Tuesday, January 31, 2012

The Princess And The Sad Letter




Assalamualaikum

Today…. I came across to a letter that was left in my work shirt pocket. Somehow with Allah’s will, I pulak pilih shirt tu hari ni. To my surprise…., I read the letter and I cried for a while. I remember this incident. So here is my reply…..

Assalamualaikum Faqihah,

Abah mintak maaf sangat kerana Abah sibuk dengan training dan kerja. Dan juga Abah mintak maaf Abah jatuh sakit lepas tu. I am so sorry mama pukul awak and I was not around that time. Faqihah tahu kan Abah sayang Faqihah kan?

Faqihah jugak kena tahu yang mama pun sayang Faqihah. Abah dah pun jumpa Mama tunjuk dia surat ni dan Mama cakap dia buat macam tu pasal dia nak Faqihah pandai dan dia nak Faqihah jadi anak yang baik. So you maafkan Mama ok. I promise you that from today, I will be around for you.

I am your father, you remember that. Ingat tak apa Abah cakap..???, Faqihah anak abah… you can tell me anything. Susah you, senang you, apa –apa sahaja. Abah pun manusia, kadang-kadang bila Abah dapat berita buruk, of course I will go mad at first, but I am the person who loves you most. So just tell me ok. Anything and everything, we can work it out dengan izin Allah.

Maybe hidup kita tak lengkap now sayang… but tak pa… ini takdir Allah. So we live as it is. I will be with you dalam susah dan senang. I am your father, walau apa pun terjadi, I will always be your father that loves you sooooooooooooooooo much ok.

You belajar pandai-pandai dan you tunjukkan semua orang you boleh buat. Oh ya… congrats dapat kelas pandai this year… Abah nanti masak pulut kuning kita hantar kat rumah semua orang ok….. Abah nak Faqihah sembahyang kuat-kuat dan doa untuk jadi anak yang salleh dan pandai. I know you can do it. You belajar kuat-kuat ok. Ingat… ABAH SAYANG AWAK.

Wassalam…ABAH….

Monday, January 30, 2012

USTAZ AZHAR IDRUS - SHAH ALAM















Assalamualaikum....










Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt.... Best, best, best...

29th January 2011 / 5 Rabiulawwal 1433.

Finnally I got to salam and cium tangan Ustaz Azhar Idrus. Semalam sambungan kitab Anak Kunci Syurga - Masjid Shah Alam. Yuuhuuuu dapak dok depang bosss... Alahmdulillah... macam-macam saya pelajari....

Jalan ku ke syurga :

1) Iman

2) Ilmu

3) Amal

4) Ikhlas

Dan hanya kepada Allah aku beramal.... dan menerima kehidupan se-adanya.... Doa, usaha, amal dan tawakal....










Solat ku, Hidup ku, Mati ku hanya kerana Allah swt...


" Ya Allah, keampunan, kerahmatan dan keberkatan kami pohon untuk diri kami, anak2 kami dan keluarga kami, mukminin dan mukminat, muslimin dan muslimat. Dengan Ikhlas tanpa riak dan takabur kami doakan agar engkau berilah rahmat dan keberkatan kepada Ustaz Azhar Idurs, keluarganya serta mereka2 yang terbuka hati untuk mentaati mu dengan mendengar kuliah dan ceramahnya. "
Alhamdulillah.... terima kasih Ustaz.

Friday, January 27, 2012

NAFKAH

Assalamualaikum...
Saja nak berkongsi….. in life sometimes kurangnya ilmu menyebabkan kita lalai dalam tanggungjawab. I remember I learned this when I was doing part time Syariah UIA. It is one of the subject dalam perundagan kekeluargaan islam… so guys… read and learn…. Insya’allah…

HAK-HAK YANG WAJIB DIBERIKAN KEPADA ISTERI
1- HAK MENDAPAT MAHAR
Mahar adalah suatu pemberian wajib dari suami kepada isterinya dengan sebab berkahwin. Ia merupakan hak mutlak isteri. Banyak sedikitnya mahar itu bergantung kepada kerelaan atau kemahuan isteri. Firman Allah:
Ertinya: “berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita yang kamu kahwini sebagai pemberian penuh kerelaan, kemudian jika mereka menyerahkan kepadamu sebahagian dari maskahwin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu sebagai makanan yang sedap lagi baik akibatnya” (an-Nisa’:4)

Di dalam hadith Nabi s.a.w ini ada menerangkan beberapa benda yang boleh dijadikan mahar, antaranya:
i- mata wang,
ii- barang seperti cincin, kasut, pakaian dan sebagainya,
iii- Pekerjaan seperti menghafal al-Quran,
iv- Makanan atau bahan
v- Dengan memerdekakannya

Mahar merupakan hak mutlak isteri yang tidak boleh diambil oleh suami sesuka hati melainkan dengan keredhaan dan keizinan isterinya. Seorang suami boleh berhutang mahar kepada isterinya dengan syarat ianya wajib dilunaskan kembali. Suami yang tidak mahu membayar mahar yang dihutang kepada isterinya diancam Allah dengan ancaman yang sama dengan orang-orang yang berhutang dengan niat tidak mahu melunasinya padahal mereka mampu untuk membayarnya kembali.

Keadaan ini jelas merupakan penderhakaan terang-terangan terhadap hak isteri, sekaligus menderhakai Allah. Biasanya suami menganggap bahawa mahar itu tidak perlu lagi diberikan kepada isterinya kerana sudah menjadi satu keluarga hingga menurut anggapannya tidak ada lagi perhitungan hutang piutang bagi mereka yang telah mempunyai ikatan sebagi suami isteri.

Dalam situasi ini isteri boleh menasihati dan mengingatkan suami akan hutang maharnya serta ancaman Allah bagi perbuatannya, jika tidak diendahkan, isteri boleh meminta pertolongan dari pihak ke tiga untuk menasihatinya, jika tidak berhasil isteri boleh mengadu kepada mahkamah untuk memaksa suami melunasi hutang maharnya. Namun begitu memaafkan dan mengambil sikap berlapang dada adalah lebih dekat kepada taqwa.
Firman Allah:
Ertinya: “jika kamu menceraikan isteri-isterimu sebelum kamu bercampur dengan mereka padahal kamu telah menentukan maharnya, maka bayarlah separuh dari mahar yang telah kamu tentukan itu, kecuali kalau isteri-isterimu itu memaafkan atau dimaafkan oleh orang yang memegang ikatan nikah. Sikap maaf itu lebih adalah lebih dekat pada taqwa. Dan janganlah melupakan keutamaan antara sesama kamu. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” (al-Baqarah:237)


2- NAFKAH – ZAHIR DAN BATIN
Nafkah menurut istilah ialah mengeluarkan belanja atau sara hidup kepada mereka yang wajib atas seseorang itu untuk membiayainya. Biaya yang dimaksudkan ialah semua hajat dan keperluan pelajaran, makanan, ibadat, tempat tinggal dan sebagainya.(al-Syarbini.425). Hak nafkah yang wajib diberikan kepada isteri boleh dibahagikan kepada dua jenis, nafkah zahir dan nafkah batin.

NAFKAH ZAHIR
Sudah menjadi ketetapan agama bahawa suami wajib memberikan belanja untuk makan, minum, pakaian dan tempat tinggal isteri sesuai dengan kemampuannya. Firman Allah s.w.t:
Ertinya:” hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezkinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya”.(al-Talaq:7)

Ertinya: “dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya”. (al-baqarah:233)

Ertinya: “tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka dan menyempitkan hati mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalaq) itu sedang hamil maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin” (al-talaq:6)
Sementara dalil-dalil dari sunnah pula:

Ertinya: dari Muawiyah al-Qusyairi, berkata: “saya datang kepada Rasulullah s.a.w lalu saya bertanya, bagaimana pandanganmu Ya Rasulullah tentang isteri-isteri kami? Sabdanya: “berilah mereka makan dari makanan yang kamu makan, berilah mereka pakaian dari pakaian yang kamu pakai, janganlah kamu pukul mereka dan jangan pula kamu buruk-burukkan mereka (H.R Abu Dawud)

Ayat-ayat dan hadith di atas menjelaskan bahawa setiap suami bertanggungjawab memberi makanan, pakaian kepada isterinya sesuai dengan kemampuannya. Suami tidak boleh memberi makanan dan pakaian kepada isterinya lebih buruk daripada apa yang dimakan dan dipakai suaminya. Begitu juga kadar makan dan pakai yang menjadi hak isteri diberikan mengikut kadar yang mampu diberikan oleh suaminya. Di dalam hal ini isteri tidak boleh meminta sesuatu yang di luar kemampuan suaminya. Akan tetapi sekiranya suami mampu memberikannya lebih tetapi tidak diberikan maka dalam situasi ini isteri dibenarkan mengambil harta suaminya seperti sabda Rasulullah s.a.w:
Ertinya: “dari aisyah r.a berkata: sesungguhnya Hindun datang kepada rasulullah lalu berkata: “wahai Rasulullah< Abu Sufyan adalah orang yang kikir dan tidak mahu memberikan kepadaku belanja yang cukup untukku dan anakku, sehingga terpaksa aku ambil dari hartanya tanpa pengetahuannya”. Lalu Baginda bersabda: “ambillah sekadar cukup untuk dirimu dan anakmu dengan wajar”. (H.R Bukhary dan Muslim)

Hadith ini menegaskan bahawa islam membenarkan bagi isteri mengambil harta suaminya sekadar untuk keperluan dirinya dan anak-anak, jika suaminya mempunyai harta yang cukup tetapi tidak memberikan haknya mengikut kemampuannya. Jika suami yang bakhil di cela oleh agama dan dibenarkan bagi isterinya mengambil tambahan dari harta suaminya tanpa pengetahuannya, maka lebih berdosalah lagi suami yang tidak memberi nafkah isterinya. Sudah tentu perbuatan itu tela melanggari hak isteri yang telah ditetapkan oleh syariat islam.

Isteri boleh memberi peringatan terhadap suami yang mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah samada mahu memberi belanja atau menceraikannya. Menurut Imam Syafie kadar nafkah makanan yang wajib itu adalah mengikut keadaan suami. Maka jika suami itu orang kaya, nafkah isteri yang diwajibkan ialah dua cupak makanan setiap hari, suami yang miskin satu cupak dan suami yang sederhana satu cupak setengah.(Wahbah Zuhayliy.1985.798)

Menurut Imam an-Nawawi bahawa hak-hak yang wajib terhadap isteri itu tujuh perkara iaitu;

i. Makanan.
ii. Bahan-bahan seperti rempah-ratus (bawang, minyak masak, garam, gula, asam termasuk lauk-pauk dan sebagainya).
iii. Pembantu bagi isteri yang kebiasaannya mempunyai pembantu.
iv. Pakaian.
v. Alat-alat pembersih badan dan pencuci pakaian, sikat dan sebagainya.
vi. Perkakas-perkakas rumah seperti perkakas bilik air, perkakas tidor dan sebagainya dan yang terakhir ialah tempat tinggal (rumah). (an-Nawawi.450-461)
NAFKAH BATIN

Hendaklah mempergauli isteri itu dengan baik. Firman Allah:
Ertinya: isteri-isterimu adalah seperti tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat becucuk tanammu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah amal yang baik untuk dirimu dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah khabar gembira orang-orang beriman. (al-Baqarah:223)

Ertinya: ...”dan bergaullah dengan mereka dengan sebaik-baiknya....”

Dalam Islam isteri boleh menolak hajat atau keinginan suaminya untuk bersetubuh dengan syarat ia mestilah dalam keadaan darurat atau keuzuran seperti semasa haid, nifas, sedang dalam ihram dan sebagainya. Bagaimanapun pengertian mengenai darurat dan keuzuran bukan setakat itu, banyak lagi perkara lain yang perlu difahami setiap suami. Misalnya jika isteri mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan isteri tidak berupaya melayan kehendak seks suami, ia juga ditakrifkan sebagai darurat.

Begitu juga jika isteri berada dalam keletihan yang amat sangat, penolakan berkenaan dirujuk kepada isteri yang dalam tertekan, runsing, mengantuk yang teramat sangat dan keletihan yang amat sangat sehingga meyebabkan isteri berkenaan tidak berkeupayaan melayani kehendak seks suaminya dengan baik, ia juga dibolehkan. Lebih-lebih lagi bagi isteri yang bekerja, tujuannya untuk membantu suaminya sendiri dalam soal kewangan.

Akan tetapi isteri perlu faham, jika mereka menolak hajat suaminya, ia mestilah ditolak dengan cara yang baik dan mestilah dijelaskan dengan sejelas dan sebaiknya sebab-sebab itu kepada suaminya, sehingga suaminya boleh memahami dan bertolak ansur dengannya.

Terdapat juga sesetengah suami yang sanggup menggunakan kekerasan atau paksaan ke atas isterinya untuk melakukan hubungan jenis demi memuaskan nafsunya sendiri dengan menafikan terus hak isteri , walaupun isteri berada dalam keadaan tidak bersedia dan sudah pun menolak hajatnya dengan baik. Dalam keadaan seperti ini, jika suami tidak memahaminya, isteri boleh membawanya ke mahkamah dan mahkamah pasti akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya.
Namun begitu pangertian nafkah batin bukanlah berkisar perlakuan seksual semata-mata. Seks hanya salah satu cabang bagi maksud nafkah batin, selain seks berkongsi masalah, mendengar luahan isteri, berbual dan bermesra serta mendidik ajaran agama terhadap isteri juga termasuk dalam definisi nafkah batin.

Wallahualam……
Rujukan : Robiatul Adawiyah Mohd Kolej Universiti Islam Malaysia

Thursday, January 26, 2012

THE SITUATION

Assalamualaikum

Alhamdulillah, Aina is getting better… “Hari ni belajar. Semua anak abah belajar ok. Cukup2 cuti tengok tv”. I told my daughters. Well that’s my life, if one of my daughters is sick; the rest will take extra holidays watching tv and dvd. Ha ha ha kids, further tak ada orang monitor.….

Well last night is Razis Ismail night, I can’t stop listening to it till this morning. Hadirmu Membawa Sinaran – lama lagu ni…. Nice to go back to the past…. It’s 80’s one of top songs…. Thanks FWT….. like it like it.. love it…..

Well since we are in on the subject. It is difficult to explain… Everyone is always going through tough things; fitrah allah swt, me recently as example, but the irony in it is that everyone thinks what they're going through is just too hard. Life isn't about surviving the tough things, it's about understanding it, accept it and live with it so it becomes a lesson to learn which at the end - wisdom.

The emotion that can break your heart is sometimes the very one that heals it. Everyone wants pretty much the same thing, to be happy. Some people think that happiness lay somewhere in the future, while some believed they lay in the past. If ask me, mine, well it’s now. I find that I don’t need to go back to the past. It’s history, over and done with. Now it’s about the future, my life and my kids. Life, I've learned, is never fair. That is why I talked about Redha & Pasrah.

As bad as it was, I learned something about myself. That I could go through something like that and survive. I mean, I know it could have been worse, a lot worse, but for me, it was all I could have handled and I learned from it. As do you FWT….

The simple truth is that sometimes the most ordinary things could be made extraordinary, simply by doing them with the right people. Take it slow and easy. Back to Allah swt. In him you will find peace and answer what you are looking for. I am sorry if I could not be much help, but I believe, and everything that happened, there will be a good reason… hikmah. Yakin dan percaya. Kita ada agama and agama kita islam.

“ Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
Al-Baqarah 286

I know now everyone can truly change. The history has taught me much about myself, and a few general truths. I learned that if feelings are broken, it is not easy to heal. I know and accepted the process of healing will take time.

But most of all, I learned that to some people it's possible to fall in love all over again, even when there's been a lifetime of disappointment because she is with someone now. To me however…, You live only once, you die only once and you love only once…. True love…..
Well…. It’s only my opinion.

Wednesday, January 25, 2012

THE TEST - ALHAMDULILLAH






Assalamualaikum……
I remember when I watched “Ombak Rindu” there were scene where Izza and Mila sitting down near padi field and they talk about “Redha” and “Pasrah”. The definitions for both words are true and correct.

Redha bererti menerima suatu perkara ketentuan Allah swt dengan lapang dada tanpa merasa kecewa ataupun tertekan dan penerimaan yang ikhlas. Namun segala usaha akan dilakukan untuk merubah kehidupan yang lebih baik.

Pasrah bererti menerima kenyataan begitu saja tanpa ada usaha untuk mengubahnya, rela dalam paksaan.

Anyway, thinking of what had happen to me…. being left alone, daughters not well, financially extremely bad, saya REDHA. Saya akan berusaha lebih kuat untuk memperbaiki kehidupan.

Aina just got well, I hope and really really pray to Allah swt that this will be the last test given and many more good things to come. 4 days in the hospital. I thank Allah and my doa’s that I have the strength to face any of Allah test in future.



I love my family and I will be there for them, now till eternity. Life will continue on, I will be strong but I shall remember all this pain so I can look back and tell myself that when you left me, you left me alone and in so much pain. For that I thank you. Maybe Allah swt wants to show me that you are now better off with a better man so I can continue mylife… my way.

Thursday, January 19, 2012

JUST FOR LAUGH

TIRU
Suatu hari ayah Harun di panggil guru besar sekolah kerana Harun didapati selalu meniru di dalam ujian. Setiap kali ujian, Harun didakwa selalu duduk disebelah kawan baiknya Samsul.

Ayah: Saya tak percaya anak saya meniru setiap kali ujian!
Cikgu: Betul encik.kami bukan tuduh begitu sahaja.
Ayah: Ape buktinya?
Cikgu: Nah,ini buktinya kalo encik tak percaya tengoklah sendiri.

Ayah Harun melihat kertas jawapan Harun dan Samsul;

Soalan pertama: Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia?
Harun dan Samsul memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.

Ayah: Memanglah jawapan mereka sama. Macam mana cikgu kata anak saya meniru?
Cikgu: Sabar encik, cuba encik lihat soalan kedua.

Ayah Harun melihat soalan kedua: Pada tahun berapakah negara kita mencapai
kemerdekaan?
Sekali lagi Harun dan Samsul memberikan jawapan yang sama: 31 Ogos 1957.

Ayah Harun sekali lagi marah,tetapi ditenteramkan untuk terus membaca

Soalan ketiga: Siapakah yang duduk disebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka?

Samsul menulis jawapanya :maaf, saya tak tahu
Harun menulis: kalau kau tak tahu aku lagi tak tahu!!
-----------------------------------------------------------------------------------------
Dilema Ayam dan Lembu

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,macamana aku nak dapat anak?
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil jek!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada.Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
--------------------------------------------------------------------------------------------
NENEK YANG NAZAK
Seorang nenek yang sedang nazak didatangi cucunya Mamod, tiba2 nenek terketar2 dan memberi isyarat meminta kertas dari Mamod mahu menulis sesuatu. Setelah menulis , diberikanya kepada Mamod.

Mamod agak terkejut seolah-olah dipilih untuk memegang amanah wasiat, simpan kertas itu dengan baik tanpa membaca dan memberitahu keluarganya.

Selang seminggu kematian neneknya , Mamod dengan bangganya pun memberitahu ahli keluarga supaya berkumpul.

"Sebelum arwah meninggal ada ditinggalkan wasiatnya pada saya".

Mamod pun membaca surat yg berbunyi: "Woit Mamod, jgn pijak getah oksigen tu, aku tak dapat bernafas, nak kiok dah ni!!"
--------------------------------------------------------------------------------
MAYAT TIGA LELAKI
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...
--------------------------------------------------------------------------------
MASALAH PENDENGARAN
Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.

"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."

"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakana sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya."

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari
jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.
"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:
"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"
-----------------------------------------------------------------------------------

I hope I give you a laugh, if not… a smile…. :-)

Hmmmm

Assalamualaikum

Thank you, for the time spent, for the honesty and above all for being truthful how you feel.

As for me, my opinion which is based on a bitter experience; when we're incomplete, we're always searching for somebody to complete us. Then, after a few years of a relationship, we find that we're still unfulfilled, then, we blame our partners and take up with somebody more promising. That’s one….

Two, we will try and try and keep on trying to make things happen. We don’t just give up on our relationship without trying until we admit that while a partner can add colors dimensions to our lives, we, each of us, are responsible for our own fulfillment. Nobody else can provide it for us, and to believe otherwise is to delude ourselves dangerously and to accept failure every relationship we enter.

Again, based on true experience, love is when you hurt and cry and still want him/her, it's when he/she ignores you, you would still in love with him/her, it's when he/she loves another you still smile and say I'm happy for you, when all you really do is being sad. You even wish for him/ her comfort on difficult days, smiles when sadness intrudes, rainbows to follow the clouds, laughter of happiness and doa’s for a better life in future.

However, in finding true love is not easy… to me…. my opinion, based on a solid experience, true love is when a person don’t just give up and try their best way to break trough and make understand how meaningful their love is. If you built up a wall around you like I did last time… I am looking for those who care enough to break them down for it; I will know that much that person really in love with me.

True love also means you can close your eyes to the things you do not want to see, but you cannot close your heart to the things you do not want to feel. You don't wish to be everything to everyone, but you would like very much to be something to someone.


However, I’ve learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel. But trough all of this, life still continues on. Well enough of sadness, new day, new beginning…

Wow… I am not sure how many people will understand what I am trying to say but… it is purely my thoughts over the matter of love.


Thank you FWT….

Wednesday, January 18, 2012

LAUGH OF THE DAY

Ha ha ha
Ha ha ha
Ha ha ha

Someone just told me I am but a pathetic person. Seeking and pleading to a person that left me.

Q : Have you no shame of writing in your blog for someone who left you?
ME : No

Q : Have you no shame of letting the world know about it?
ME : No

Q : Do you understand she does not want you anymore?
ME : I do

Q : Do you know she is with someone else now?
ME : I do know.

Q : Then why all the nonsense writing. Have pride, be a man… jangan jadi orang tak malu she don’t want you anymore and you terhegeh – hegeh..
ME :
1st - What I wrote is my own business.
2nd - I am not asking for forgiveness or anything from anyone. None of your business.
3rd - Yes. She left, She have new guy, I get that but still none of your business.
4th - I didn’t say anything bad about her or anyone. Still none of your business
5th - Orang nak pikir apa, pikirlah…. Ada aku kisah????

And continue with…
Ha ha ha
Ha ha ha
Ha ha ha

THE SECOND LETTER

Assalamualaikum,

People often describe love as an emotion that we can't control, one that overwhelms logic and common sense. That's what it was like for me. I didn't plan on falling in love, and I doubt if anybody planned on falling in love with me.

But once we met, it was clear that neither of us could control what was happening to us. We fell in love, despite our differences, and once we did, something rare and beautiful was created. For me, love like that has happened only once, and that's why every minute we spent together has been seared in my memory. I'll never forget a single moment of it. The problem now is the memories remains and hurts like hell.

I can’t stop to look your pictures, our pictures, listening to our songs, wondering how you are and what you do, who you are with despite I know you are now happily with another person. Allah… I even went to visit those places when we were together. Just sitting down and staring and imagining you are there with me.

I guess what I'm trying to say is that you are there, in everything I am, in everything I've ever done, and looking back, I know that I should have told you know much you've always meant to me. But what happen has happened. You left…and now I am alone.

Every day, every moment, every minute and every second I need reasons to wake up in the morning, getting ready for my daughters, without you I just couldn’t do it. I am trying here. Allah knows I am trying.

There are moments when I wish I can turn back the time and take all the sadness away, but I have a feeling that if I did, the joy would be gone as well. So I take the memories, the pain, the suffering and anything else as they come, accepting them all, letting them guide me to new life that I wish for Allah to give……
It is concluded you are the Love of My Life…. And no one else. Wish you of all happiness in this world and the next. I will never ever stop doa’s for you and kids…. Sincerely….



Tuesday, January 17, 2012

DOA - HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI

Assalamualaikum.

Tersebut kisah seorang abang dan seorang adik. Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik dengan penuh agama Allah swt .

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang agak kurang cergas dan buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca dan mengeja doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan si Abang dengan seorang perempuan yang cantik lagi kaya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan perniagaan. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya yang sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa.

Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:
“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”

Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.

Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan berdoa hanya melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti Si abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa-doa abang aku”

Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita. Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.

Maka berdoalah kita setiap kali berdoa tanpa lupa mendoakan ibu bapa, guru-guru, keluarga, adik beradik, sahabat-sahabat, dan mereka yang teramat akrab. Sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa kita memerlukan mereka mendoakan kita juga. Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.

Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Oleh yang demikian, janganlah kita berbanga diri, jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya. Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.


Insya’allah……

CERITA HARI INI




“Saat aku bangkitnya dari tidur aku mula sedar aku kesorangan. Mencari dan terus mencari…pelengkap bagi kehidupan yang tidak sempurna”

“Tidak salah aku berharap untuk cinta menyatukan kita dalam kehidupan yang akan datang, namun bagaimana untuk aku mengenal pasti…. jika dalam kehidupan ini engkau telah pun pergi meningglkan tanpa kau bertoleh.”

“Aku mencintai dirimu sepenuh hati, jiwa & raga. Dan, aku mencintai sampai akhir hayatku dan selepasnya. Kerana hanya cinta yang aku ada dan tiada apa yang mampu mencabut cinta ku pada mu..”

“Kini engkau meninggalkan aku, sendirian di dunia.. Dan, aku ibarat mati terbujur tak bernyawa, tiada sepatah kata, tiada berfikir otak, tiada hembusan nafas. Yang hanya ada, jatuh air mata sedih meratapi kematian hati, cinta yang suci”

“Bagi ku pabila cinta memanggil, ikutlah dia walau jalanya berliku, pasrah dan redha apa yang ditentukan kerana ia pilihan sendiri, tiada memaksa, walaupun tersembunyi racun dan madu yang memberikan kebahagiaan dan juga melukai hati dan perasaan.”

“Cinta yang agung adalah cinta kepada Allah dan Rasulnya Muhammad, kerana itu aku redha kepergian mu bahawasanya hanya yang maha esa lebih mengetahui”

“Hati…., janganlah kau bersedih dan menangis, berbahagialah kerana hari ini engkau mendapat merasai cinta yang indah… bertahan terhadap derita liku-likunya, pahitnya kesedihan, dan duka perpisahan namun….. kau masih mampu tersenyum.”

“Dirimu…. ku doa kebahagaian, kesejahteraan dan kerahmatan.. hakikatnya… kau pergi.”


Nukilan : FMP


thank you////


Monday, January 16, 2012

RUMPUT OH RUMPUT




Assalamualaikum.


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar :
Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu :
Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar :
Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu :
Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar :
Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu :
Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar :
Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu :

Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

-----------------


Thank you Ustaz.... now I understand.... :-)

SEMALAM & KELMARIN

Assalamualaikum.....

Semalam

Roti Telur (Home made) mak buat yang sangatttttttt sedap.

Nasi Lemak (Home made) yang sendiri buat yang sangattttttt sedap.

Kelmarin

Nasi Lemak (Abu Corner) yang ok lah tapi kerang yang terbaik.



Semalam

Jalan-jalan Bukit Tinggi yang best - Aina dapat selipar baru angry bird.








Kelmarin

Faqihah lari merentas desa......

Majlis Tazkirah UPSR Firzanah



Semalam & Kelmarin

Fir and me still not well, hopefully we recover this week. As for semalam & kelmarin is history,... tomorrow is a mistery and today is a present. May Allah swt memberi rahmat, keberkatan dan perlindungan yang kekal abadi pada kami sekeluarga.


Aku bukan lagi mainan dulu

Telah kucampakkan kau ke mana

Ke lautan hitam yang ku tahu

Pasti kita tak jumpa

Semalam Itu semalam

Hari ini aku hidupDalam dunia yang aman

KenanganKita lucutkan

Kita bakar sama-sama

Pengalaman hidupSeksa....

Friday, January 13, 2012

MISSING

Assalamualaikum

This morning I heard your name whispered to my ears, but when I turned around, I was alone. Then I realised that it was my heart telling me that I miss you. Allah…. I miss you so much… pathetic it may sound… I do miss the LOML…..

Why is it that when you miss someone so much that your heart is ready to disintegrate, you hear the saddest song on the radio, you sort of seeing her picture everywhere, you heard her voices and you smell her scent all the time?

My heart but is so shattered, I will never find all the pieces, I was left in grief with the pain of a million cuts and I’ve have cried so much. But the real truth remains…., I MISS YOU…..


I miss your smell, your voice, laugh and your soft caring touch that used to give me strength to make a day….. and now… I realise that you’re gone………..


Thursday, January 12, 2012

GUYS & GIRLS






To Guys…
Find a girl who calls you handsome instead of hot


who accept your calls again and again and listen to your explanation even when she hangs up out of anger earlier,

who will lie by your side under the stars and listen to your day,

who fall asleep on your chest and let herself free for you to watch her sleep... wait for you to kiss her forehead and appreciate it knowing you did that,

who is proud of you and wants to show you off to the world as who you are and not who she wants you to be,

who willingly give her hand for you to hold front of her friends, parents and everyone else.

who thinks you're just perfectly you.

One who is constantly reminding you of how much she cares and how lucky she is to have you.... The one who turns to her friends and says, 'that's him!!!'

To Girls…
Find a guy who calls you beautiful instead of hot,

who calls you back when you hang up on him,

who will lie under the stars and listen to your heartbeat, or will stay awake just to watch you sleep... wait for the boy who kisses your forehead,

who wants to show you off to the world when you are in sweats,

who holds your hand in front of his friends,

who thinks you're just as pretty without makeup on.


One who is constantly reminding you of how much he cares and how lucky his is to have you.... The one who turns to his friends and says, 'that's her!!!!!'.

NEW DAY TODAY

Assalamualaikum

Good morning to me I guess…. Last month I went to Patani… most of my family and dear one thought I went to Betong-Siam =place for enjoy. No… I did not. For the record I went to Patani following Ustaz Azhar’s group. Well the reason I go was just wanna get away for while with a lot of things in my plate.

It was indeed a beautiful place. Madrasah, Sekolah Pondok and all and one of those famous pondok ulama was Sheikh Daud Abdullah Al-Patani. I realise then, that a Malay such as Sheikh Daud can be one of the most popular Ulama in the world. Something new to know.

Anyway being sick for the past 3 days, I done a lot or reading pertaining Ulama-Ulama Nusantara, surprisingly we too have a ulama on our own; Tok Kenali..… “http://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_Yusuf_bin_Ahmad”

Well even during being sick and all….. my problems still appearing and more pressure to come in settling a lot of things. Whatever it is…,, I pray to Allah I can settle it, if not all… some….

Salam.

Friday, January 6, 2012

THE FIRST LETTER

Assalamualaikum LOML,

In time, the hurt began to fade and it was easier to just let it go. At least I thought it was. But in every woman that I meet in the next few years, I know that I will found myself looking for you, and when the feelings got too strong, I'd write you another letter. Just like this one. But I will never send them for fear of what I might cause as I am sure by now you'd gone on with your life with another man and I don’t want to think about you loving someone else. I want to remember us like we were. I never want to lose that.

I am nothing special, of this I am sure. I am a common man with common thoughts and I've led a common life. There is nothing of me to be remembered and my name will soon be forgotten, but I've loved you with all my heart and soul and to me, this feeling has always been enough even now….. that you left.

I finally understood what true love meant. True love means that you care for another person's happiness more than your own, no matter how painful the choices you face or decision that you have to accept. So, it's not gonna be easy being left by you. It's going to be really hard, I’m gonna have to work at this every day, every hour, every minute and every second of my life to accept it, but I want to do this because this is what you wanted and for my love to you…… I comply.

I can’t say that it is ok, but I can understand why you decide to leave. And maybe, just maybe… one day if you come across this letter, I want you to know that I do understand where you come from… that you can't live your life for other people. You've got to do what's right for you, even if it hurts some people you love.

At the end our story has three parts, a beginning, middle, and an end, although this is the way all stories unfold, I still can't believe that ours didn't go on forever. The reason it hurts so much to separate is because our souls are connected. I don’t know about you, but to me I just can’t let go my feelings for the love of my life, my soul mate.

To some, I am not but a fool to love you, not just for now, but for always, and I dream of simple thing such as the day that you’ll take me back in your life again but dreams are always crushing when they don't come true. And yet, simple dreams that are often the most painful because they seem so personal, so reasonable and so attainable. Now, to me you are close enough to touch, but never quite close enough to hold and that's enough to break my heart.

Well…. life goes on…. thank you for coming into my life and giving me joy, thank you for loving me and receiving my love in return. Thank you for the memories I will cherish forever. But most of all, thank you for showing me that there will come a time when you can eventually let me go. Someday you'll find someone special again. People who've been in love, usually do. It's in their nature and I am being sincere here.

As for me, I believe true love will come only once in a lifetime and I found you, Love Of My Life as I will never find another. When you love someone, you just don’t give up, no matter how many years it takes, this life or another, hard and sorrow, in pain, sadness or happiness, with or without baggage. You just don’t leave,,,,,, but I guess that is only me….
Take care LOML….. Salam…

Thursday, January 5, 2012

Wednesday, January 4, 2012

SELAMAT SAYANG

Assalamualaikum....


"Hari ni Faqihah, Firzanah & Aina mula sekolah. Pagi2 dah bangun Fir.... Kesian Abah tengok. Fir tahun ni UPSR, study kuat2 ok. Abah dan Mama doakan Fir. Hmm Faqihah dan Aina petang. For both Abah doa kan agar berjaya dalam pelajaran. "

That is what happened this morning. First day of school. Honestly I start of with tears. Well my daughter are getting older, I am getting older. Harap sangat Allah beri perlindungan dan rahmat to them.

I am glad though that everything went well. The preparation and so what not. Alhamdulillah, now its time for my full concentration to them on their study.

To my daughters.... SELAMAT SAYANG....... ABAH WILL ALWAYS LOVE YOU GUYS....

Tuesday, January 3, 2012

THE NEW YEAR






Assalamualaikum.


What can I say, my new year starts with sadness but I really hope it will end in happiness. I saw this movie "Slumdog Millionaire" playing at TV3 at 5.00pm yesterday. It make me appreciate life more. So much of trouble in life but at the end Allah swt has given both money and the girl. To me, the best part of all is when the inspector told Jamal that the problem is... he is too honest.


Well... in real life maybe it should be that way. Even at times when people don't appreciate you when you being honest, you should believe in yourself that you are doing the right thing. My doa's to Allah swt may today and till end of 2012 will be better and a good year for me and my family.


Amin...