Wednesday, July 28, 2010

BAB 6

Tidak sangka perempuan yang tadi aku langgar sampai jatuh terduduk ada bersama meja makan.

“Eh,,… hai…” aku bangun kembali sambil memberikan salam. Maria hanya senyum menyambut salamku sambil duduk di meja makan.

“Ohhh… you lah Fahd, thank you for the pre introduction ya” Maria menyapa sambil menyindir.

“Kenapa you all dah kenal ke?” taya Zana yang terpinga-pinga.

“No… but I terlanggar dia masa nak ke sini tadi” jawabku memberi penjelasan.

“Anyway, Fahd… she is my friend while I was studying in London, lawyer by profession” Zana menjelaskan Maria kepada ku.

“Oh Ye ke… so I duduk sebelah lawyer lah ni….” Jawab ku sinis

“Yaaa Lawyer… not layar buruk” Maria membalas.

“Hmmm yang tu pun boleh tahan”sekali lagi aku memberikan jawapan sinis.

“Hmmm anyway Maria… this is Fahd my ex-husband” Maria hanya mengganguk. Agak mengejutkan tiada reaksi pada wajah Maria tentang kedudukan hubungan ku bersama Zana. Mungkin Zana telah menerangkan kepadanya.

Kami berempat menikmati makan malam dengan begitu senang sekali. Namun dalam hatiku masih tertanya-tanya apakah tujuan sebenar Zana dan Geroge mengajak aku dinner malam ini.

“So... how is your business now...” George menyapa ku

“It’s ok but now market is mor competitive” jawab ku ringkas

George pendiam orangnya namun memandangkan dia seorang businessman perbualan hanya diperkatakan tentang businessnya. Zana dan Maria sibuk berbual tentang kisal silam sewaktu mereka belajar di London.

“Excuse me…. Going to rest room jap” Maria meminta diri.

“Fahd, I am sorry pasal bawak Maria bersama ya… thought that you need to have friend and I am sincere” Zana memberi penjelasan mengambil kesempatan ketiadaan Maria di meja makan.

Peluang 10 minit kepergian Maria ke tandas itu telah di ambil oleh George dan Zana untuk memohon maaf dan menerangkan kepada ku tentang kehadiran Maria.

“O.k o.k enough o.k…. George… Zana, it’s enough. You guys don’t need to apologise of anything. It’s done, it’s over and you guys are married now. Alhamdulillah…. Thank to Allah o.k. I am fine where I am now. You guys take this a lesson for your children nanti. I am living my life as it is and I am enjoying it” aku member kata-kata perangsang kepada mereka berdua.

Secara jujurnya aku ikhlas. Aku tidak merasakan sedikit pun iri hati apabila melihat mereka berdua. Mungkin kerana aku kini sudah menerima hakikat yang sebenar. Maria kembali ke meja makan dan kami berempat sambung perbualan kami. Terus-terang ku katakana aku seronok malam itu. Hati ku sedikit terubat.

“Assalamualaikum…”

“Wa’alaikumussalam”

“Hi.. Maria ni”

“Tahu…”

“Hmmm saja call.”

“O.k”

“Can I buy you lunch today?”

“Sure. kat mana?”

“Hmmm don’t know yet,.. TGF Subang Parade ok?”

“O.k. See you at 12.45 ?”

“O.k. No worries.. see you later.”

Ini bukan kali pertama Maria mengajak aku keluar makan. Sudah hampir 2 bulan kami keluar bersama sejak dari hari yang aku menegenalinya sewaktu makan malam bersama Zana dan George. Banyak perkara yang kami dah lakuan bersama. Menonton wayang, bershoping dan kadang-kadang minum petang bersama.

Aku senang berkawan dengan Maria, bagiku Maria seorang yang “fun”. Hampir semua perkara aku boleh bercakap denganya. Dari perkara yang tah apa-apa hingga kepada perkara yang serious. Sampaikan isu politik pun kami boleh berbincang. Entahlah ada chemistry lah kot. Satu perkara yang aku paling suka tentang Maria ialah sikapnya yang bersahaja.

“ Hi....” sapa ku sewaktu sampai di TGF Subang Parade.

“Hoi..” balas Maria dengan selamba.

Begitulah Maria dengan perangai selambanya. Mencuit hati dan “fun”.

“Sorry lambat, jam sikit”

“it’s o.k”

“Dah order?’” tanya ku lagi.

“Dah..you orderlah apa you nak makan” jawab Maria.

“So what’s up” tanya ku yang baru lepas memesan makan pada pelayan TGF.

“Hmmm nak tanya sikit boleh?” sambil memberikan senyuman sinis Maria bertanya.

“Banyak pun tak pa..?” sahut ku selamba.

“Fahd... I nak tanya you, how is your feelings towards me?” Maria mengeluarkan soalan sambil merenung tepat ke mata ku. Nadanya agak serius kali ni.

“Why?” Jawabku sambil megerut kening. Dalam hatiku berdetik. Apa disebalik pertanyaan Maria ini.

“No.... I really want to know how is your feelings towards me. It has been 2 months kita keluar. There is nothing wrong with this relationship. But I nak tahu perasaan dan isi hati you pada I. Adalah sebab.. but jawab dululah..” sambung Maria.

“Hmm.. funnylah you ni... Hmmm let me see ya... O.k I enjoyed your company, I am sure you are a good friend, we have fun and as far as feelings is concern... biasa lah.... you are just like my other friends. Kenapa..?” terang ke secara terpeinci.

“You tak rasa we are suitable for one another?” sambung Maria dengan soalan lain.

“Wohhhh... chop chop chop..... jap ya... reverse sikit.., you are asking me a second question already.. kenapa ni?” kali ni aku agak serius. Bagiku kenapa tiba-tiba Maria bertanya soalan begini. Perhubungan kami o.k tapi kenapa pulak soalan-soalan yang pelik jadi isu sekarang. Sebelum ni bagiku masing-masing faham bahawa hubungan ini adalah persahabatan.

“Tak,,,, o.k I just want to make sure.... you know me kan .. Lawyer!!!... so I am being direct tak ada selindung-selindung. I want to know your feelings towards me. Bukan I nak apa dari you, cuma satu jawapan je..” terang Maria.

“O.k lets cut the chase, I don’t like these questions. We have something good going on here..., for me you are a friend just like siapa-siapa lain yang I kenal. Cuma I am comfortable dengan you. Betul I tak ramai kawan.. malah tak ada pun yang rapat... you jelah sorang agaknya. But I enjoy being with you.... kalau you nak tanya pasal feeling-feeling ni... Hmmm honesty I rasa tak selesa because I tak nak jawapan I nanti will destroy our friendship” terangku serius.

“No.... jangan salah anggap Fahd... I tanya saja. I need to know. I promise you what ever your answer is, it will not change what we have now.. I promise” Maria cuba menyakinkan ku.

“Fine... tak ada feelings cintan-cintan, just friend. I appreciate you as a friend tak lebih dan tak kurang. Itu jawapan I” jawab ku tegas pada persoalan Maria yang berpusing-pusiang dari tadi.

“So now.. answer me... why you asked?” sambung ku.

“Alhamdulillah.... fuhhh!!!! Lega siot...” Maria kembali pada dirinya yang sebenar.

“ Nah..” sambil menghulurkan satu envelop kecil yang dikeluarkan dari beg tanganya kepada ku.

Aku membuka envelop tersebut sambil membaca kandunganya. “Allah-allah... nak bertunang rupanya” aku tergelak besar

“Tak adalah, I tak nak you berasa hati o.k We have something good going on here. I don’t know, I baru kenal you dua bulan. So I tak kenal you betul-betul lagi lah. Mana tahu kalau tersangkut feelings ke apa ke. Tu sebab I tanya.” terang Maria selamba.

“Hmmm congrats..dahlah jom makan” kataku sambil bersedia untuk menjamah makanan yang sampai dari tadi dan terbiar akibat konflik si Maria.

Maria akan bertunang lagi seminggu, mungkin kerana tidak mahu aku berasa hati, dia ingin memastikan bahawa dia tidak akan kehilangan ku sebagai seorang sahabat. Bakal suaminya adalah seorang arkitek dan merupakan rakan sekolahnya.

Maria hanya ingin mengetahui jika aku memiliki perasaan lebih dari seorang kawan. Aku faham. Maria tidak mahu aku berasa hati dan hubungan kami ini terputus akibat dari salah sangka. Hati dan perasaan kan, mana boleh di agak. Dengan perangai yang suka berterus terang, dia hanya bertanya takut kalau aku memilki perasaan kasih sayang yang tersembunyi terhadapnya.

Bagi ku pula, secara jujur, hatiku dah tertutup untuk sesiapa pun sejak apa yang aku lalui bersama Zana. Entahlah tak pulak aku rasa ada bibit-bibit cinta dan kasih sayang pada Maria. Dia hanya rakan akrab yang aku boleh bawak kemana-mana.

Aku seronok bila bersama Maria. Selamba, “fun”, bergaya, pandai membawa diri dan perwatakan yang menarik. Yang penting, pandai mengambil hati ku dan sentiasa boleh buat aku ketawa walaupun jiwa ku kacau macam mana pun.

Tahniah Maria atas pertunangan mu......