Friday, May 27, 2011

JUMAAT

Assalamualaikum,


Hati saya sedih ketika mendengar kuthbah pada hari ini. Katib telah memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah berdoa kepada Allah swt untuk tidak membinasakan umatnya walaupun didalam keadaan mungkar. Dan Allah swt telah perkenankan doa nabi untuk dibawa pembalasan kebinasaan ke hari kiamat.


Katib memberitahu sendangkan umat-umat sebelum Muhammad saw telah dibinasakan pada masa kemungkaran, umat Musa, Noh, Luth. Manakala kita ini beruntung dan tidak sedar bahawa kita tidak di balas secara terus dan hanya kiamat barulah kita di seksa atas perbuatan mungkar kita kepada Allah swt.


Selawat dan Salam pada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Keluarga dan sahabat. Dan Al-Fatihah kepada baginda Rasulullah Muhammad saw. Semoga doa saya dimakbulkan oleh Allah swt untuk bertemu baginda.


Wassalam.

Thursday, May 26, 2011

Once Upon A Time

Assalamualaikum.


Tak ingat sangat how old I was, maybe 4-5, surely belum sekolah. Duduk dengan Encik. Rumah dia pun I tak pasti kat mana, tapu majidee kot. Lela still schooling. Ingat lagi ada anak patung macam rimau bintang. Favorate dia. But bila dia sekolah I curi-curi main. Well that's the only toy available. Kadang-kadang kena marah.


I cant remember sama ada duduk dengan Encik dulu ke duduk dengan Kak Ani dan Abang Harith. Ha ha ha Iza kaki gigit. Selalu jugak kena gigit dengan dia. Masa tu best dapat tengok TV rumah Ani. Chennel 5. Oh ya musim cacing kat bontot.


Then pindah Mining Sungei Way. Rumah buruk, api pun pakai lilin. Ingat lagi nak ambik air kena jalan ke luar. Kalau nak pergi mana2 numpang lori pasir. First time diperkenalkan dengan pokok Cherry.


Mak jual kacang. Tak ingat sangat ayah kat mana. Yang ada aku dengan eddie. So malam-malam teman mak bakar peket kacang pasal Mamat dengan Jai jual kat opis dia. Oh ya.. masa tu diorang kerja Guiness.


Peristiwa yang tak boleh lupa rumah tu ialah bijik tasbih masuk hidung. Teruk aku kena dengan ayah, talipinggang habis berbelai2. Masa tak ada mainan, duit pun tak ada. Main dengan Eddie. Aku masukan Tasbih dalam hidung nak hembus keluar. Kelakarlah agaknya. Tiba2 termasuk ke dalam. Bawak naik lori pasir sampai jalan besar naik bas 51 ke old town jumpa doktor. Masa tu ada jiran bawak sekali. Ada satu abang tu aku dah tak ingat nama dia tapi dia baik. Akhirnya berjaya dikeluarkan. Yang aku ingat doktor kena bagi 3 biji ubat tidur nak tenangkan aku.


Sekarang aku faham.... mungkin ayah marah sangat pasal masa tu tak berduit dan aku pulak buat perangai yang macam tu. Ayah.... Pet faham....


Wassalam.


Tuesday, May 10, 2011

WHAT A DAY

Assalamualaikum....

What A day today....
Same old story.

Wassalam.

Thursday, May 5, 2011

THE THURSDAY

Assalamualaikum....

Today is Thursday... may Allah give rahmat, hidayat dan petunjuk kepada saya dan keluarga...
Semoga hari ini lebih baik daru hari yang sebelumnya.....

Wassalam