Friday, August 14, 2009

JUMAAT

AL-FATIHAH......
Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar khutbah. Solat Jumaat itu hukumnya Fardhu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf dengan syarat-syarat tertentu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~
Firman Allah swt:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke
masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," - Al-Jumu'ah: 9
~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sabda Rasulullah SAW:
"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." - Riwayat Abu Dawud & Hakim.
~~~~~~~~~~~~~~~~~

Syarat wajib solat Jumaat:
Islam - tidak wajib bagi orang kafir.
Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.
Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.
Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Syarat sah solat Jumaat:
Didirikan di dalam waktu Zuhur.
Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan

seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya.
Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu.
Didahului dengan dua khutbah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rukun-rukun khutbah Jumaat:
Khutbah dimulai dengan memberi pujian pada Allah SWT seperti ucapan: "Allahamdulillah".
Diikuti dengan salawat ke atas Nabi Muhammad SAW: "Allahuma salli ala Saidina Muhammad waala ali Saidina Muhammad."
Khutbah hendaklah mengandungi pesanan kepada para jamaah agar bertaqwa kepada Allah SWT seperti: "bertaqwalah kamu kepada Allah."
Membaca satu ayat Quran pada khutbah yang pertama atau kedua, tapi paling elok pada khutbah yang pertama.
Mendoakan setiap Muslim pada khutbah yang kedua sekurang-kurangnya: "Rahima-kumullah."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Syarat sah Khutbah Jumaat:
Pembaca khutbah hendaklah seorang lelaki, tidak sah jika orang perempuan.
Pembaca khutbah hendaklah menutup aurat.
Suci daripada hadas dan najis pada pakaian, badan dan tempat.
Berdiri pada kedua-dua khutbah itu pada yang mampu.
Membaca khutbah setelah masuk waktu Zuhur dan dilakukan sebelum solat Jumaat.
Membaca rukun-rukun khutbah di dalam bahasa Arab, tidak boleh di baca dalam bahasa ibunda seperti membaca salawat Nabi dalam bahasa Melayu.
Mualat antara khutbah yang pertama dengan khutbah yang kedua, antara segala rukunnya dan antara khutbah dengan solat.
Duduk sebentar setelah selesai khutbah pertama sebelum memulakan khutbah kedua. Jikalau pembaca berkhutbah dalam keadaan duduk, maka pisahkan di antara dua khutbah itu dengan diam sebentar.
Khutbah didengar oleh 40 orang yang bermukim sekalipun tidak memahami bahasa yang digunakan untuk menyampaikan khutbah.
Mencukupi bilangan 40 orang dari mula khutbah hingga akhir solat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu solat Zohor seperti biasa:
Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya.
Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid.
Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir.
Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat:
Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid.
Memotong kuku.
Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai].
Bersugi.
Memakai wangi-wangian.
Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.
Bersegera pergi ke masjid.
Berniat iktikaf.
Solat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid.
Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan bersalawat atas Nabi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al Mu'minuun ayat 1-3 tafsirnya :


"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia".


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ya Allah ampunnilah dosa ku dan segala kesalahan yang telah ku lakukan. Perluaskan Rezeki ku dan Permudahkanlah Pekerjaan Ku. Sesungguhnya Aku ini berdosa kepada mu Ya Allah.

Thursday, August 13, 2009

THE PRINCESSES

FAQIHAH SYAZWANI
Faqihah bermaksud "Yang Cerdik" Syazwani bermaksud "Keharuman Ku / Haruman Kasturi"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
FIRZANAH SYAZWANI
Firzanah bermaksud "Yang Pintar / Bijak" Syazwani bermaksud ""Keharuman Ku / Haruman Kasturi"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
AINA FIKRIYAH
Aina bermaksud "Mata Yang Cantik" . Fikriyah bermaksud "Bijak Pandai Pemikiran".
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Anak merupakan amanah Allah kepada ibubapa. Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:
Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Bukhari)
~~
Menurut Imam Al-Ghazali pula, anak adalah seperti sebutir batu permata yang belum digilap. Ibu bapalah yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan. Jelas, ibu bapalah yang akan menentukan sama ada anak-anaknya “menjadi” atau tidak.
~~
Semua ibu bapa mahu membesarkan anak-anak mereka untuk menjadi insan yang mulia tetapi ramai yang tidak tahu cara yang berkesan untuk melakukannya.

Dua perkara utama yang perlu difahami :
1. Ibu bapa perlu mengetahui bagaimana keperibadian terbentuk.

2. Ibu bapa perlu mempunyai suatu nilai sebagai asas kepada keperibadian anaknya; nilai ini
adalah nilai keperibadian Islam dan anak-anak perlu dibesarkan sebagai Khalifah Allah.
~~
Antara yang perlu dan utama diddik pada anak-anak kita :-
Kasih pada Allah
Kasih sesama manusia
Hormat-menghormati
Bertimbang rasa
Bersopan
Tidak bergaduh sesama saudara
Rajin belajar
Istiqamah di dalam sesuatu pekerjaan
~~
Tidak dinafikan, bukan senang, tapi anak adalah amanah Allah swt dan setiap anak itu ada membawa rezekinya kepada kita....
~~
"Ya Allah..jadikan anak-anak kami ini anak-anak yang Soleha, Bijak dan Pandai dan kau lindungilah mereka dari kejahatan, kemungkaran dan keburukan dan kau perlihara lah mereka menjadi orang-orang yang beriman sebagaimana orang-orang beriman sebelum kami"
AMIN

RIZQ ZAYYAD

Hari yang gembira untuk semua keluarga kita hari ini. Telah lahir pada jam 10.30 pagi pada 13/08/09 bersamaan 22 Syaaban 1430 Hijrah seorang lagi umat Muhammad saw; Tahniah Rizq Zayyad Mohamed Hazrin. Tahniah pada Abang dan Yan, semoga Allah memberkati dengan rahmat dan kesejahteraan. Ayah Pet mendoakan Rizq Zayyad dilindungi, diberkati dan dipanjangkan umur . Kepada Abang dan Yan semoga murah rezeki dan diberi rahmat oleh Allah swa. Kepada Wak Yith dan Mak Besar.... tahniah atas cucu pertama lelaki didalam keluarga. Alhamdulillah dan Alfatihah untuk you all....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Allah S.W.T. telah mencipta manusia sebagai khalifahNya di muka bumi ini. Sebagai makhluk yang dimuliakan, Allah telah membentuk manusia dengan kejadian yang paling sempurna berbanding dengan makhluk lain.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:“ Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia (Adam) dari setitik air mani yang bercampur ( antara benih lelaki dengan perempuan ) ”( Surah al-Insan 76: 2 )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kemudian untuk lebih sempurna lagi, Allah S.W.T. telah meniupkan sebahagian dari rohNya. Melalui bahan tanah lumpur tersebut Allah telah membentuk jasad manusia dan kejadian ini dilengkapkan lagi dengan memasukkan roh ke dalam jasad tersebut.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah. Kemudian Kami jadikan tanah itu air mani yang tersimpan dalam tempat yang kukuh (rahim). Lalu kami jadikan air mani itu segumpal darah, lalu gumpalan darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan Kami jadikan gumpalan daging itu tulang belulang, lalu Kami lapisi tulang belulang itu dengan daging. Kemudian Kami bentukkan makhluk yang lain. Maha Suci Allah, sebaik-baik Pencipta”.( Surah al-Mu’minun 23: 12 -14 )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dan diri manusia terdapat empat perkara iaitu roh, nafsu, akal dan hati (qalb) (Al-Ghazali, 1967). Roh sukar untuk ditafsirkan, walaupun demikian Allah S.W.T. telah menegaskan dalam (Surah al-Isra’ 17: 85) yang bermaksud:“ Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah; Roh itu termasuk urusan Tuhanku dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Manakala menurut Al-Ghazali, roh mempunyai unsur-unsur kemalaikatan. Oleh kerana ia berasal dari roh Allah, maka asal dan tabiinya adalah suci dan diciptanya di alam ghaib. Nafsu merupakan tabiat dan daya penggerak bagi sifat-sifat yang tercela. Ini berbeza dengan roh yang mempunyai sifat-sifat yang suci sedangkan nafsu lebih mendekati sifat-sifat insan yang tabiatnya ke arah kehaiwanan.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :“ Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhan Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.(Surah Yusof 12: 53)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nafsu juga merupakan jiwa rohani yang membentuk hakikat manusia. Ianya mempunyai beberapa peringkat sesuai dengan kedudukan manusia serta dapat mencorakkan tingkah laku manusia ke arah kebaikan atau kejahatan. Secara umumnya, peringkat tersebut adalah seperti al-Ammarah, al-Lawwamah dan al-Mutmainnah.Akal pula merupakan satu anugerah Allah S.W.T. kepada manusia di mana ianya dapat membezakan tindakan untuk melakukan kebaikan atau keburukan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kedudukan akal dalam kehidupan manusia mengikut pandangan Islam adalah jelas mampu menerima tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Menurut pendapat ahli-ahli jiwa (dalam Hamka, 1983), akal bukanlah suatu sifat yang berdiri sendiri tetapi lahir dari jalinan tiga sifat jiwa iaitu fikiran, kemahuan dan perasaan. Oleh yang demikian, akal merupakan satu elemen yang paling tinggi dan mulia dalam diri manusia. Melalui akal, manusia memperolehi ilmu pengetahuan dan sebagainya.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud;“ Akal itu terbahagi kepada tiga bahagian, sebahagian untuk mengenal Allah, sebahagian untuk taat kepada Allah dan sebahagian lagi untuk sabar daripada melakukan kemaksiatan”.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Di samping itu, hati atau qalb pula membawa satu maksud bahawa manusia mempunyai perasaan, ingin mengetahui dan mengenali. Ianya juga mempunyai hubungan yang rapat dengan perlakuan manusia dan merupakan asas keperibadian yang akan melahirkan darjat seseorang manusia.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Menurut Al-Ghazali (1965) dalam Nor Anisah Abdul Malek (1992), hati bukan sahaja bermaksud hakikat manusia yang dapat menangkap segala pengertian malah, secara lahiriah ia juga bererti segumpal daging berbentuk bulat panjang, terletak sebelah kiri yang berfungsi sebagai sumber roh.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;“ Sesungguhnya di dalam jasad terdapat seketul daging yang apabila ia baik, baiklah jasad keseluruhannya dan apabila ia rosak, rosakklah keseluruhan jasad, Awaslah iaitu hati”.(Hadis riwayat Bukhari)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Alhamdulillah... bersyukur kepada Allah yang maha esa. Atas keberkatan yang telah kau beri pada kaum keluarga ku.... ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah dan lindungilah kami Ya Allah dan berkatilah kami Ya Allah. Amin......

INSAN ISTIMEWA


Selama dua hari aku mencari melalui "Google Search" dan akhirnya dapat juga aku temui apa yang ku cari selama ini. Dan aku juga menjumpai seorang insan yang istimewa iaitu "Ainey Nan". Terima kasih ku ucapkan. Semoga Allah swa memberi kerberkatan dan rahmat kepada awak yang telah sudi berkongsi senaskah bacaan Al-Quran MP3 bersama insan-insan muslimin dan muslimat di dunia ini.

Alhamdulillah.


Terima kasih Ainey.......