Tuesday, January 5, 2010

BAB III

“Aku terima nikahnya Zanariah Binti Muhammad Hisham dengan mas kahwinya sepuluh ribu ringgit tunai”

“Sah?”
“Sah.....”

Dengan sekali lafaz menerima dari kadi dan disahkan saksi-saksinya, aku kini bergelar suami kepada Zana. Wanita yang tidak pernah ku kenali. Hanya dari nama panggilan “Zana” dan melihat dari gambar yang diberikan bonda kepada ku satu masa dulu. Secara langsung aku kini juga menantu kepada Dato’ Muhammad Hisham, seorang hartawan tanah yang terkenal dan juga sahabat karib kepada ayahanda.
“Alhamdulillah..” lafaz ayahanda sambil tersenyum dengan wajah yang menunjukan tanda kepuasan. Dia dan Dato’ Hisham berpelukan. Begitu juga Datin Hasmah, ibu mertuaku yang bercium pipi bersama bonda.
“Sila, kita buat acara batal air sembahyang” jemput mak andam.
Aku bangun dan menuju ke bilik pengantin perempuan dengan diringi oleh kakak-kakakku. Zana kelihatan cantik berbaju dan bertudung putih. Aku pun menyarungkan cincin berlian ke jari manisnya dan dibalas cincin platinum olehnya pada jari manis ku. Kini kami bergelar sebagai suami isteri.
Bagiku ini yang dinamakan jodoh. Ini yang telah ditentukan oleh Allah swt dan telah tertulis dari azali bahawa hari ini aku akan bernikah dengan Zana. Terus terang aku katakan aku sendiri takut. Takut dalam erti kata apa akan berlaku selepas ini? Mampukah aku menjadi suami yang baik? Mampukah aku menjadi bapa yang baik kepada anak-anak ku nanti? Dan sebenarnya adakah aku bersedia untuk semua ini?

“Hah.. apa lagi? Ciumlah sikit..” dengar bunyi suara mengusik menyuruh aku mencium wanita yang kini bergelar isteriku. Aku dengan perlahan menundukkan badanku sedikit dan memberi sekucup ciuman di dahi kepada wanita yang kini bergelar isteriku. Disambut dengan usik-usikan yang lain sambil bertepuk tangan.

Majlis perkahwian kami berlangsung hampir seminggu secara besar-besaran dengan kehadiran paduka Sultan dan Permaisuri, Tengku Mahkota, Tengku Bendahara, kaum kerabat istana dan orang-orang kenamaan.

Aku terharu dengan segala persiapan yang diaturkan oleh ayanda dan bonda. Tapi aku lega kerana ini kemahuan mereka, ini yang di idamkan untuk diriku, anak bongsu mereka.
Secara jujur bagiku, berkahwin dengan gadis pilihan mereka tanpa ada rasa cinta dan kasih sayang merupakan pengorbanan yang aku pula berikan terhadap dua insan yang paling kusayangi di dunia ini.... ayahanda dan bonda.

“I really hope you undertand Fahd” kata-kata Zana kepada ku. Tidak nampak sedikit pun kesedihan pada raut wajahnya. Zana menampakkan wajahnya yang serius memberi isyarat bahawa dia tahu apa yang dia buat. Dia tahu apa yang dia mahukan.
“I have agreed to all this just because of my father you know. My father owes a lot from your father, for that I am willing to sacrifice myself. But I too have feelings, I too have needs. I am not a hypocrite!!!” Zana dengan nada tegasnya.
“I have written an agreement which I want you to read Fahd, I will be responsible of my action” Zana meyambung sambil meghulurkan satu kertas putih untuk aku teliti.
Aku menyambutnya dengan tenang. Aku sebenarnya tak tahu apa yang aku patut buat sekarang. Perasaan ku.... susah untuk digambarkan. Apa yang Zana mahukan sekarang. Apa yang ada dalam kertas putih yang diberikanya kepada ku?
Sepanjang Zana berhujah aku hanya duduk melihat lantai sahaja. Dalam hatiku Tidak sangka pula jadi begini dalam perkahwinan ku yang hanya berusia 3 minggu.
“Saya, Zanariah Binti Muhammad Hisham, No Kad Pengenalan :730511-10-5058 dengan ini memohon untuk bercerai dengan Tengku Fahd Muhammad Bin Tengku Abdullah dalam tempoh 12 bulan selepas perkahwinan kami berkuatkuasa hari ini bersamaan 15hb Januari 2001.
Saya dengan waras dan sedar memohon penceraian tersebut yang diminta oleh saya tanpa desakan dari mana-mana pihak. Tidak ada pelanggaran syarat-syarat taklik nikah yang dilakukan oleh suami/bekas suami saya.
Saya juga tidak akan memohon atau menuntut apa-apa daripada suami saya / bekas suami dari segi bentuk kewangan mahupun hartabenda.
Tindakan saya di atas dilakukan di dalam keadaan sedar dan waras.
Yang Benar,
Zanariah Binti Muhammad Hisham”
Aku kaku seperti jasad yang tidak bernyawa. Jantungku seolah-olah terhenti. Tercungap-cungap aku cuba bernafas. Dada ku ibarat tersusuk sembilu, pedih, sakit dan sesak. Surat perjanjian yang mengubah hidupku. Surat perjanjian yang menghancurkan hati ku. Apa salah ku?, Apa dosa ku selama ini?. Apa yang sebenarnya yang terjadi?. Adakah aku bermimpi? Persoalan demi persoalan bermain difikiranku.
“I will be moving out today, my things later someone will clear it up for me. I’m sorry Fahd”. Zana meninggalkan aku tanpa melihat keadaan ku yang hanya terpaku keras.
Aku bangun dengan perlahan, walaupun langkah kaki ini amat berat, aku gagahkan juga menuju ke jendela kamar tidur rumah melihat Zana memasukui kereta dan meluncur pergi.
“Ya Allah.. aku cuai dan aku leka terhadap engkau ya allah. Aku berdosa kepada mu Ya Allah, berikan kekuatan padaku untuk menghadapi semua ini”. Bisik hati kecil ku. Sekali lagi macam tidak percaya perkahwinan ku yang hanya berusia 3 minggu boleh terjadi perkara sebegini.
Sudah tiada tempat lagi hendak ku tuju, bagaimana ayahanda kalau dia tahu..?? bagaimana bonda kalau dia tahu....?? bagaimana ahli keluarga ku dan keluarga Zana kalau mereka tahu..??
Apa salahku sehingga nasibku jadi begini? Zana hendak meninggalkan aku setelah 12 bulan?. Aku diletakkan dalam kontrak perkahwinan. Kontrak yang direka untuk kepuasan Zana, fikirku.


Apa ini??? Hatiku meronta-ronta ingin tahu. Aku bingkas sedar, sedar dari diperlekehkan. Tiba-tiba seolah-olah satu semangat telah datang dalam diriku. “Aku anak jantan!!!, Aku anak orang berada!!!!” kata-kata semangat membakar jiwaku sambil menyalin pakaian yang baru.Ya... sepanjang hidupku memang aku ‘poyo’ tidak pernah melawan, selalu mengalah. “Cukup!!!!,,,,, cukup untuk kali terakhir....!!!” hatiku nekad.
Jam menunjukkan 6.45 petang. Hampir dua jam selepas peristiwa hitam hidupku berlaku. “Where are you? Before I agreed to your agreement, I want to see you !!!!” bentak ku dalam telefon. Zana tidak menjawab.
“Meet me at Shangri-La hotel lounge tonight 8 o’clock” sambungku. Talian ku matikan terus. Pada firasat ku Zana mungkin terkejut dengan perlakuan ku kali ini.
Ya..., selama perkenalan kami dari mula pertunangan hingga perkahwinan minggu aku tidak banyak bercakap, aku memperlihatkan diriku yang lemah lembut, mengikut apa saja. Tapi hari ini tidak!!!! Tidak lagi !!!!!!
Dari jauh ku lihat Zana seperti resah menunggu. Bersamanya seorang lelaki yang tak ku kenali, paras rupanya seolah-olah kacukan mat saleh. Jam menunjukan 8.10 malam. Sengaja aku melewatkan diriku untuk berjumpa. Dari jauh Zana dan temannya melihat aku datang. Hatiku waktu ini tidak memikirkan apa pun, cuma dendam kesumat dan kemarahan yang ada dalam hatiku yang kubawa bersama.
Tak kiralah jantan yang dibawanya tu bodyguard dia ke? Apa ke?, apa pun, kalau tak betul malam ni penampar jepun akan singgah dipipi Zana tekad ku. “Ya..., kau malukan aku siang tadi. Kau malukan keluarga ku!!!. Kau buat seolah-olah aku ni murah sangat... siap kau...!!!” dendam hatiku.
Aku terus menuju ke satu sudut dan terus duduk. Zana, isteriku yang baru ku kenali 3 minggu menghampiri ku bersama seorang lelaki. “Fahd...” tegurnya. “Duduklah..” jawabku dengan nada memerintah. Zana kelihatan serba salah dan terlihat sedikit ketakutan diwajahnya manakala lelaki yang dibawanya cuba bersalam denganku. Tidak ku endahkan permintaan itu. Aku terus duduk dengan selamba sambil mempamirkan wajah marah ku. Suasana sunyi seketika.
Atas bawah aku melihat mamat sorang ni yang dibawa bersama oleh Zana. Aku perlu cool menghadapi situasi ini. Aku perlu tunjukan ketegasan ku, aku perlu gentleman dan perlu cerdik mengawal permainan ini supaya aku menang.
“Fahd......” Zana memulakan bicara. Terketar-ketar juga suaranya.
“ I am sorry what happen just now. But you must understand.....”
“Stop it!!!” bentak ku dengan suara keras.
“I am here not to know why you want this, you have explained to me tadi!!!, I am here because I want to know why now..?? kenapa sekarang???!!!. Kenapa tak sebelum kita nikah, sebelum bapak engkau dengan bapak aku habiskan ratusan ribu ringgit nak kahwinkan engkau dengan aku” aku mula berkasar sedikit.
“And who the hell is this? I am stil your husband tau, sah dari segi agama dan sah dari segi undang-undang” sambung ku lagi sambil jari telujukku menununjukkan kearah mamat yang macam mat saleh disebelah Zana. Susana sepi seketika. Kelihatan orang ramai melihat kearah kami kerana suaraku tadi agak tinggi dan menarik perhatian.
“Cakaplah... tadi terer sangat” sambungku dengan nada menyindir.
“Fahd.....” Zana dalam nada ketakutan dan tersekat-sekat. “ First of all, this is George, George Abdullah, my boyfriend” Zana menyambung. Kali ini aku bertekad diam, dalam hati hati ku hanya berdoa, doa-doa kesabaran. Aku perlu dengar dulu apa yang hendak diperkatakan oleh Zana. Aku perlu tahu dulu dalam situasi apakah yang aku berada sekarang ini. Teori Sun Tzu “you can win a war if you you know yourself and your enemy”.

“Fahd.... I have been living with George nearly 3 years, he is the love of my life. In fact, I dah bawak dia jumpa papa. Tapi Papa tak nak, papa tak setuju. I suruh George sabar, malah George pun dah korban betukar agama kerana cintanya pada I” Zana memulakan ceritanya.

Hampir tiga jam aku hanya diam dan mendengar apa yang diluahkan oleh Zana. Kini semua telah di ceritakan kepada ku. Cerita sebenar, cerita yang mengubah hidupku. Hairan, orang punya cerita, hidup aku pulak yang berubah. Hairan...hairan, pelik tetapi benar.
Zana sebenarnya tidak setuju dengan perkahwinan ini, hanya kerana Dato Hisham banyak berhutang budi dengan ayahanda, dia membenarkan dirinya dikorbankan. Zana dan George sudah hampir lima tahun saling mengenali dan selama 3 tahun mereka hidup ibarat suami dan isteri. Mereka tinggal bersama di London sewaktu mereka belajar disana. Mereka saling cinta mencintai satu sama lain. Pernah George dibawa berjumpa Dato’Hisham namum dianya ditolak mentah-mentah oleh Dato’ Hisham.

“Fahd, it’s not fair to you, I kenal you Fahd, I kenal you, you are far more better than I am dan dengan keadaan I yang macam ni dengan George, I rasa you deserves better, You patut dapat yang terbaik, bukan orang macam I”
“I am sorry apa yang I buat tadi, I tak tahu sebenarnya how to approach you, I ingat bila I buat macam tu you akan terima sahaja,..... macam you terima I bila bapak and mak you suruh kahwin dengan I, rupanya I silap...... ”
“Fahd, I love George. He is my life now.... memang kami belum bernikah, tapi kami dah bersama macam husband and wife. Why the 12 month? Just because I know Papa will finish all debts with your father and return all investment with profit to your father, by then if tell papa, secara langsung papa tak teruk sangat menghadapi your father..”
Aku hanya diam sahaja, suasana kembali sepi. Tiada siapa bercakap. Hanya kedengaran bunyi latarbelakang band menyanyi di lounge hotel. Perlahan-lahan mengusap wajahku dengan kedua belah tangan ku dan meletakan kedua-dua nya diatas kepala seperti orang yang menanggung beban yang berat sangat.
“Take this back..” aku menyerahkan semula surat perjanjian 12 bulan Zana. “George, Zana... I wish you guys well...” sambungku, bangun bersalaman dengan George dan terus melangkahkan kaki menuju ke pintu utama Shangri La.
Zana dan George kelihatan termaga-manga melihat gelatku. Mereka seperti orang kehilangan arah kerana tiada keputusan dibuat untuk malam itu. Bagiku cukup... cukup lah untuk hari ini.......