Wednesday, December 29, 2010
CAPITULATE
Monday, December 27, 2010
The Decision
Friday, December 24, 2010
MY FEELINGS
Friday, December 10, 2010
TODAY.. about something and hoping
Today I really hope will be a good day.
I have to explain to my mum about something...
I have to explain to my partner about something...
I have to sort things out with my clients about something...
I hope that Allah's makes things easier for me today...
I hope that Allah's give me Rahmat & Nikmat....
I hope that Allah's forgive all my sins and my daughters sins...
I hope that Allah's give me strength to survive the day....
Insya'allah....
Wassalam...
Wednesday, November 10, 2010
A WAKE UP CALL
Monday, October 18, 2010
What A Weekend
Friday, October 15, 2010
EAT PRAY LOVE
Friday, October 1, 2010
HOW WE ARE....
Wednesday, September 22, 2010
SO….THAT’S LIFE
Thursday, August 19, 2010
THE ROSES, THE HEART AND THE HURT
Assalamualaikum
Today just the day…. Had some issues at home. Sad… as always… asked oneself “memang ke saya ni dilahirkan untuk disakiti?” The French Roses came form Italy by FedEx. I was so excited. A month after the LHR Blue Rose expired. Susah payah saya, tapi tak kesampaian. Well not giving up there, for the French Roses, 9 stalks was order all together. Because 9 means “Together as Long as We Live” of course only for the LOML.
Then out of no where, 2 stalks was taken without my knowledge. Worst.. I found out myself when I saw the 2 stalks decorated else where. Only when I asked, I was given an answer… but too late kan… it was given without my consent. Is there no respect or I just owe people too much… But its Ramadhan… this is kententuan Allah swa. Qada’ dan Qadar… one must be greatful…
Then I was not well. Stomach hurts almost whole day. But a meeting was held and joy was on my side. However, the Roses meant more. Who do I share of this feelings, who do I share of this hurt.. I know.. the one and only of course… Midnight is the time to share.. to tell story.. to just want to go somewhere.. but I was wrong.. and when I started to tell my tales.. I was attack for my sin…
One’s Heart was torn apart. One’s Heart was hurt. And you know what… kecil dan sakitnya hati saya… allah sahaja yang tahu… hina sangat saya ni agaknya..
And now… as and when we speaks… new things…. It hurts more
Wassalam....
Tuesday, August 17, 2010
PROVE
Monday, August 16, 2010
COTTON & LINEN
Wednesday, August 11, 2010
RAMADHAN
Assalamualaikum
RAMADHAN
Bulan Ramadan adalah bulan mulia yang dikenali sebagai bulan ibadah yang dipenuhi dengan kebaikan, hikmah dan barakah. Hal ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam:
"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadhan, bulan keberkatan"
Allah swa telah memerintahkan kepada setiap orang-orang yang beriman agar berpuasa di bulan Ramadhan. Terdapat banyak ayat-ayat muhkamat yang mewajibkan mereka berpuasa apabila tiba bulan Ramadan sebagaimana firman Allah:
"Pada bulan Ramadhan yang diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan dari petunjuk, memperbezakan antara hak dengan yang batil maka sesiapa yang hadir di antara kamu di bulan itu hendaklah ia berpuasa".
Al-Baqarah, 2:185.
PUASA
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.
Puasa dibulan Ramadhan, puasa merupakan perisai dari melakukan maksiat dan kejahatan, penyelamat dari siksaan api neraka dan pembuka jalan untuk ke syurga. Rasulullah saw bersabda:
Banyak dalil-dalil dari al-Quran dan hadis-hadis sahih yang menerangkan tentang kebaikan, barakah dan pahala yang diberikan oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala kepada orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan kesedaran sebagaimana dijelaskan di beberapa hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
"Puasa itu adalah perisai (penyelamat) dari azab Allah"
Orang yang berpuasa dilarang dari berkata-kata yang kotor seperti mengumpat, menyakiti orang lain dengan perbuatan dan mulutnya serta tidak boleh memaki-hamun sembarangan. Tegahan ini terdapat dalam hadis Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
'Puasa itu perisai, apabila ada salah seorang kamu di suatu hari sedang berpuasa, maka janganlah berkata-kata keji (kotor), jangan berlaku jahil dan jika ada seseorang memakinya atau mahu membunuhnya maka katakanlah sesungguhnya aku sedang berpuasa"
Kemuliaan orang yang berpuasa di sisi Allah berbeza dengan ibadah-ibadah yang lain, sehingga pahala orang yang berpuasa ditulis sendiri oleh Allah ‘Azza wa-Jalla:
"setiap amal kebaikan Bani Adam (ditulis oleh malaikat) pahlanya, kecuali orang yang berpuasa sesungguhnya ia adalah bagiKu dan Akulah yang memberinya pahala puasanya. Dan bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah dari bau kasturi"
Bagi mereka yang berpuasa selain meninggalkan makan dan minumnya kemudian meninggalkan juga syahwat-serakahnya, maka Allah akan menganugerahkan kepadanya dua kegembiraan sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
“Puasa itu untuk Aku dan Akulah memberinya pahala. Ia meninggalkan syahwatnya, makanannya dan minumannya kerana Aku. Puasa itu perisai. Bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan, kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya".[6]
AMALAN DALAM BERPUASA
Di samping menunaikan kewajipan puasa maka sesiapa yang menambah ibadahnya dengan amalan-amalan sunnah (tatawu’) seperti bertarawikh, bertadarus, berzikir (mengikut secara sunnah), bersedekah dan sebagainya untuk bertaqarrub kepada Allah dengan penuh keimanan, tunduk, khusyu', ikhlas, sabar dan meninggalkan dosa-dosa besar, maka diberikan kepadanya pengampunan serta pahala yang amat besar. Sebagaimana firman Allah:
"Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap taat dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara farajnya (kehormatannya), lelaki dan perempuan yang banyak mengingati Allah, Allah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar".[10]
Bagi orang yang berpuasa kemudian diiringi puasanya dengan memperbanyak amalan-amalan sunnah, maka selain diampunkan dosa-dosanya yang lalu dan mendapat pahala yang besar, maka ia juga dimasukkan ke dalam golongan orang-orang siddiqin, syuhada dan solehin sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
"Dari Abi Hurairah radiallahu 'anhu berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Barangsiapa yang bangun (menghidupkan ibadah) dibulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan balasan yang baik), maka diampunkan dosanya yang telah lalu".[11]
Dan diriwayatkan dari Amr bin Murrah al-Juhani radiallahu 'anhu:
"Datang seorang lelaki kepada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam lalu ia berkata: Ya Rasulullah! Apa pendapatmu jika aku bersaksi bahawa tidak ada sesembahan yang hak kecuali Allah, engkau adalah Rasulullah, aku solat lima waktu, aku tunaikan zakat, aku berpuasa Ramadhan dan solat tarawih di malam harinya, termasuk golongan manakah aku? Baginda menjawab: Termasuk golongan siddiqin dan syuhada".[12]
Perlu diketahui oleh setiap mukmin bahawa Allah memberkati bulan Ramadan kerana terdapat banyaknya kebaikan dan keutamaan di dalam bulan tersebut antaranya:
1) Lailatul Qadar
Dibulan Ramadan terdapat malam Lailatul Qadar. Yang mana dikeranakan oleh malam tersebut maka ibadah seseorang mukmin lebih baik dari beribadah diseribu bulan yang lain atau lebih mulia dari beribadah sepanjang seribu bulan. Keutamaan bulan Ramadan juga ialah apabila Allah Subhanahu wa-Ta'ala memilih malam Lailatul Qadar diturunkan padanya al-Quran untuk membimbing manusia ke jalan hidayah dan kemuliaan.
Orang-orang beriman digalakkan agar berlumba-lumba bangun melakukan amal ibadah dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah, kerana bulan ini adalah bulan yang paling mulia di sisi Allah. Keutamaannya sangat besar sebagaimana digambarkan dalam surah al-Qadar:
Malam Lailatul Qadar dijelaskan oleh al-Quran sebagai malam yang di penuhi dengan berkat, rahmat dan fadhilat sebagaimana firman Allah:
Dalam sebuah hadith, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah bersabda:
"Menurut pemahamanku, wallahu a’lam, Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam setelah ditanya: Apakah kami mencarinya dimalam ini? Baginda menjawab: Carilah dimalam tersebut".[15]
Adapun yang dimaksudkan: "Carilah dimalam tersebut", ia telah diterangkan dari Ibnu Umar radiallahu 'anhuma beliau berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda:
Dari Aisyah radiallahu 'anha pula berkata:
“Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersungguh-sungguh beribadah pada sepuluh hari terakhir yang tidak pernah dilakukannya di waktu yang lain".[17]
Aisyah radiallahu ‘anhu berkata lagi:
“Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam jika telah masuk sepuluh hari terakhir, baginda mengikat kuat kainnya, menghidupkan malamnya dan membangunkan isterinya".[18]
2) Turunya Malaikat
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dikhususkan diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala pada malam bulan Ramadan agar turun para malaikat bersama malaikat Jibril ‘alaihis salam ke langit dunia. Firman Allah:
"Pada malam (Lailatul Qadar) turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan".[19]
Ganjaran bagi orang-orang beriman yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan beramal soleh seperti membaca al-Quran, solat tarawikh, mengerjakan umrah dan sebagainya adalah pengampunan dosa-dosanya yang telah lalu. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
"Bersabda Rasulullah sallallahu‘alaihi wa-sallam: Sesiapa yang bangun di malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan ihtisab, diampunkan dosanya yang telah lalu".[20]
3) Turunya Al Quran
Ganjaran pahala yang besar diberikan kepada sesiapa yang bertadarus (membaca dan mempelajari al-Quran) dibulan yang mulia ini, kerana mengikut contoh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam yang bertadarus dengan Jibril 'alaihis salam di Ramadan, sebagaimana juga amalan para sahabat dan para Salaf as-Soleh. Begitu juga al-Quran pula diturunkan dibulan yang penuh keberkatan ini sebagaimana firman Allah Azza wa-Jalla:
Al-Baqarah, 2:185.
"Yang mana baginda (Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam) bertemu Jibril pada setiap malam dari bulan Ramadan, baginda bertadarus al-Quran".[21]
Segala jin-jin jahat dan syaitan dibelenggu dengan rantai, ini supaya tidak dapat bebas mengoda dan merosakkan ibadah puasa dan segala ibadah manusia yang beriman sebagaimana bebasnya di bulan-bulan yang lain. Pintu-pintu neraka ditutup dan pintu-pintu langit dan syurga dibuka kepada mereka yang berpuasa dengan penuh keimanan. Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda:
"Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Jika datang bulan Ramadan dibukalah pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggulah para syaitan".[22]
"Apabila masuk bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu langit, ditutup pintu jahanam dan dirantai para syaitan".[23]
"Jika telah datang awal malam bulan Ramadan diikatlah para syaitan dan jin-jin yang jahat, ditutup pintu-pintu neraka, tidak ada satu pintu pun yang dibuka dan dibukalah pintu-pintu syurga, tidak ada satu pintu pun yang tertutup, menyerulah seorang penyeru: Wahai orang yang ingin kebaikan lakukanlah! Wahai orang yang ingin keburukan kurangkanlah! Allah mempunyai orang-orang yang dibebaskan dari neraka, itu terjadi pada setiap malam".[24]
Maksud "dibebaskan dari neraka", ialah diberi pengampunan dibulan Ramadan bagi pelaku maksiat yang bakal ke neraka lantaran beribadah, bertaubat, beristigfar dan permohonan doanya kepada Allah yang dilakukan dengan penuh keimanan, kekhusyukan dan keikhlasan terutamanya dimalam Lailatul Qadar. Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda:
Baginda bersabda lagi: "Barangsiapa yang mencarinya (Lailatul Qadar), carilah pada tujuh hari terakhir" [26]
5) Terbukanya Pintu Rahmat
Dibuka luas pintu-pintu rahmah (untuk menperolehi pahala yang berganda) dan doa yang dipohon dengan penuh keikhlasan dikabulkan. Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah bersabda:
Bulan Ramadan adalah bulan pengampunan dosa lantaran keutamaan dan tingginya kedudukan ibadah puasa di sisi Allah ‘Azza wa-Jalla. Seandainya seseorang yang berpuasa mempunyai dosa seperti buih di lautan, nescaya akan diampunkan apabila meminta pengampunan dengan sebab ibadah puasanya yang diberkahi. Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda:
Setiap mukmin sewajarnya mengambil kesempatan ini disetiap tibanya bulan Ramadan dengan banyak mengerjakan amal ibadah dengan penuh tawadduk, khusyuk dan penuh keikhlasan.
Dibulan Ramadan, segala amal ibadah yang dikerjakan dengan penuh keimanan, keikhlasan, khusyuk dan tawadduk jika tidak diselang-seli dengan dosa-dosa besar, bid'ah dan khurafat, maka pahalanya akan digandakan. Oleh itu digalakkan agar menjadikan bulan Ramadan sebagai bulan memperbanyak beramal ibadah dan berdoa. Segala doa akan dimakbulkan sehingga Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sendiri melipat-gandakan ibadah dan doanya disetiap bulan Ramadan:
"Pada setiap bulan Ramadhan baginda beriktikaf disepuluh (terakhir) dan setelah tahun kewafatannya baginda beriktikaf didua puluh hari (yang terakhir)".[33]
"Sesungguhnya mengerjakan umrah di bulan Ramadhan sama seperti mengerjakan satu haji atau mengerjakan haji bersamaku".[34]
"Sesiapa yang berpuasa Ramadan (berpuasalah dengan) penuh keimanan, ihtisab dan niat. Berkata Aisyah radiallahu 'anha: Nabi sallallahu 'alahi wa-sallam bersabda: Mereka (yang berpuasa) akan dibangkitkan (di Hari Kiamat) menurut niat mereka".[36]
Wassalam...
Selamat berpuasa dari saya sekeluarga...
RUJUKAN :-
[1]. H/R Ahmad (9133) [2]. H/R Bukhari (3581) al-Jihad. [3]. H/R Ahmad (17233).[4]. H/R Ahmad. (7714).[5]. H/R Bukhari (547) al-Libas.[6]. H/R Bukhari (6938) at-Tauhid.[7]. H/R an-Nasai(2189) as-Siam.[8]. H/R Ahmad (6877).[9]. H/R Bukhari (3393). al-Munaqib.[10]. Al-Ahzab, 33:35.[11]. H/R Bukhari (36) al-Iman.[12]. H/R Ibnu Hibban No. 11. Lihat Zawaid. Sanadnya sahih.[13]. Surah al-Qadar, 97:3.[14]. H/R Bukhari (1878) Solat at-Tarawikh.[15]. Lihat: Syarhus Sunnah, 6/388.[16]. H/R Bukhari (3/221). Muslim (1165).[17]. H/R Bukhari (4/233). Muslim (1174).[18]. H/R Muslim.[19]. Al-Qadar, 97:4.[20]. H/R Bukhari (1875) Solat at-Tarawikh.[21]. H/R Bukhari (5) Badul Wahyu.[22]. H/R Bukhari (4/97). Muslim (1079).[23]. H/R Bukhari (1766). as-Saum.[24]. H/R Tirmizi (682). Ibn Majah (1642). Ibnu Khuzaimah (3/188). Hadis Hasan.[25]. H/R Bazzar (3142). Ahmad (2/254). Ibn Majah (1643). Hadis sahih.[26]. Ibid.[27]. H/R Muslim (1794). as-Siam.[28]. H/R Tirmizi (3706) Ibn Majah (3850) sanadnya sahih. Lihat Syarah Bughyatul Insan fi Wadhaifi Ramadan. Hlm. 55-57. Ibn Rejab al-Hambali.[29]. H/R Bukhari (4/99). Muslim (759).[30]. H/R Muslim (233).[31]. H/R Bukhari No 5. Badul Wahyu.[32]. H/R Bukhari (1900) al-Iktikaf.[33]. H/R Bukhari (1903). al-Iktikaf.[34]. H/R Bukhari (1730) al-Haj.[35]. H/R Muslim No. 90. al-Iman.[36]. H/R Bukhari. as-Saum.
Friday, August 6, 2010
IT"S ALL OUT IN THE OPEN
WHEN THE KING MEET SLASH
Assalamualaikum....
The day to remember:-5th August 2010. Finally after so long I’ve waited, the LEGEND is here. In my country!!!! SLASH is in town!!!!!
Some information I want to share with you guys…..
Birth name : Saul Hudson
Stage name : Slash
Born : July 23, 1965 (age 45) London, England, UK
Genres : Hard rock, blues-rock, heavy metal[1]
Occupations : Musician, songwriter, producer
Instruments : Guitar
Years active : 1983–present
Labels : UZI Suicide, Geffen, Koch, RCA
Associated acts : Guns N' Roses, Slash's Snakepit, Michael Jackson ,Slash's Blues Ball,Velvet Revolver, Hollywood Rose, Lenny Kravitz, Derek Sherinian,Poison, Myles Kennedy, Cypress Hill, Ozzy Osbourne, Avenged Sevenfold, Kid Rock[2].
So last night was the best night ever. I met him!!! Live!!!! The Legend!!! And he is so fucking cool!!!!
Nothing much to say… I enjoyed it, worth the sweat and fucking cool…..
And made known to all… I have seen, heard when the legendary Slash performed Sweet Child O’ Mine and it was the best fucking ever……!!!
Salam...
Saturday, July 31, 2010
AMOROUSNESS
Assalamualaikum
I feel
I treasure
I wonder
I lost
I gain
I win
I want
I need
I hope
I smile and I cry…..
“ For love is unique to everyone, some may feel and treasure it, some may wonder.. is this it?, some may lost for mistakes and circumstances, some may gain for love that long waited for, some may win to a heart that belongs, some may want for never had before, some may need for strength to continue life, some may hope that to be love in return. I smile when love comes unconditionally and acceptance of the past and circumstances and I cry when I lost and hurt the person I love most…..”
Friday, July 30, 2010
TACIT
Funny how each of us growing up in our own way. Some of us are taught to express out loud how we feel and some of us are taught to keep it inside. Being Orang Timur “Melayu Beradat” makes some of us a little bit reserved.
I grew up most of the time with my mother and siblings. Sadly to say I am not one of my father’s favorites (al-fatihah to Hasbullah Shahrom). Accepted and life goes on!! So I end up almost like my mother ; “simpan dan terus simpan”. It takes me longer time to learn to be “loud”. Do I see a negative part of it? Well, some good and some bad.
With the experience I had, I realise that I need to teach my daughters to be bold and expressive. But when I questioned myself to what extend? The answer will be until they can handle themselves in this world. As parents, none of us want our children to face the hardship and difficulties or sadness we had when we were young.
However, like me, sometimes I, myself can’t change for who I am. We are who we are. But we can be who we want to be. Safely I can say it takes “emotions of events” to change a person. But life will continue as it is. I believe, like others that believe in Allah swa, it has been written in life how our lives going to be, but the beauty part of it is Allah swa give us, brain to think, emotions;- love, hate, sadness and happiness to judge right or wrong. So we are complete.
Wassalam.
Wednesday, July 28, 2010
BAB 6
Tidak sangka perempuan yang tadi aku langgar sampai jatuh terduduk ada bersama meja makan.
“Eh,,… hai…” aku bangun kembali sambil memberikan salam. Maria hanya senyum menyambut salamku sambil duduk di meja makan.
“Ohhh… you lah Fahd, thank you for the pre introduction ya” Maria menyapa sambil menyindir.
“Kenapa you all dah kenal ke?” taya Zana yang terpinga-pinga.
“No… but I terlanggar dia masa nak ke sini tadi” jawabku memberi penjelasan.
“Anyway, Fahd… she is my friend while I was studying in London, lawyer by profession” Zana menjelaskan Maria kepada ku.
“Oh Ye ke… so I duduk sebelah lawyer lah ni….” Jawab ku sinis
“Yaaa Lawyer… not layar buruk” Maria membalas.
“Hmmm yang tu pun boleh tahan”sekali lagi aku memberikan jawapan sinis.
“Hmmm anyway Maria… this is Fahd my ex-husband” Maria hanya mengganguk. Agak mengejutkan tiada reaksi pada wajah Maria tentang kedudukan hubungan ku bersama Zana. Mungkin Zana telah menerangkan kepadanya.
Kami berempat menikmati makan malam dengan begitu senang sekali. Namun dalam hatiku masih tertanya-tanya apakah tujuan sebenar Zana dan Geroge mengajak aku dinner malam ini.
“So... how is your business now...” George menyapa ku
“It’s ok but now market is mor competitive” jawab ku ringkas
George pendiam orangnya namun memandangkan dia seorang businessman perbualan hanya diperkatakan tentang businessnya. Zana dan Maria sibuk berbual tentang kisal silam sewaktu mereka belajar di London.
“Excuse me…. Going to rest room jap” Maria meminta diri.
“Fahd, I am sorry pasal bawak Maria bersama ya… thought that you need to have friend and I am sincere” Zana memberi penjelasan mengambil kesempatan ketiadaan Maria di meja makan.
Peluang 10 minit kepergian Maria ke tandas itu telah di ambil oleh George dan Zana untuk memohon maaf dan menerangkan kepada ku tentang kehadiran Maria.
“O.k o.k enough o.k…. George… Zana, it’s enough. You guys don’t need to apologise of anything. It’s done, it’s over and you guys are married now. Alhamdulillah…. Thank to Allah o.k. I am fine where I am now. You guys take this a lesson for your children nanti. I am living my life as it is and I am enjoying it” aku member kata-kata perangsang kepada mereka berdua.
Secara jujurnya aku ikhlas. Aku tidak merasakan sedikit pun iri hati apabila melihat mereka berdua. Mungkin kerana aku kini sudah menerima hakikat yang sebenar. Maria kembali ke meja makan dan kami berempat sambung perbualan kami. Terus-terang ku katakana aku seronok malam itu. Hati ku sedikit terubat.
“Assalamualaikum…”
“Wa’alaikumussalam”
“Hi.. Maria ni”
“Tahu…”
“Hmmm saja call.”
“O.k”
“Can I buy you lunch today?”
“Sure. kat mana?”
“Hmmm don’t know yet,.. TGF Subang Parade ok?”
“O.k. See you at 12.45 ?”
“O.k. No worries.. see you later.”
Ini bukan kali pertama Maria mengajak aku keluar makan. Sudah hampir 2 bulan kami keluar bersama sejak dari hari yang aku menegenalinya sewaktu makan malam bersama Zana dan George. Banyak perkara yang kami dah lakuan bersama. Menonton wayang, bershoping dan kadang-kadang minum petang bersama.
Aku senang berkawan dengan Maria, bagiku Maria seorang yang “fun”. Hampir semua perkara aku boleh bercakap denganya. Dari perkara yang tah apa-apa hingga kepada perkara yang serious. Sampaikan isu politik pun kami boleh berbincang. Entahlah ada chemistry lah kot. Satu perkara yang aku paling suka tentang Maria ialah sikapnya yang bersahaja.
“ Hi....” sapa ku sewaktu sampai di TGF Subang Parade.
“Hoi..” balas Maria dengan selamba.
Begitulah Maria dengan perangai selambanya. Mencuit hati dan “fun”.
“Sorry lambat, jam sikit”
“it’s o.k”
“Dah order?’” tanya ku lagi.
“Dah..you orderlah apa you nak makan” jawab Maria.
“So what’s up” tanya ku yang baru lepas memesan makan pada pelayan TGF.
“Hmmm nak tanya sikit boleh?” sambil memberikan senyuman sinis Maria bertanya.
“Banyak pun tak pa..?” sahut ku selamba.
“Fahd... I nak tanya you, how is your feelings towards me?” Maria mengeluarkan soalan sambil merenung tepat ke mata ku. Nadanya agak serius kali ni.
“Why?” Jawabku sambil megerut kening. Dalam hatiku berdetik. Apa disebalik pertanyaan Maria ini.
“No.... I really want to know how is your feelings towards me. It has been 2 months kita keluar. There is nothing wrong with this relationship. But I nak tahu perasaan dan isi hati you pada I. Adalah sebab.. but jawab dululah..” sambung Maria.
“Hmm.. funnylah you ni... Hmmm let me see ya... O.k I enjoyed your company, I am sure you are a good friend, we have fun and as far as feelings is concern... biasa lah.... you are just like my other friends. Kenapa..?” terang ke secara terpeinci.
“You tak rasa we are suitable for one another?” sambung Maria dengan soalan lain.
“Wohhhh... chop chop chop..... jap ya... reverse sikit.., you are asking me a second question already.. kenapa ni?” kali ni aku agak serius. Bagiku kenapa tiba-tiba Maria bertanya soalan begini. Perhubungan kami o.k tapi kenapa pulak soalan-soalan yang pelik jadi isu sekarang. Sebelum ni bagiku masing-masing faham bahawa hubungan ini adalah persahabatan.
“Tak,,,, o.k I just want to make sure.... you know me kan .. Lawyer!!!... so I am being direct tak ada selindung-selindung. I want to know your feelings towards me. Bukan I nak apa dari you, cuma satu jawapan je..” terang Maria.
“O.k lets cut the chase, I don’t like these questions. We have something good going on here..., for me you are a friend just like siapa-siapa lain yang I kenal. Cuma I am comfortable dengan you. Betul I tak ramai kawan.. malah tak ada pun yang rapat... you jelah sorang agaknya. But I enjoy being with you.... kalau you nak tanya pasal feeling-feeling ni... Hmmm honesty I rasa tak selesa because I tak nak jawapan I nanti will destroy our friendship” terangku serius.
“No.... jangan salah anggap Fahd... I tanya saja. I need to know. I promise you what ever your answer is, it will not change what we have now.. I promise” Maria cuba menyakinkan ku.
“Fine... tak ada feelings cintan-cintan, just friend. I appreciate you as a friend tak lebih dan tak kurang. Itu jawapan I” jawab ku tegas pada persoalan Maria yang berpusing-pusiang dari tadi.
“So now.. answer me... why you asked?” sambung ku.
“Alhamdulillah.... fuhhh!!!! Lega siot...” Maria kembali pada dirinya yang sebenar.
“ Nah..” sambil menghulurkan satu envelop kecil yang dikeluarkan dari beg tanganya kepada ku.
Aku membuka envelop tersebut sambil membaca kandunganya. “Allah-allah... nak bertunang rupanya” aku tergelak besar
“Tak adalah, I tak nak you berasa hati o.k We have something good going on here. I don’t know, I baru kenal you dua bulan. So I tak kenal you betul-betul lagi lah. Mana tahu kalau tersangkut feelings ke apa ke. Tu sebab I tanya.” terang Maria selamba.
“Hmmm congrats..dahlah jom makan” kataku sambil bersedia untuk menjamah makanan yang sampai dari tadi dan terbiar akibat konflik si Maria.
Maria akan bertunang lagi seminggu, mungkin kerana tidak mahu aku berasa hati, dia ingin memastikan bahawa dia tidak akan kehilangan ku sebagai seorang sahabat. Bakal suaminya adalah seorang arkitek dan merupakan rakan sekolahnya.
Maria hanya ingin mengetahui jika aku memiliki perasaan lebih dari seorang kawan. Aku faham. Maria tidak mahu aku berasa hati dan hubungan kami ini terputus akibat dari salah sangka. Hati dan perasaan kan, mana boleh di agak. Dengan perangai yang suka berterus terang, dia hanya bertanya takut kalau aku memilki perasaan kasih sayang yang tersembunyi terhadapnya.
Bagi ku pula, secara jujur, hatiku dah tertutup untuk sesiapa pun sejak apa yang aku lalui bersama Zana. Entahlah tak pulak aku rasa ada bibit-bibit cinta dan kasih sayang pada Maria. Dia hanya rakan akrab yang aku boleh bawak kemana-mana.
Aku seronok bila bersama Maria. Selamba, “fun”, bergaya, pandai membawa diri dan perwatakan yang menarik. Yang penting, pandai mengambil hati ku dan sentiasa boleh buat aku ketawa walaupun jiwa ku kacau macam mana pun.
Tahniah Maria atas pertunangan mu......
SAYANG, CINTA DAN KASIH
Assalamualaikum...
SAYANG
~~~~~~~
Perasaan sayang hanya hadir ketika kita mengenali siapa dia. Sikap dan sifat, tingkah dan laku;- mengenali luar dan dalam. Lahir perasaan yang tak mampu di ubah. Biar keluarga, biar kawan, biar kekasih, biar haiwan, biar bernyawa ataupun tidak, biar kelihatan mahupun yang tersembunyi.
Sayang pada seseorang adalah apabilia orang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.
Sayang pada kehilangan adalah apabila kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Kepada mu:-
Sayangilah dirimu sebelum kau menyayangi aku, kerana dengan menyayangi diri mu kau akan mampu membuat keputusan adakah patut aku ini disayangi.
Sayangilah anak-anakmu sebagaimana ibubapa mu menyayangi dirimu, kerana kelak kau akan disayangani oleh anak-anak mu jika tiba waktunya kelak.
Dan sayangilah aku sebagaimana aku menyayangi dirimu, kelak kesamaan akan mendatangkan kebahagian dan persefahaman yang berpanjangan….
CINTA
~~~~~
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, kaca menjadi intan, keruh menjadi jernih, sakit menjadi sembuh, derita menjadi nikmat dan kemarah menjadi rahmat. Cinta yang di kaitkan dengan kepentingan peribadi akan berubah menjadi putus asa. Dalam percintaan, janganlah kita sesali perpisahan tapi sesalilah pertemuan kerana adanya pertemuan itulah terjadinya perpisahan.
Cinta bukan lah buta, cinta buta itu terjadi apabila kerana cinta kita hilang pertimbangan. Memberikan seluruh cinta kita bukanlah bermakna ianya akan dibalas, jangan mengharapkan balasan cinta kerana pengharapan kadang-kadang mendatangkan kesakitan. Maka tunggulah ia berkembang pada yang dicintai, jika tidak, bersyukurlah pada Allah swa kerana kita manusia yang sempurna;- boleh memberi dan boleh menerima cinta.
Untuk dirimu:-
Jika engkau mencintai aku, maka cintailah aku seperti kamu mengerti ketulusan cinta itu,
Jika engkau mengasihi aku, maka kasihkan ku seperti kamu mengerti apa itu kasih suci dan murni,
Dan jika benar kau dan aku ditakdirkan bersatu, maka tak ada satu pun yang dapat memisakan kita kerana ketulusan, kesucian dan kemurnian cinta kita mengatasi apa jua.
Dan cintailah Allah swa kerana tidak rugi engkau sesaat dalam kehidupan malah ditambahkan rahmat dan kebahagiaan untuk dirimu…
KASIH
~~~~~
Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan, apabila kita teramatkan rindukan seseorang sehingga kita ingin mimpi kita menjadi nyata;- kebahagian bersama yang dikasih. Mimpilah apa yang ingin kita mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin kita tujui dan jadilah apa yang kita jadi. Kerana kita hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk merasai erti kasih sebenar.
Merindui dan dirindui timbul dari perasaan kasih yang ada pada seseorang, maka datanglah keinginan untuk berkongsi kebahagiaan dan kesedihan, kekuatan dan kelemahan, harapan dan angan-angan. Kita buka semua kelemahan dan kekuatan yang ada dalam didalam diri kita jika berkasih, bukan persamaan yang membuatkan kita bahagia tetapi penerimaan perbezaan itulah yang menjadi nikmat berkasih itu berbaloi.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik tetapi kebahagian itu datang apabila kita berkongsi bersama orang yang kita kasihi.
Kepada mu-;
Rasalah nikmat berkasih sepertimana yang engkau tidak pernah rasai sebelum ini,
Kasihlah dirimu, anak-anak mu, ibu-bapa dan persahabatan.
Maka kau kasihlah kepada Allah swa, maha pecipta yang tidak pernah mahukan apa pun semula melainkan ketaatan yang ditetapkan dan kemugkaran yang kau harus tinggalkan…..
Wassalam...