Saturday, January 16, 2010

BAB V

“Good afternoon Ladies and Gentlements Boys and Girls, this is your captain speaking, we are about to reach Frankfurt in few minutes for a 1 hour stop over. We well resume our flight to Kuala Lumpur after. For those we are leving us, we wish you best and have a save journey. Thank you for flying with Malaysia Airlines and for those who are still with us we hope you have a pleasent flight”

“Hmmm finally dah 7 jam..” bisik hatiku.
Memang beginilah perjalanan dari satu benua ke satu benua. Dari New York memang MAS akan buat ‘stop over’ di Frankfurt yang perjalananya memakan masa 7 jam. Kemudian aku terpaksa lalui lagi 14 jam lagi untuk sampai ke KLIA.
“Kamu dah jemput semua?” tanya bonda yang melihat Shafie yang baru masuk pintu depan.
“Dah Puan” jawab Shafie pendek.
“Dah confirm dengan orang catering? Dia orang nak sampai pukul berapa esok? Tak nak kelam kabut ya Shafie”
“Dah Puan, mungkin pukul 2 petang orang catering tu datang dan mulakan kerja dia orang. Kemah pun diorang akan buat waktu yang sama”
“Alhamdulillah... bagus” jawab bonda sambil menujukkan rasa puas hati.
“Bonda.... bonda tak usahlah risauya, biar Shafie uruskan semua” sampuk Sulaiman.
“Tak sangka, dia nak balik Man... bonda syukur sangat. Empat tahun dia tinggalkan kita. Pergi tak cakap. Bonda tahu dia anak yang baik. Tapi sampai sekarang bonda tak tahu apa sebab dia pergi” nada bonda perlahan yang menunjukan rasa sedih.
“Bonda tahu kan Fahd tu macam mana... Dia macam bondakan, kalau sakit pun diam kalau o.k pun diam. Saya tahu dia, dari kecil macam tu. Sentiasa makan hati je. Tapi rasanya pengalaman hidup dah mengajar dia untuk jadi lebih kuat. Mungkin dah tiba masanya” Sulaiman memujuk Bonda.


“Macam mana boleh jadi macam ni?, Kenapa Fahd buat saya macam ni?” Tak cukup ke apa yang saya dah bagi pada dia?” bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Tengku Abdullah, sorang bapa yang kecewa dengan sikap anak bongsunya.
“Sabarlah, kita tak tahu apa yang sebenarnya yang berlaku”. sahut Engku Puteri Meriam.
Memang kecewa bagi seorang ayah yang melihat anak kesayanganya yang selama ini diingatkan rumahtangganya gembira rupa-rupanya hidup dalam kekecewaan.
“Awak tahu kan apa yang saya lakukan selama ini semua untuk awak dan anak-anak, salah saya ke jadi tegas. Saya aturkan semua kehidupan anak-anak supaya mereka jadi orang yang berjaya. Bukan untuk saya, tapi untuk masa depan mereka”
“Sulaiman, Salmi dan Zari semua saya jodohkan dengan orang baik-baik. Tengok mereka semua bahagia kan? Kenapa pulak Fahd jadi macam ni?” keluh Tengku Abdullah.
Engku Puteri Meriam hanya diam sambil mendengar rintihan suaminya yang kecewa dengan apa yang berlaku. Ditangannya melihat gambar-gambar menantunya yang baru bermesra dengan seorang yang tidak dikenali.
“Mana awak dapat gambar ni?”
“Saya yang rancang, saya upah orang.”
“Mana awak tahu benda macam ni jadi”
“Saya rasakan sesuatu bila saya nampak tak ada kemesraan antara Fahd dengan Zana. Tiap kali saya tanya Fahd pasal Zana semua salah, macam tu juga Zana, tiap kali saya tanya pasal Fahd semua salah jugak. Sampaikan saya tanya benda yang Fahd selalu buat dia pun tak tahu.”
“Apa yang dia salah?”
“Awak tahu kan Fahd kan tak boleh makan mee, bila tanya Zana, dia cakap favourate food is mee, the funny thing is I tested Fahd bringing him out and ordered him the mee dan dia cakap pulak macam saya tak tahu yang dia tak boleh makan mee”

“Tak kan pasal me je awak boleh tahu yang ada yang kena.. mungkin dah berubah kot” pujuk Engku Puteri Meriam pada suaminya.
“Bukan tu saja, banyak kali saya ke rumah diorang tengok cuma kereta Fahd saja yang ada kat situ, so I move one step forwardlah, upah orang. Tu semua tak penting, yang penting sekarang awak tengok bukti yang ada pada tangan awak tu dan apa kita nak buat sekarang?

Engku Puteri Meriam hanya tunduk diam sahaja. Jauh di lubuk hatinya dia kecewa. Kecewa dengan apa yang berlaku pada anak kesayangnya.
Begitulah ingatan Engku Puteri Meriam mengimbau kenangan peristiwa yang pernah berlaku suatu waktu dahulu.
“Mama.. papa.. Fahd mintak maaf ya, halal kan makan dan minum Fahd dan ampun kan segala dosa Fahd selama ini” sambil mencium tangan bekas bapa dan ibu mertuaku.
“Zana, don’t worry o.k. yo continue with George, this is your way out. Take it as it is o.k. dah memang kita tak ada jodoh.” sambung ku lembut.
Zana hanya kelihatan tunduk menangis. Tindakan yang ku lakukan seolah-olah menghentikan semua pergerakan diseluruh rumah. Suasana rumah begitu sepi yang tadi nya riuh sebentar. Aku terus naik ke atas masuk kamar dan menyalin pakaian ku.
“You know what Fahd, this is good for you, be strong and continue on” bisik hati ku memujuk.
Selepas menyalin pakain ku akau turun kembali. Kelihatan hanya Ayahanda dan Bonda ada di situ sedang bercakap dengan Shafie. Tidak kelihatan bekas isteriku, Dato Hisham dan isterinya.
“Fahd, I want you to setlle this and get it legal immedietly” perintah Ayahanda.
“Shafie awak pastikan Fahd buat semua” sambungnya lagi.
Aku tidak berkata apa cuma diam sahaja seolah-olah setuju dengan Ayahanda.
“Saya nak awak lafazkan sekali lagi depan saya” perintah hakim syarie kepada ku.
Seperti perkahwinan ku dengan sekali lafaz Zana bukan lagi milik ku. Alhamdulillah semua selesai dengan baik. Aku keluar dari mahkamah Syariah, Shah Alam dan terus menuju kerumah.
Terduduk.... aku terduduk kali kedua. Hancur hati ku apa yang berlaku. Bilakah aku akan merasai cinta. Bilakah aku akan merasai kasih sayang. Mungkin ini nasib ku agaknya. Cinta yang kuharapkan sebenarnya hanya khayalan. Mungkin memang tak ada cinta agaknya dalam dunia ini. Tapi.. mustahil.... Hawa diciptakan untuk Adam dan setiap makhluk allah itu dijadikan berpasang-pasangan. Entahlah, bagi ku, cukuplah setakat ini. “Kehidupan perlu diteruskan!!”
Kehidupan ku mulai dipenuhi dengan kesibukan kerja bersama ayahanda. Hampir setiap pagi hingga ke lewat malam aku menghabiskan masa di pejabat. Agak kekok pada mulanya. Seolah-olah kehilangan sesuatu. Funny...., aku rasa seolah-oleh kehilangan Zana. Ia seperti macam kita tahu ada seseorang dihati kita walaupun dia tidak bersama kita secara lahirnya. But we know she is there... entahlah... tak dapat aku nak terangkan apa sebenarnya aku rasa. Namun lama-kelamaan perasaan itu hilang. Aku hilangkan dengan mengisinya dengan kesibukan tugas ku.
“Hi Fahd”
“Eh... hai... assalamualaikum”
“Wa’alaikumussalam. How are you?”
“I am o.k you?”
“I am o.k too. Married though...”
“Alhamdulillah.. tak jemput pun”
“Allah.. buat kecil-kecilan je. My parents refused to come pun. But hopefully one day they’ll understand”

“Taka pa lah. Insya’allah things will better for you guys. I doakan. So.. in what pleasure I receive this call?”
“Me and George would like to ask you out for dinner. If that is o.k with you. It has been a while now. Before you say no to it... please do consider. Tak ada apa Cuma dinner biasa je.”
“Hmm bila?”
“Tomorrow night?”
“Kat mana?”
“Prime Restaurant, Le Meridian”
“I don’t know yet. I have to check my schedule”
“Please Fahd, for old time sake”
“I tell you what, let me check first and come back to you. Is that o.k?
“O.k. jangan tidak-tidak ya”
“Tengoklah macam mana tak janji tau”
“Please please...... we just want to have dinner with you”
“O.k. o.k I’ll try... but see my schedule first”
“O.k will be waiting for your call”
“O.k. Take care ya...”
Termenung aku sebentar. Zana talifon dan mengajak aku keluar makan malam bersamanya dengan George. Sudah hampir 11 bulan kali terakhir aku berjumpa denganya. Kali terakhir di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam. Sambil melihat diari aku yang menunjukan esok malam tiada temu janji, aku serba salah. Kalau pergi karang aku nampak macam tah apa-apa. Kalau tak pergi... macam tak ada closure.. tak gentlemen pulak.
“Ahh... what the hell...” bisik hatiku.
“Min,,,, tolong call nombor ni balik, cakap dengan Pn. Zana esok malam saya confirm dinner dengan dia. Lepas tu you inform Shafie kat mana o.k. Cakap esok saya nak dia hantar saya ke sana.” arah ku kepada setiausahaku.
“Tengku, you ada dinner malam ni di Restauran Prime di Le Meridian. Saya dah confirmkan dengan Pn. Zana semalam, kemudian Tengku Abdullah nak jumpa jam 9.30” sapa Min, setiausahaku sewaktu aku baru masuk pejabat pagi ini.
“O.k” jawabku yang baru masuk ke pejabat.
“Fahd, how are you my son” sapa ayahanda. Kelihatan seorang berbangsa cina dalam pertengahan umur ada bersamanya.
“O.k ” jawabku pendek.
“Take a sit. You know right that we are having some operation in New York for the products coming from US kan? So I want you to meet my oldest friend, Simon. He will be taking care of New York for us” sambung ayahanda.
Aku terus bersalaman dengan Simon. Inilah kali pertama aku berjumpa Simon. Bagi ku aku tidak pernah menyoal keputusan ayahanda. Dia lebih arif dalam urusan perniagaan berbanding dengan aku yang baru mula berjinak-jinak. Kami meneruskan perbincangan dan diakhiri dengan perlantikan Simon sebagai ketua di pejabat New York. Kami meneruskan perbincangan hingga ke tengahari.
Ayahanda mengarahkan aku membawa Simon keluar makan keran dia sibuk dengan temujanji.
“So.. you are helping you father?” sapa Saimon
“Indeed I am” jawab ku ringkas sambil memandu ke arah Bukit Bintang untuk makan tengahari to Restauran The Ship.
Kami berbincang, melalui pertemuan yang pertama bersama Simon aku dapat tahu di baik orangnya. Perwatakan yang alah-alah bapak itu membuat aku selesa dengannya. Banyak juga yang diceritakan oleh ayahanda kepada Simon tentang diriku. Bagiku itu menunjukan bahwa ayahanda ada kepercayaan kepada Simon.

“So when are you leaving for New York?” tanya ku.
“Maybe tomorrow night. I was there about 19 years working in a legal firm. Then just retired, your father call me to work with him.” Jawab Simon.
“Have you been in New York?” Sapa Simon
“Yes.. few time but only short visit.” jawab ku pendek.
Selesai makan kami terus pulang ke pejabat. Kesibukan aku pada hari itu sibuk dengan Simon sahaja. Kami berbincang panjang tentang perjalan perniagaan di New York.

“Kita dah lambat dah ni Shafie” tegur ku sambil melihat Shafie memandu masuk ke jalan Bangsar menuju ke Le Meridian.
“Nak buat macam mana Engku jalan jam” jawab Shafie sambil memandu menuju ke lobby hotel.
“Nanti dah habis saya call awak ok.” arah ku pada Shafie sambil turun dari kereta. Shafie hanya mengangguk tanda faham.
Ku bergegas masuk ke lobby hotel. Bukan apa nak cari tandas. Jalan sesak yang makan masa hampir 35 minit buat aku menahan kencing. “Mana pulak ni toilet dia” bisik hati ku yang dah tak tahan nak kencing. Akhirnya jumpa.
Selesai dengan masalah kencing aku, aku menuju keluar untuk terus ke restauran sambil melihat message di handphoe.
“Allah, sorry sorry sorry...” aku terlanggar seorang wanita yang jatuh terduduk. Mengerut dahinya sambil melihat aku.
“Eh... I kenal you lah... tapi kat mana ya?” sambung ku sambil membantu dia yang jatuh terduduk. “ Saya Fahd.” Sambil menghulurkan tangan. “Sorry ya terlanggar awak.. saya tak nampak” aku memohon maaf kerana sewaktu keluar dari tandas tadi aku memang tak pandang atas. Tengah sibuk dengan handphoe.
Dia menyambut salam ku. “Maria” sambutnya pendek.
“Sorry ya” sekali lagi aku mohon maaf.
“It’s o.k. tak ada apa yang patah” jawabnya sambil tersenyum.
“Rasanya saya kenal awak, tapi kat mana ya” sambungku aku yang masih lagi macam mengenali wanita ini.
“Saya pun... well dalam mimpi kot. Kan kadang kadang kita ni ada Dejaavu” jawabnya selamba tapi memberikan senyuman.
“O.k kalau tak ada apa-apa, saya nak ketandas boleh?” Maria dengan selamba meminta lalu kerana kedudukan aku menghalang jalannya menuju ke tandas.
“Ehhhh o.k. o.k sorry sorry sorry... nice meeting you..” kata ku sambil member laluan.
“Yo know what, not so good tau kalau say sorry banyak kali tau.. o.k see you” Maria memberi peringatan sambil memberikan senyuman yang menarik dan berlalu pergi.
Tercegang aku seketika sambil tersengeh macam nangka busuk. Hampir seminit aku melihat wanita itu pergi hingga hilang dari pandanganku. Tergelak kesorangan atas insiden tadi, aku terus menuju ke restoran.
“Sorry, lambat sikit” sapa ku bila sampai dimeja makan di Restauran Prime sambil menghulurkan tangan kepada George dan Zana. Mereka menyambut salam ku dengan senyuman.
“Well what’s the occasion malam ni?” tanya ku sambil duduk dan meletakan kain ke peha.
“Nothing. Just want to say thank you” jawab George pada ku yang dimana tiba-tiba dia bangun semula melihat sesuatu.
“Fahd kenalkan, ini Maria” Zana memperkenalkan ku kepada Maria.