Monday, May 10, 2010

HARI IBU

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu.
Aku naik saksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah swa dan sesungguhnya Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah. Selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah Muhammad saw, para sahabat, isteri-isteri dan kaum keluarga baginda.

Semalam adalah hari yang istimewa bagi kaum ibu. Dengan keberkatan dan rahmat Allah swa aku dapat menyambutnya bersama ibuku yang tersayang. Salmah Omar. Terima kasih melahirkan ku, terima kasih kerana menyayangi ku terima kasih kerana menerima diriku ini sebagai seorang anak kepada mu.
Darjat seorang ibu ini amat tinggi malah dinyatakan di dalam Al-Quran kedudukan Ibu dan Bapa ini selepas kita mentaati Allah swa. Malah perkataaan Ibu itu sendiri telah mendahului perkataan bapa. Bayangkan kemuliaan wanita yang bernama ibu ini di sisi Allah swa.

Dalam surah Al- Israa ayat 23-25






· [2[23]
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).





[24]
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."




[25]

Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.

Dalam ayat tersebut, allah telah menyatakan dengan jelas dan nyata bagaimana harus kita menjaga dan mengasihani kedua orang tua kita. I bu dan ayah.

Ayat ini membuatkan aku kembali ke sejarah silam bagaimana Ibu telah membersarkan aku dengan susah payah... aku ingat lagi masa zaman sekolah di Sungei Way ketika kesusahan hidup. Sanggup dia berjalan bangun pagi melalui landasan kereta api hanya untuk memastikan aku ke sekolah. Sehingga aku darjah 3 ibu ku sanggup melakukan demikian.

Namun sehingga sekarang ini aku belum dapat membalas jasa ibuku malah aku menambahkan lagi sengsara kekalutan masalah diriku kepadanya...

Maafkan aku mak.... maakan anak mak ni ya... orang tengah cuba memperbaiki keadaan. Mak jangan risau.. tahulah orang nak uruskan kehidupan orang dengan anak-anak. Yang penting mak tak perlu risau.

DOA UNTUK IBU

"Ya Allah.. kau ampunkanlah mereka-mereka yang bergelar ibu, khususnya kepada Salmah bt Omar,. Kau sihatkanlah tubuh badan mereka, kau perluaskan lah rezeki mereka dan kau terimalah taubat mereka untuk diletakkan di kalangan ahli syurga mu.

Ya Allah.. kau hapuskan lah dosa ibuku dan kau jadikan dia orang yang beriman. Kau berilah hidayah dan kerberkatan mu ya allah. Dan ampunilah dosa ku ini ya Allah jika aku ada menyakiti hatinya sama ada sengaja atau pun tidak.

Ya Allah... berilah aku kekuatan supaya aku tidak menjadi anak yang zalim, anak yang tidak mengenang budi dan anak yang derhaka kepada ibunya. Sesungguhnya engkau yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Amin Ya Allah, Amin Ya Rahman Amin Ya Rahim"

Mak... Selamat Hari Ibu....

Wassalamualaikum....