tanah airku, Malaysia. Akhirnya aku pulang.
“Assalamualaikum, En. Harun ada?” mengingati sewaktu aku bertanya kepada petugas di kaunter pengutkuasa. “Wa’alaikumussalam.. dia tak adalah, dia meeting” jawab petugas berkenaan. “Laaa.. tadi dia suruh saya datang.., tak palah saya tunggu” jawab ku ringkas namun sedikit kecewa kerana terpaksa menunggu. Jam menunjukan 5.15 petang. “O.k tunggulah ya.” jawab petugas yang sedang siap berkemas untuk balik dan berlalu. Aku duduk di sofa tempat menunggu. “Hai..... tunggu En.Harun ke..?” tegur seorang yang ku kenali. Nora, pembantu kepada En. Harun. Aku mengenalinya melalui latihan yang aku kendalikan bersama jabatan tempat dia bekerja. “Dia meeting, you dah call ke?” sambungnya. “Dah...dia kata suruh saya datang” jawab ku pendek. “O.klah... kalau macam tu saya temankan awak” tersenyum sambil duduk di hujung sofa tempat ku duduk. “O.k... tak balik lagi ke? ” Tanya ku ringkas.

Kami mula berbual, tak sangka pula Nora merupakan seorang yang peramah. Kami seronok berbual. Dia memilki hobi yang sama dengan ku, iaitu menonton wayang. Agak mudah bercerita denganya kerana topik yang diceritakan adalah yang diminati oleh kedua-duanya. Sambil itu aku mengambil kesempatan mengenali diri Nora Izah Mohd Zali, anak sulung dari enam adik beradik dan tinggal di Kelang. Dia pun bertanyakan hal tentang diriku. Fahd Muhammad Abdullah, anak bongsu dari empat adik beradik dan tinggal di Shah Alam.

“Saya pernah berkahwin....tapi tak ada anak” jawab ku dengan tenang bila soalan perkahwinan di ajukan. “You?” tanya ku pendek. “I belum kahwin, tapi ada boyfriend laaa, cuma...” Nora terhenti sebentar. “Cuma sebenarnya saya tak boleh nak kat boyfriend saya” sambungnya terhenti-henti. “Kenapa..?” tanya ku kehairanan. “Tulah.., tak ada sebab apa pun... cuma memang saya sebenarnya tak boleh dengan boyfriend saya ni!!, tak serasi, tapi saya tak tahu nak cakap dengan dia macam mana” Nora menerangkan kepada ku. “Hmmm susah juga ya macam tu, cakap jelah macam awak beritahu saya” jawabku selamba.

Agak pelik bagi seorang yang baru ku kenal tiba-tiba bercerita tentang masalah peribadinya. Namun bagiku Nora jenis orang yang berterus terang, “direct”, tegas, tahu apa yang dia mahu tapi dalam masa yang sama agak berhati-hati.

“Ha... lama tunggu?” En. Harun yang tiba-tiba saja muncul dari pintu depan. Nora terus mengucapkan selamat tinggal sambil berlalu membiarkan aku dan En. Harun berbincang.

~~~~ Bersambung ~~~~~


Monday, October 19, 2009

AMANAH KEHIDUPAN – AL KISWAH TV3

Semalam, saya menonton satu cerekarama bertajuk Al-Kiswah di TV3. Pelakon: Jalil Hamid, Norlia Ghani, Vanida Imran, Fahrin Ahmad, Ezany, Arash Mohd.

Kisah seorang ayah, dikenali dengan Pak Dali yang memilki 3 orang anak; Musa, Mastura dan Jamal. Pak Dali bersama isterinya Mak Nor telah mendidik anak-anaknya dengan tegas sehingga semua keputusan berada ditangan Pak Dali. Pak Dali telah membuat keputusan di dalam kehidupan ketiga-tiga anaknya sehinggakan masa depan mereka hancur.

Musa anaknya yang sulung tidak dibenarkan menentukan kerja sendiri sehingga dia menjadi penjual ikan di pasar.

Mastura pula telah dipaksa berkahwin dengan anak rakan Pak Dali bernama Yusof dan akhirnya menjadi GRO di sebuah kelab Danggut akibat dari Yusof yang kaki mabuk dan tidak bertanggungjawab.

Manakala Jamal anaknya yang bersandiwara sebagai anak yang baik dihadapan Pak Dali yang menjadikan dia anak harapan yang dimana sebenarnya dia merupakan seorang yang sentiasa menjadikan isteri-isteri orang mangsa nafsu serakahnya.

Apa yang menarik perhatian saya adalah perbincangan yang mereka semua lakukan apabila akhirnya mereka semua berkumpul setelah lama pergi menjalani hidup masing-masing. Apa yang saya nak katakan disini adalah, anak adalah fitrah yang allah swa berikan pada kita.

Anak merupakan amanah Allah kepada ibubapa.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Bukhari)

Sebagai seorang bapa cerita ini mengajar saya tidak semua tindakan kita sebagai bapa betul. Keseluruhan kehidupan ini adalah satu perjalanan yang akhirnya berhenti apabila kita mati satu hari nanti dan bermulalah satu perjalanan yang baru bersama Allah swa.

Sempurnanya sesuatu kehidupan itu adalah sifat bertanggungjawab dengan amanah yang diberi. Ketegasan dalam mendidik adalah perlu... tapi perlu juga toleransi di dalam ketegasan tersebut. Jika kita berlandaskan agama islam sudah tentu kehidupan kita akan berjaya di dunia dan di akhirat. Tapi sejauh manakah sifat tanggungjawab bertoleransi kita?

Hanya sekadar pandangan ; Kasih sayang terhadap anak-anak perlulah diberi dalam bentuk pendidikan. Ketegasan bertoleransi adalah yang cara yang terbaik bagi mendidik anak-anak kita berjaya. Kita perlu tegas tetapi kita perlu lihat atas perkara apa yang perlu kita menjadi tegas. Begitu juga dengan perkara-perkara yang kita perlu bertoleransi.

Saya sayang anak-anak saya. Drama tersebut telah membuka mata saya bagaimana untuk menghadapi mereka dan bagaimana untuk mendidik mereka supaya menjadi anak-anak yang berjaya.

Doa Untuk Mu ; anak-anak Ku,

Ya allah, ampunilah dosa-dosa anak-anak ku jika mereka berdosa kepada mu, jadikanlah mereka orang yang beriman dan beramal soleh kepada mu Ya Allah. Jadikan mereka orang-orang yang berjaya di dunia dan di akhirat.
Ya allah, kau lindungilah anak-anak ku ini dari segala keburukan dan kesusahan yang melampau. Lindungi lah mereka dengan iman di dalam hati mereka. Jadikanlah mereka orang-orang yang taat kepada mu Ya Allah. Berikan kesempatan mereka bertaubat jika mereka membuat kesalahan dan sentiasakan Ya Allah kau menunjukkan mereka ke jalan yang lurus lagi benar Ya Allah.
Amin Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.

Wednesday, October 14, 2009

CINTA


Apa yang boleh dikatakan tentang CINTA.... Banyak.... banyak sangat-sangat.. Apa yang akan saya kongsikan adalah hanya pandangan melalui pengalaman.


Definasi CINTA DAN KASIH SAYANG

Dari segi agama, islam meletakkan cinta kepada Allah adalah cinta yang tidak ada tolok bandingannya. Cinta yang sebenar lahir dari keimanan yang tinggi terhadap Allah swa. Kata cinta dalam Al Qur’an disebut Hubb (mahabbah) dan Wudda (mawaddah), keduanya memiliki arti yang sama yaitu menyukai, senang, menyayangi.


Sebagaimana dalam Surah Al i ‘Imran ayat : 14

“Dijadikan indah dalam pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga).”


Dalam ayat ini Hubb diertikan suatu naluri yang dimiliki setiap manusia. Beriman ataupun tidak. Baik ataupun jahat. Sempurna ataupun cacat. Keadillan yng diberikan Allah dan rahmat kepada manusia.

Manakala Wudda dalam surah Maryam ayat : 96
“Sesungguhnya orang-orang beriman dan beramal soleh, kelak Allah yang maha pemurah akan menanamkan dalam hati mereka kasih sayang ” jadi Wudda (kasih sayang) diberikan Allah sebagai hadiah atas keimanan, amal sholeh manusia.


Dikuatkan lagi dalam Surah Ar Rum ayat : 21
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”


Dalam ayat ini pun Allah menggambarkan ‘perassan kasih sayang’ yang dapat diraih dengan pernikahan oleh masing-masing pasangan akan diberi hadiah (ja’ala) iaitu kasih sayang dan rahmat.

Dalam fil gharibil Qur’an dijelaskan bahawa hubb sebuah cinta yang meluap-luap, bergejolak. Sedangkan Wudda adalah cinta yang berupa angan-angan dan tidak akan terraih oleh manusia kecuali Allah menghendakinya, hanya Allah yang akan memberi cinta Nya kepada hamba yang dkehendakiNya.

Allah yang akan mempersatukan hati mereka!!!!. Walaupun kamu belanjakan seluruh kekayaan yang ada di bumi, niscaya kamu tidak akan mendapatkan kebahagiaan cinta jika Allah tidak menghendakiNya.

Oleh karena itu terraihnya cinta—wudda pada satu pasangan itu adalah kerana keikhlasan keimanan ruhani pasangan tersebut. Semakin ia mendekatkan diri kepada sang Maha Pemilik Cinta maka akan semakin besarlah wudda yang Allah berikan pada pasangan tersebut.
Cinta inilah yang tidak akan luntur sampai di hari akhir nanti sekalipun maut memisahkannya, cinta yang atas nama Allah, mencintai sesuatu atau seseorang demi dan untuk Allah.

Sebenarnya tidak ada cinta antara manusia dengan manusia.. cuma ungkapan yang dikarang manusia menyedapkan kata2 melunakkan suara... Tidak ada istilah allah cintakan manusia... tapi allah yang mengasihi dan menyayangi manusia...

Lihat sendiri dengan sifat allah yang pengasih penyayang maka diberikan kepada manusia maka manusia mendapat sifat yang sama tetapi tak punya persamaan sepertinya...
Pelbagai kerosakan dilakukan manusia setelah diberikan sifat kasih dan sayangnya... Pergaduhan, pertengkaran dan pehinaan antara manusia.

Tetapi dengan allah, mesti dilebihkan... maka sesuai buat allah adalah cinta hanyalah kepadanya... bukan setakat kasih dan sayang sebagaimana diberikan pada manusia...

CINTA ADALAH KASIH SAYANG YANG TIDAK DIBELENGGU OLEH NAFSU ITULAH YANG LAYAK DIBERIKAN KEPADA ALLAH..

1. Cinta itu adalah KETEGUHAN.

Cinta, tak boleh dimain-mainkan. Cinta perlu TEGUH. Lahirnya cinta tidak boleh dipaksa-paksa. Islam meletakan cinta pada Allah pada tahap yang tertinggi. Di wujudkan perkahwinan dalam islam yang lahir dari sifat fitrah cinta dan kasih sayang. Amanah mengkuti sebagai suami isteri kena ditunaikan sebaiknya. TEGUH sebagai suami yang mithali, Ummi yang solehah, agar dapat melahirkan anak-anak yang afiq, yang arif, yang anis, yang santun. Menjadikan rumahtangga dipenuhi mahabbah, mawaddah dan sakinah.

2. Cinta itu intuitive: NALURI.

Cinta itu sifatnya naluri. Lahir dari hati yang ikhlas. Keseronokan bercinta adalah bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang yang kita sayang. Jika tidak mahu disakiti, kita janganlah menyakitkan hati orang lain. Jika nak disayang, kita akan memberi kasih sayang seluhurnya. Jika ada rasa bimbang, seringnya kita akan dapat merasa.


3. Cinta itu sebahagian nature: FITRAH

Cinta itu fitrah. Betul. Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayangi dan menyayangi tu fitrah manusia. Cinta itu benar dan suci.


4. Cinta itu SUCI

Jika kita bercinta, perassan yang lahir adalah SUCI dari niat yang ikhlas dari hati yang bersih. Tidak akan terjadi pasagan yang berbahagia hingga ke akhir hayat jika cinta lahir dari NAFSU. Lihat Adam dan Hawa. Dari kesenangan syurga hingga kepada kepayahan dunia. Kerana kesucian CINTA mereka, mereka dipertemukan dan kekal sehingga wafat dan dikembalikan ke syurga.

Bila ada rasa cinta, kita akan sama-sama bekerjasama, saling mengasihi. Itulah nilai yang mengikat kita semua untuk terus bersatu. Sekuat cinta kepada Allah yang memberikan pelbagai nikmat hidup, cinta itu di puncak kehidupan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
CINTA yang lahir dari persaan yang ikhlas dan hati yang bersih akan diberi jaminan kebahagiaan. Kejujuran dan keikhlasan dalam percintaan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan bercinta. Allah memberikan fitrah untuk kita menikmati perasaan cinta ini. Maka sebagi hamba kita perlu bersyukur.

Friday, August 14, 2009

JUMAAT

AL-FATIHAH......
Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar khutbah. Solat Jumaat itu hukumnya Fardhu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf dengan syarat-syarat tertentu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~
Firman Allah swt:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke
masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," - Al-Jumu'ah: 9
~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sabda Rasulullah SAW:
"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." - Riwayat Abu Dawud & Hakim.
~~~~~~~~~~~~~~~~~

Syarat wajib solat Jumaat:
Islam - tidak wajib bagi orang kafir.
Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.
Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.
Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Syarat sah solat Jumaat:
Didirikan di dalam waktu Zuhur.
Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan

seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya.
Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu.
Didahului dengan dua khutbah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rukun-rukun khutbah Jumaat:
Khutbah dimulai dengan memberi pujian pada Allah SWT seperti ucapan: "Allahamdulillah".
Diikuti dengan salawat ke atas Nabi Muhammad SAW: "Allahuma salli ala Saidina Muhammad waala ali Saidina Muhammad."
Khutbah hendaklah mengandungi pesanan kepada para jamaah agar bertaqwa kepada Allah SWT seperti: "bertaqwalah kamu kepada Allah."
Membaca satu ayat Quran pada khutbah yang pertama atau kedua, tapi paling elok pada khutbah yang pertama.
Mendoakan setiap Muslim pada khutbah yang kedua sekurang-kurangnya: "Rahima-kumullah."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Syarat sah Khutbah Jumaat:
Pembaca khutbah hendaklah seorang lelaki, tidak sah jika orang perempuan.
Pembaca khutbah hendaklah menutup aurat.
Suci daripada hadas dan najis pada pakaian, badan dan tempat.
Berdiri pada kedua-dua khutbah itu pada yang mampu.
Membaca khutbah setelah masuk waktu Zuhur dan dilakukan sebelum solat Jumaat.
Membaca rukun-rukun khutbah di dalam bahasa Arab, tidak boleh di baca dalam bahasa ibunda seperti membaca salawat Nabi dalam bahasa Melayu.
Mualat antara khutbah yang pertama dengan khutbah yang kedua, antara segala rukunnya dan antara khutbah dengan solat.
Duduk sebentar setelah selesai khutbah pertama sebelum memulakan khutbah kedua. Jikalau pembaca berkhutbah dalam keadaan duduk, maka pisahkan di antara dua khutbah itu dengan diam sebentar.
Khutbah didengar oleh 40 orang yang bermukim sekalipun tidak memahami bahasa yang digunakan untuk menyampaikan khutbah.
Mencukupi bilangan 40 orang dari mula khutbah hingga akhir solat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu solat Zohor seperti biasa:
Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya.
Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid.
Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir.
Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat:
Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid.
Memotong kuku.
Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai].
Bersugi.
Memakai wangi-wangian.
Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.
Bersegera pergi ke masjid.
Berniat iktikaf.
Solat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid.
Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan bersalawat atas Nabi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al Mu'minuun ayat 1-3 tafsirnya :


"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia".


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ya Allah ampunnilah dosa ku dan segala kesalahan yang telah ku lakukan. Perluaskan Rezeki ku dan Permudahkanlah Pekerjaan Ku. Sesungguhnya Aku ini berdosa kepada mu Ya Allah.

Thursday, August 13, 2009

THE PRINCESSES

FAQIHAH SYAZWANI
Faqihah bermaksud "Yang Cerdik" Syazwani bermaksud "Keharuman Ku / Haruman Kasturi"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
FIRZANAH SYAZWANI
Firzanah bermaksud "Yang Pintar / Bijak" Syazwani bermaksud ""Keharuman Ku / Haruman Kasturi"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
AINA FIKRIYAH
Aina bermaksud "Mata Yang Cantik" . Fikriyah bermaksud "Bijak Pandai Pemikiran".
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Anak merupakan amanah Allah kepada ibubapa. Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:
Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Bukhari)
~~
Menurut Imam Al-Ghazali pula, anak adalah seperti sebutir batu permata yang belum digilap. Ibu bapalah yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan. Jelas, ibu bapalah yang akan menentukan sama ada anak-anaknya “menjadi” atau tidak.
~~
Semua ibu bapa mahu membesarkan anak-anak mereka untuk menjadi insan yang mulia tetapi ramai yang tidak tahu cara yang berkesan untuk melakukannya.

Dua perkara utama yang perlu difahami :
1. Ibu bapa perlu mengetahui bagaimana keperibadian terbentuk.

2. Ibu bapa perlu mempunyai suatu nilai sebagai asas kepada keperibadian anaknya; nilai ini
adalah nilai keperibadian Islam dan anak-anak perlu dibesarkan sebagai Khalifah Allah.
~~
Antara yang perlu dan utama diddik pada anak-anak kita :-
Kasih pada Allah
Kasih sesama manusia
Hormat-menghormati
Bertimbang rasa
Bersopan
Tidak bergaduh sesama saudara
Rajin belajar
Istiqamah di dalam sesuatu pekerjaan
~~
Tidak dinafikan, bukan senang, tapi anak adalah amanah Allah swt dan setiap anak itu ada membawa rezekinya kepada kita....
~~
"Ya Allah..jadikan anak-anak kami ini anak-anak yang Soleha, Bijak dan Pandai dan kau lindungilah mereka dari kejahatan, kemungkaran dan keburukan dan kau perlihara lah mereka menjadi orang-orang yang beriman sebagaimana orang-orang beriman sebelum kami"
AMIN

RIZQ ZAYYAD

Hari yang gembira untuk semua keluarga kita hari ini. Telah lahir pada jam 10.30 pagi pada 13/08/09 bersamaan 22 Syaaban 1430 Hijrah seorang lagi umat Muhammad saw; Tahniah Rizq Zayyad Mohamed Hazrin. Tahniah pada Abang dan Yan, semoga Allah memberkati dengan rahmat dan kesejahteraan. Ayah Pet mendoakan Rizq Zayyad dilindungi, diberkati dan dipanjangkan umur . Kepada Abang dan Yan semoga murah rezeki dan diberi rahmat oleh Allah swa. Kepada Wak Yith dan Mak Besar.... tahniah atas cucu pertama lelaki didalam keluarga. Alhamdulillah dan Alfatihah untuk you all....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Allah S.W.T. telah mencipta manusia sebagai khalifahNya di muka bumi ini. Sebagai makhluk yang dimuliakan, Allah telah membentuk manusia dengan kejadian yang paling sempurna berbanding dengan makhluk lain.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:“ Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia (Adam) dari setitik air mani yang bercampur ( antara benih lelaki dengan perempuan ) ”( Surah al-Insan 76: 2 )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kemudian untuk lebih sempurna lagi, Allah S.W.T. telah meniupkan sebahagian dari rohNya. Melalui bahan tanah lumpur tersebut Allah telah membentuk jasad manusia dan kejadian ini dilengkapkan lagi dengan memasukkan roh ke dalam jasad tersebut.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah. Kemudian Kami jadikan tanah itu air mani yang tersimpan dalam tempat yang kukuh (rahim). Lalu kami jadikan air mani itu segumpal darah, lalu gumpalan darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan Kami jadikan gumpalan daging itu tulang belulang, lalu Kami lapisi tulang belulang itu dengan daging. Kemudian Kami bentukkan makhluk yang lain. Maha Suci Allah, sebaik-baik Pencipta”.( Surah al-Mu’minun 23: 12 -14 )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dan diri manusia terdapat empat perkara iaitu roh, nafsu, akal dan hati (qalb) (Al-Ghazali, 1967). Roh sukar untuk ditafsirkan, walaupun demikian Allah S.W.T. telah menegaskan dalam (Surah al-Isra’ 17: 85) yang bermaksud:“ Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah; Roh itu termasuk urusan Tuhanku dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Manakala menurut Al-Ghazali, roh mempunyai unsur-unsur kemalaikatan. Oleh kerana ia berasal dari roh Allah, maka asal dan tabiinya adalah suci dan diciptanya di alam ghaib. Nafsu merupakan tabiat dan daya penggerak bagi sifat-sifat yang tercela. Ini berbeza dengan roh yang mempunyai sifat-sifat yang suci sedangkan nafsu lebih mendekati sifat-sifat insan yang tabiatnya ke arah kehaiwanan.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :“ Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhan Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.(Surah Yusof 12: 53)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nafsu juga merupakan jiwa rohani yang membentuk hakikat manusia. Ianya mempunyai beberapa peringkat sesuai dengan kedudukan manusia serta dapat mencorakkan tingkah laku manusia ke arah kebaikan atau kejahatan. Secara umumnya, peringkat tersebut adalah seperti al-Ammarah, al-Lawwamah dan al-Mutmainnah.Akal pula merupakan satu anugerah Allah S.W.T. kepada manusia di mana ianya dapat membezakan tindakan untuk melakukan kebaikan atau keburukan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kedudukan akal dalam kehidupan manusia mengikut pandangan Islam adalah jelas mampu menerima tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Menurut pendapat ahli-ahli jiwa (dalam Hamka, 1983), akal bukanlah suatu sifat yang berdiri sendiri tetapi lahir dari jalinan tiga sifat jiwa iaitu fikiran, kemahuan dan perasaan. Oleh yang demikian, akal merupakan satu elemen yang paling tinggi dan mulia dalam diri manusia. Melalui akal, manusia memperolehi ilmu pengetahuan dan sebagainya.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud;“ Akal itu terbahagi kepada tiga bahagian, sebahagian untuk mengenal Allah, sebahagian untuk taat kepada Allah dan sebahagian lagi untuk sabar daripada melakukan kemaksiatan”.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Di samping itu, hati atau qalb pula membawa satu maksud bahawa manusia mempunyai perasaan, ingin mengetahui dan mengenali. Ianya juga mempunyai hubungan yang rapat dengan perlakuan manusia dan merupakan asas keperibadian yang akan melahirkan darjat seseorang manusia.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Menurut Al-Ghazali (1965) dalam Nor Anisah Abdul Malek (1992), hati bukan sahaja bermaksud hakikat manusia yang dapat menangkap segala pengertian malah, secara lahiriah ia juga bererti segumpal daging berbentuk bulat panjang, terletak sebelah kiri yang berfungsi sebagai sumber roh.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;“ Sesungguhnya di dalam jasad terdapat seketul daging yang apabila ia baik, baiklah jasad keseluruhannya dan apabila ia rosak, rosakklah keseluruhan jasad, Awaslah iaitu hati”.(Hadis riwayat Bukhari)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Alhamdulillah... bersyukur kepada Allah yang maha esa. Atas keberkatan yang telah kau beri pada kaum keluarga ku.... ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah dan lindungilah kami Ya Allah dan berkatilah kami Ya Allah. Amin......

INSAN ISTIMEWA


Selama dua hari aku mencari melalui "Google Search" dan akhirnya dapat juga aku temui apa yang ku cari selama ini. Dan aku juga menjumpai seorang insan yang istimewa iaitu "Ainey Nan". Terima kasih ku ucapkan. Semoga Allah swa memberi kerberkatan dan rahmat kepada awak yang telah sudi berkongsi senaskah bacaan Al-Quran MP3 bersama insan-insan muslimin dan muslimat di dunia ini.

Alhamdulillah.


Terima kasih Ainey.......