Assalamualaikum...
SAYANG
~~~~~~~
Perasaan sayang hanya hadir ketika kita mengenali siapa dia. Sikap dan sifat, tingkah dan laku;- mengenali luar dan dalam. Lahir perasaan yang tak mampu di ubah. Biar keluarga, biar kawan, biar kekasih, biar haiwan, biar bernyawa ataupun tidak, biar kelihatan mahupun yang tersembunyi.
Sayang pada seseorang adalah apabilia orang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.
Sayang pada kehilangan adalah apabila kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Kepada mu:-
Sayangilah dirimu sebelum kau menyayangi aku, kerana dengan menyayangi diri mu kau akan mampu membuat keputusan adakah patut aku ini disayangi.
Sayangilah anak-anakmu sebagaimana ibubapa mu menyayangi dirimu, kerana kelak kau akan disayangani oleh anak-anak mu jika tiba waktunya kelak.
Dan sayangilah aku sebagaimana aku menyayangi dirimu, kelak kesamaan akan mendatangkan kebahagian dan persefahaman yang berpanjangan….
CINTA
~~~~~
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, kaca menjadi intan, keruh menjadi jernih, sakit menjadi sembuh, derita menjadi nikmat dan kemarah menjadi rahmat. Cinta yang di kaitkan dengan kepentingan peribadi akan berubah menjadi putus asa. Dalam percintaan, janganlah kita sesali perpisahan tapi sesalilah pertemuan kerana adanya pertemuan itulah terjadinya perpisahan.
Cinta bukan lah buta, cinta buta itu terjadi apabila kerana cinta kita hilang pertimbangan. Memberikan seluruh cinta kita bukanlah bermakna ianya akan dibalas, jangan mengharapkan balasan cinta kerana pengharapan kadang-kadang mendatangkan kesakitan. Maka tunggulah ia berkembang pada yang dicintai, jika tidak, bersyukurlah pada Allah swa kerana kita manusia yang sempurna;- boleh memberi dan boleh menerima cinta.
Untuk dirimu:-
Jika engkau mencintai aku, maka cintailah aku seperti kamu mengerti ketulusan cinta itu,
Jika engkau mengasihi aku, maka kasihkan ku seperti kamu mengerti apa itu kasih suci dan murni,
Dan jika benar kau dan aku ditakdirkan bersatu, maka tak ada satu pun yang dapat memisakan kita kerana ketulusan, kesucian dan kemurnian cinta kita mengatasi apa jua.
Dan cintailah Allah swa kerana tidak rugi engkau sesaat dalam kehidupan malah ditambahkan rahmat dan kebahagiaan untuk dirimu…
KASIH
~~~~~
Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan, apabila kita teramatkan rindukan seseorang sehingga kita ingin mimpi kita menjadi nyata;- kebahagian bersama yang dikasih. Mimpilah apa yang ingin kita mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin kita tujui dan jadilah apa yang kita jadi. Kerana kita hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk merasai erti kasih sebenar.
Merindui dan dirindui timbul dari perasaan kasih yang ada pada seseorang, maka datanglah keinginan untuk berkongsi kebahagiaan dan kesedihan, kekuatan dan kelemahan, harapan dan angan-angan. Kita buka semua kelemahan dan kekuatan yang ada dalam didalam diri kita jika berkasih, bukan persamaan yang membuatkan kita bahagia tetapi penerimaan perbezaan itulah yang menjadi nikmat berkasih itu berbaloi.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik tetapi kebahagian itu datang apabila kita berkongsi bersama orang yang kita kasihi.
Kepada mu-;
Rasalah nikmat berkasih sepertimana yang engkau tidak pernah rasai sebelum ini,
Kasihlah dirimu, anak-anak mu, ibu-bapa dan persahabatan.
Maka kau kasihlah kepada Allah swa, maha pecipta yang tidak pernah mahukan apa pun semula melainkan ketaatan yang ditetapkan dan kemugkaran yang kau harus tinggalkan…..
Wassalam...