Friday, July 16, 2010

THE FAMILY

Assalamualaikum

Apa yang saya ingin tulis disini adalah pandangan, pengalaman dan hasil rujukan saya sendiri. Tidak ada kena-mengena dengan insan lain dan jika ada, ia adalah tidak disengajakan. For me, family is very-very important in life… so… to my readers.. enjoy and fikir-fikirkanlah

Family Definition:

The collective body of persons who live in one house, and under one head or manager; a household, including parents, children, and servants, and, as the case may be, lodgers or boarders.

The group comprising a husband and wife and their dependent children, constituting a fundamental unit in the organization of society.

Those who descend from one common progenitor; a tribe, clan, or race; kindred; house; as, the human family; the family of Abraham; the father of a family.

Course of descent; genealogy; line of ancestors; lineage.

Honorable descent; noble or respectable stock; as, a man of family.

A group of kindred or closely related individuals; as, a family of languages; a family of States; the chlorine family.

A group of organisms, either animal or vegetable, related by certain points of resemblance in structure or development, more comprehensive than a genus, because it is usually based on fewer or less pronounced points of likeness. In zoology a family is less comprehesive than an order; in botany it is often considered the same thing as an order.

Definisi Keluarga

Keluarga adalah unit terkecil dari masyarakat yang terdiri atas Kepala Keluarga dan beberapa orang yang berkumpul dan tinggal di suatu tempat dibawah suatu atap dalam keadaan saling ketergantungan (Depkes RI, 1998)

Anggota rumah tangga yang saling berhubungan melalui pertalian darah adaptasi atau perkawinan (WHO, 1969).

Keluarga adalah sekelompok manusia yang tinggal dalam suatu rumahtangga dalam kedekatan yang konsisten dan hubungan yang erat (Helvie, 1981).

___________________________________________________________________

Adalah penting hidup berkeluarga, just imagine ya… hebatnya Allah swa menganugerahkan perasaan cinta dan kasih saying pada manusia sehingga kita semua boleh mewujudkan satu institusi kekeluargaan yang berterusan. Si Uda bertemu Dara perasaan cinta dan kasih sayang mula berputik dan kemudian perkahwinan menyusul dan cinta dan kasih sayang itu disambung pada kelahiran cahaya mata dan cinta dan kasih sayang diteruskan kepada cahaya mata dan kembali dari cahaya mata kepada kedua ibubapa.

It is a cycle that never stops.

Kalau macam tu bagaimana pula orang yang bercinta dan gagal? Well… like I said… when Allah decide something it has always for the good of human kind. Allah tidak pernah menyeksa hambanya. Bila kita bercinta dan cinta itu disia-siakan atau tak menjadi, bukan salah kita. Allah’s knows best.

Surah An-Najm ayat 45:

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan - lelaki dan perempuan, -

Surah An-Nahl ayat 72:

Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?

Keputusan kegagalan berkeluarga terletak pada nakhodanya. Suami yang mempunyai tanggungjawab dan isteri yang membantu suami untuk menjalankan tanggungjawab tersebut.Tanggung jawab suami itu adalah berat kerana pembentukan isteri adalah dari hasil kepandaian dan kewarasan suami.

Surah Al-Baqarah ayat 223

Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,

“Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya.

Terdapat pelbagai jawapan tentang kehidupan berkeluarga dalam Al-Quran. Bermula dengan rasa cinta, dipanjangkan dengan perkahwinan dan kemudian hidup berkeluarga. Oleh yang demikian jangalah kita berputus asa, harapan dan dendam atas apa pun pengalaman di dalam perhubungan……

Bersambung…

Wassalam