Friday, May 27, 2011

JUMAAT

Assalamualaikum,


Hati saya sedih ketika mendengar kuthbah pada hari ini. Katib telah memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah berdoa kepada Allah swt untuk tidak membinasakan umatnya walaupun didalam keadaan mungkar. Dan Allah swt telah perkenankan doa nabi untuk dibawa pembalasan kebinasaan ke hari kiamat.


Katib memberitahu sendangkan umat-umat sebelum Muhammad saw telah dibinasakan pada masa kemungkaran, umat Musa, Noh, Luth. Manakala kita ini beruntung dan tidak sedar bahawa kita tidak di balas secara terus dan hanya kiamat barulah kita di seksa atas perbuatan mungkar kita kepada Allah swt.


Selawat dan Salam pada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Keluarga dan sahabat. Dan Al-Fatihah kepada baginda Rasulullah Muhammad saw. Semoga doa saya dimakbulkan oleh Allah swt untuk bertemu baginda.


Wassalam.