Friday, February 17, 2012

RIMAS

Aku rimas… rimas rimas….
Semua yang aku buat tak betul, semua dah bagi. Tapi tak cukup kan…Yang hanya aku minta layanan sebagai seorang manusia… aku bertanya… aku memperjuangkan…. Apa lagi salah ku….??? Malas…. Rimas…..

Akhirnya aku beri apa yang kau mahukan… KEBEBASAN. Aku cuma mampu mengingatkan.. tak perlu kau melayanku seperti haiwan. Aku manusia… aku manusia…. Aku manusia… yang ada hati dan perasaan.

Hina kau pada ku hanya akal mu yang berfikir aku salah…. Cerminlah diri mu kerana cermin tak pernah menipu….

Sudah… cukup…, aku rimas…. Hidupku adalah hidupku, Hidupmu adalah hidupmu. Selamat tinggal…

Satu hari kau akan toleh kebelakang dan kau akan sedar bahawa Allah swt ada dan seperti aku, yang menerima yang aku ditinggalkan adalah qada’ dan qadarnya.


Lari lari lari
Aku lari tinggalkan semua ini
Untuk mencari- cari..cari
Ketenangan diri

Pergi Pergi Pergi
Engkau pergi dari hidupku ini
Ku tak mahu.. mahu
Engkau hadir dalam diri ini

Keluhan hatiku tak siapa yg tahu
Ku simpan semua sebak di dada
Biar ku yang terluka
Pernahkah kau mengerti caraku memujukmu
Pernahkah kau hargai cara ku mencintai mu

Nafas dan kata dari bibir
Adanya yang dari hati
Mungkin kau tak fahami
Maksud yang tersembunyi
Titisan air mata dari pipi ke bumi
Pernahkah kau peduli tentang diriku ini

Mengapa aku yang terluka
Aku yang merana
Aku yang menahan sisa baki cinta ini
Engkau yang meminta
Aku yang sengsara
Rimas……. Rimas
Aku rimas

Tidak ku sorang….Kecundang…..istana jiwaku goyang
Roboh dan tumbang……Sawan ku lantang…Tidak berpantang
Letupnya siang-siang.. Bukannya alang kepalang
Datangnya perang….Dan bawa ku ke jurang

Pulanglah sayang….Janjiku tatang….Ku hapuskan dalang
Dalangnya sayang…Sayangnya hilang…Hilanglah garang
Garangku terbang melayang….

Terbongkangku… terbang kau..
Terhuyong hayang…..Tak pandang belakang…Terkangkang kilat
Entah di undang…. Ku rapuh semua…Tak bertiang….Janjiku kini kan bertulang

Mengapa aku yang terluka
Aku yang merana
Aku yang menahan sisa baki cinta ini
Engkau yang meminta
Aku yang sengsara
Rimas……. Rimas
Aku rimas

Lari Lari Aku
Lari tinggalkan
Tinggalkan semua ini
Tuk mencari…. Untuk mencari
Ketenangan
Aku pergi tinggalkan
Tinggalkan kau sendiri
Ku pergi
Kini ku pergi
Tinggalkanmu sendiri




Anyway.. today is Friday… as always my routine is to visit my late father and my friend…. Alahmdulillah….


Alfatihah to Hasbullah Bin Shahrom

Alfatihah to Shahira Binti Abd Ghani

Alfatihah to Yom Ahmad Bin Ngah Ahmad ( this was taken when I was visiting him recently)

Bismillahirrahmannirahim,

Ya Allah, cucurilah rahmat dan kesejahteraan keatas junjungan kami Nabi Muhamad s.a.w dalam kerajaanmu yang maha tinggi hingga kehari kiamat.Cucurilah rahmat dan kesejahteraan keatas junjungan kami hingga mempusakai bumi ini berserta orang-orang yang berada diatasnya. Engkaulah Tuhan sebaik-baiknya yang mewarisi.

Ya Allah, wahai Tuhan kami. Jadikanlah dan sampaikanlah serta terimalah pahala segala yang telah kami baca daripada ayat-ayat Al Quran, tahlil perkataan astaghafar, kalimah-kalimah zikir dan juga perkataan-perkataan selawat pada saat yang berkat ini, sebagai hadiah yang sempurna sampainya daripada kami dan sebagai rahmat daripadamuyang mencucurinya, berkat yang meliputi sedekah yang dipersembahkan, yang kami hidang dan hadiahkan kehadrat junjungan kami Nabi Muhamad s.a.w serta isteri-isterinya, kaum keluarganya, sahabat-sahabatnya, pengikut-pengikut dan murid kepada pengikutnya, dari semasa kesemasa hinggalah kehari kiamat.

Ya Allah, wahai Tuhan kami. Jadikanlah pahala seperti pahala yang tersebut tadi dengan ehsan yang berlebih-lebih, kebaikan kepada sekelian roh orang-orang yang dengan sebab mereka itu kami berkumpul disini. * Lebih istimewa lagi kepada roh yang dirahmati Allah, Hasbullah Bin Shahrom, Shahira Binti Abd Ghani & Yom Ahmad Bin Ngah Ahmad, asal-usulnya, anak-cucunya dan setiap orang yang ada hubungan dengannya.

Sampaikanlah ya Allah, pahala bacaan-bacaan seperti yang tersebut itu daripada kami kepada roh-roh mereka dan jadikanlah pahala-pahala bacaan itu sebagai suatu cahaya, menerangi dan bersinar dihadapan mereka. Gandakan ya Allah, akan rahmat dan keredhaanmu kepada kami dan juga roh-roh mereka.

Ya Allah wahai Tuhan kami. Jadikanlah juga pahala-pahala bacaan itu sebagai satu perisai, mengelakkan mereka daripada azab neraka, penyelamat, pendinding dan juga penebus daripada azab neraka.

Ya Allah wahai Tuhan kami. Ampunilah mereka, Kesihanilah mereka, Selamatkanlah mereka serta Maafkanlah mereka.

Ya Allah wahai Tuhan kami. Ampunilah mereka, Kesihanilah mereka, Selamatkanlah mereka serta Maafkanlah mereka.

Ya Allah wahai Tuhan kami. Ampunilah mereka, Kesihanilah mereka, Selamatkanlah mereka serta Maafkanlah mereka.

Ya Allah wahai Tuhan kami. Pindahkanlah mereka itu semuanya daripada kesempitan lubang kubur dan liang lahat Syurga yang kekal abadi, menuju keperlindungan naungan yang berpanjangan, menerima air yang telah sedia bertuang, mendapat buah-buahan yang tiada bersukat, lagi tidak pernah terhenti dan diputuskan. Mendapat tilam yang empuk bersama-sama dengan orang yang Engkau kurniakan kepada mereka itu nikmat-nikmat. Iaitu daripada golongan nabi-nabi, orang-orang yang taat setia, orang-orang yang mati syahid, orang-orang yang soleh, yang kereka itu adalah sebaik-baik teman.

Mohon limpah kurniamu jua ya Allah, Tuhan yang sebaik-baik mengurniakan rahmat. Cucurilah rahmat dan kesejahteraan keatas junjungan kami Nabi Muhamad s.a.w serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian.

Sesungguhnya, segala pujian itu adalah bagimu jua ya Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Al Fatehah...