Haruskah aku membiarkan diriku menjadi mangsa dalam pergolakan ini? Haruskah aku korbankan diriku? Kalau nak ikutkan, ini yang aku hendak.... aku memang tak ada hati untuk berumahtangga. Tapi... macam mana ya..?? macam mana aku nak buat.
Zana dan George aku tinggalkan begitu sahaja. Aku perlu buat satu keputusan, keputusan yang betul. Keputusan yang tidak menyakitkan sesiapa pun. Atau aku perlu tegas dan kenakan balik ayahanda, ini perbuatan dia kan... tapi ayahanda pun tak salah. Dia tak tahu, mungkin salah mertuaku, tapi... mereka pun tak tahu hubungan Zana dan George yang sudah bersekedudukan. Siapa salah sebenarnya..entahlah...
Semalaman aku hanya duduk di tikar sembahyang. Ingat ku pesan bonda, walauapapun kesusahan yang bakal dihadapi, sentiasa kembali kepada Allah swa, berdoa dan bermunajat kepadanya. Namun sakitnya hati Allah sahaja yang tahu. Aku menangis... menangis kerana mengenangkan nasibku dan mengingatkan wajah ceria ayahanda dan bonda yang berharapan besar terhadap perkahwinan ini. Aku bermunajat semalaman hingga ker terbit fajar. Tiba-tiba talipon berbunyi.
“Fahd, ayahanda masuk hospital, datang cepat” Sulaiman memberitahu ku. Aku terus memecut laju kereta menuju ke IJN. Kelihatan Bonda dan yang lain semua ada disitu. Zana mana? Tanya kakak ku ... “Tak da.. sibuk... jawab ku... ayahanda macam mana?” tanya ku cemas.
Bonda hanya diam sahaja. Tenang, itulah bonda... “Releks o.k. Insyallah,... jantung dial lah..apa lagi...” Sulaiman memberitahu. Doktor keluar dari wad kecemasan, “Dia o.k. tapi agak lemah... dua tiga hari ni biralah dia di sini je ye” nasihatnya.
“Wah... pengantin baru pun ada... mana menantu ayahanda ?”
“Tak ada... dia lambat sikit,.. dia kena panggil di office tadi.. jawabku ringkas bila ayahanda mengajukan pertanyaan.
Bonda duduk disebelah ayahanda. Kami adik beradik semua diam kecuali Sulaiman yang sibuk memberikan nasihat kesihatan pada ayahanda. Aku sedih melihat keadaan ayahanda yang lemah di katil sakit. Sekali sekala mempamirkan senyuman pada anak-anaknya.
“Please come to IJN now, my father masuk wad.... I agreed with what you want, only with one condition. My father is not well now I hope you can pretend to be my wife”. SMS ringkas kepada Zana.
Sejak hari itu, seperti yang dipersetujui, aku mengikut kehendak Zana. Kami tinggal di berlainan rumah. Dia dan aku hidup dengan haluan masing-masing. Dia bersama George dan aku dengan diriku sendiri. Hanya sekali sekala kami akan bersama menuju ke rumah orang tua kami dan berlakon sebagai pasangan bahagia. Sudah hampir tujuh bulan kami berjaya menyembuyikan perkara ini. Namun hari tak selalu cerah.
“Assalamualaikum...”
“Wa’alaikumussalam.., eh Tengku, sila masuk” Shafie menjemput ayahanda dan bonda masuk. “Mana Fahd Shafie?” soal ayahanda. “Hmm... dia keluar sekejap, katanya ke Pasar Tani depan tu, beli pokok.” Shafie menjawab sambil membawa ayahanda dan bonda masuk ke ruang tamu.
“Tengku nak minum apa?”
“Bawak satu air suam dan satu air sejuk” minta bonda.
Shafie merupakan orang yang aku pertanggungjawabkan untuk menjaga rumahku. Dia boleh dikatakan pemandu dan aku juga mengambil Kak Jah, isterinya sebagai orang gaji ku yang menjaga makan minumku dan rumah. Orangya agak berumur, tapi aku benarkan Shafie dan isterinya tinggal bersama ku kerana aku tinggal besorangan.
Shafie kembali bersama isterinya yang membawa air untuk ayahanda dan bonda. “Ku.., silakan minum....” Kak Jah memberi air minuman sambil bersalam dengan orang tuaku.
“Assalamualaikum” sekali lagi orang memberi salam dan kali ini Dato Hisham dan Datin Hasmah.
“Waalaikumussalam,eh.. Dato, Datin... sila masuk..” jemput Shafie dan kali ini dia kelihatan agak terkejut. Tak disangkanya pintu pagar yang dibiarkan buka untuk memudahkannya membuang sampah telah membenarkan dua kenderaan besar masuk ke rumah tuannya dan sekaligus kehadiran ibubapa dan mertua tuanya yang hadir serentak.
“Tengku.. Engku Puan...” Dato dan Datin bersalaman bersama ayahanda dan bonda. “Jah buat air...” Shafie memerintahkan isterinya.
“Bang macam mana ni?” Kak Jah kerisauan.
“Hisshhhhh buat je air dulu, handphone abang mana?” minta Shafie yang pada firasatnya perlu untuk menghubungi aku memberitau tentang tetamu yang tak diundang. “Abang letak ruang tamu tadi...” jawap Kak Jah
“Shafie... duduk sekejap... panggil isteri awak sekali” perintah ayahanda. Tak sempat Shafie mengambil handphonenya yang dimeja betul-betul di depan dimana ayahanda duduk. Belumpun sempat dia ke dapur, Kak Jah sudah kembali bersama air dan gelas untuk minuman Dato’ Hisham dan Datin Hasmah.
Susana agak sepi, Shafie dan Kak Jah diperintahkan duduk mengadap kedua-dua orang tua ku dan juga mertuaku.
“Macam ni..., sekarang kawan nak awak berdua suami isteri jujur pada kawan” tegas ayahanda. “Dah berapa lama Fahd duduk sorang disini dan berapa lama Zana tak tinggal bersama?” sambung ayahanda.
Wajah Shafie bertukar pucat lesi ibarat telah melakukan satu kesalahan yang besar. Kak Jah hanya menundukan muka ke lantai. Cemas.. itulah keadaan mereka berdua.
“Allah...” aku mula ketakutan. Aku lihat kereta ayahanda dan kereta mertuaku ada dihadapan rumah. “Alamak.... apa pulak ni?” bisik hati kecilku. Selalunya mereka akan telefon sebelum mereka datang dan aku dan Zana bersedia untuk memainkan sandiwara kami.
“Where are you?? Come to my house now.... our parents is here... you say you have to go to the office for a while tau... ” perintah ku pada Zana melalui panggilan telefon. “Mana I tahu diaorang datang nak apa, I tak masuk lagi... come now.. come now !!!” sambung ku. Namun aku tahu... aku tahu hari ini akan berbeza dari hari-hari yang lain.
“Assalamualaikum....” aku memberi salam.... “Wa’alaikumssalam” ramai yang menjawab.
“Ehhh.. ayahanda... bonda... papa mama,, semua ada..” kata ku dengan wajah selamba sambil meletakan pokok yang baru ku beli dari pasar tani. Aku terus mencium tangan-tangan mereka.
“Duduk Fahd..” ayahanda memerintah dengan muka serius. Bonda terus bangun dan duduk disebelah ku. Kelihatan wajah kedua mertuaku kaku.
“Fahd... you know I love you so much my son, in all my sons and daughters you are my favourite and you know that.... you have been a good son to me.”
Aku terdiam, seperti yang ku duga. Tembelangku pecah, tak ubah seperti dimarahi sewaktu aku masih kecil, tunduk melihat lantai.
“Fahd, you are now 29 years old my son, you tahu apa yang baik dan apa yang buruk. Ayahanda besarkan you dengan everything I have. Secukupnya..., tapi kenapa tak beritahu ayahanda perkara yang sebenar?” sambung keluhan seorang insan yang begelar bapa.
Aku hanya tertunduk, fikirian ku melayang. Dengar apa yang di perkatakan tapi bagaimana harus aku menjawab? Perlukah aku tipu? Perlukah aku menegakkan benang yang basah? Perlukah aku memberontak dan menyalahkan semua in kepada mereka? Aku rasakan begitu lemah sekali. Tidak bermaya.
“Fahd, tell us the truth...” sambung ayahanda.
“Assalamualaikum...”
“Eh.. ayahanda, bonda... mama papa..., bila sampai?” Zana yang baru muncul dari pintu depan sambil terus salam pada mereka semua.
“Kenapa ni..? semua murung..?” sambung Zana di dalam cuba menceriakan suasana.
“Sit down Zana!!!” tiba-tiba saura Dato’ Hisham keras mengarahkan anak kesayangnya. Terkejut Zana tiba-tiba. Papa yang tidak pernah berkeras denganya tiba-tiba bertempik kuat.
“Why are you doing this? Kenapa buat Papa dan Mama macam ni..?, Malu Papa... malu mama... How dare you...? I have given you everything and this what you return?” sambil mecampakan beberapa gambar dihadapan aku dan Zana. Gambar yang merubah segalanya pada hari ini.
“Now tell me the truth!!!” betak Dato Hisham. Zana hanya tunduk merenung lantai. Aku terus mencapai gambar yang dicampakkan Dato Hisham. Tersentak hatiku melihat gambar Zana dan George bermesraan. “Macam mana boleh kantol ni” bisik hatiku.
“Gambar ni di poskan pada Tengku Abdullah tau!!! How could you do this to us.. you parents!!!!” sambung Dato Hisham. “How Could you!!!!!!!” jerit Dato Hisham sekali lagi.
“Sabar papa.... Zana tak bersalah dalam hal ni” aku bangun sambil memegang bahu Dato Hisham yang kelihatan seperti mahu menampar Zana.
“Sabar semua, let me explain”sambung ku. “Papa duduk dulu ya...... ayahanda.. ayahada duduk dulu ya... biar Fahd terangkan..” dengan nada lembut aku memujuk.
“Sebenarnya... saya yang bersalah dalam hal ini, bukan Zana” sambung ku dengan tenang sambil Zana kelihatan tercengang. Begitu juga Ayahanda, Papa dan Mama manakala bonda hanya tenang mendengar.
“Saya yang sebenarnya suruh Zana teruskan perhubungan dengan kekasih lamanya. Bagi saya, saya belum bersedia untuk berumah tangga, tapi demi menjaga nama keluarga, saya setuju dengan perkahwinan ini” dengan tenang aku menerangkan.
“Stop it!!!!!!” ayahanda menyampuk. “I don’t raise my son to be dayus” agak keras suara ayahanda kali ini. “If that is true...then tell me.. ni apa pulak?” ayahanda mencampakkan satu lagi bukti.
Dan bagi ku kali ini betul-betul aku tak dapat melindungi keadaan sebenar dari pengetahuan mereka. Surat perjanjian 12 bulan yang dibuat Zana.
Pang!!!! satu tamparan tepat ke pipi Zana oleh Dato’ Hisham, “Sabar papa...” aku meluru menahan sebelum tamparan kedua singgah. “Cukup o.k.” sambung ku sambil cuba menenangkan Papa.
“Jangan salahkan Zana dalam hal ni....., kami berdua telah setuju sama-sama” sambung ku.... Zana hanya terus tertunduk menangis sambil memegang pipinya. Suasana sepi seketika.
“Ayahanda, Bonda, Papa, Mama, Sya dan Zana mohon maaf atas apa juga yang berlaku. Bukan niat kami nak melukakan hati you all semua. Percayalah.”
“Tapi hakikatnya kami tidak mengenali satu sama lain, kami tak pernah diberi peluang untuk cakap apa yang kami rasa”
“Malah apa yang kami buat ini, adalah untuk menjaga nama baik keluarga”
“Tapi ini salah Fahd!!!!” Papa menyampuk tegas sambil mata kemarahan merenung Zana tajam.
“Ya saya tahu papa.... tapi.. tak semua salah kami, patutkah kami dijadikan mangsa urusan perniagaan Papa dan Ayahanda?” tegasku.
“Ayahanda... selama ini Fahd tak pernah melawan apa ayahanda cakap. Apa yang ayahanda nak semua Fahd ikut kan? Apa yang berlaku sekarang adalah bukti kasih sayang Fahd pada keluarga ni” sambung ku menahan sebak melihat ayahanda yang kini berpaling wajah keluar jendela rumah.
“Tak perlulah kita panjangkan perkara ini.... Bismillahhirahmannirahim... Zanariah Binti Muhammad Hisham, aku ceraikan kau dengan talak satu mulai hari ini” dengan terang dan jelas aku melafazkan cerai pada Zana.
Suasana menjadi sepi. Tercengang semua orang. Tergamam dengan lafaz yang aku baru buat. Aku terus mencium tangan bonda yang hanya senyum sambil mengalirkan airmatanya. Diikuti dengan tangan Papa dan Mama yang masih terkejut dengan tindakan ku yang dibuat secara tiba-tiba.
Perlahan-lahan aku melangkah ke arah ayanda yang memeluk tubuh.Aku mengambil tangannya lau mencium sambil airmata aku berderai. Ayahanda terus memegang bahuku dan memeluk erat.
“My son.... I am sorry...” bisik seorang ayah kepada anaknya. “I am sorry” sambung ayahanda sambil aku merasai airmatanya mengenai pipi ku. Dan aku juga merasai pelukan bonda dari belakang ku. Kamu berpelukan seketika.
Tidak dapat aku gambarkan keadaan waktu itu.... apa yang sebarnya berlaku. Tapi aku yakin keputusan aku adalah keputusan yang tepat. Cukup aku menahan perassaan kesedihan dan kekecewaan aku selama ini.