Sayfu al-Lāh al-Maslūl - الوليد خالد
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu, segala puji bagi Allah swa dan Rasulnya Muhammad saw. Dan bahawasanya aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Kali ini aku menulis berdasarkan pembacaan dan pendengaran, sifat dan sikap yang Allah telah pinjamkan kepada ku sementara aku hidup di dunia ini. Bukanlah aku orang yang beriman dan bukanlah aku berada di golongan orang yang baik namun pengalaman hidupku membuatkan aku mencari seseorang yang aku dapat mengambil sedikit contoh dari sikap dan sifat yang terpuji. Bagiku yang teraggung adalah Nabi junjungan Muhammad Rasulullah SAW. Selawat salam ke atas baginda, para sahabat, para isteri dan keluarga baginda.
Hari ini aku mendengar melalui satu CD ceramah dari Ustaz Kazim Elias yang aku beli. Aku tertarik mendengar ceramah dari Ustaz Kazim ini selepas beberapa kali mengunjungi UPTown Shah Alam. Cara penyampaian yang amat menarik bagi diriku. Sebelum ini aku hanya mendengar ceramah-ceramah dari Ustaz Ismail Kamus. Tapi kini agak susah untuk mendapat CD bagi ceramah beliau. Namun hanya akau mengumpulkan keset-keset ceramah beliau.
Berbalik semula kepada ceramah Ustaz Kazim ini, beliau telah menyebutkan tentang Sayfu al-Lāh al-Maslūl - الوليد خالد yang membuat aku teringin mencari dan mengenal siapa itu KHĀLID IBN AL-WALĪD.
KHĀLID IBN AL-WALĪD di lahirkan pada 592 masehi di Mekkah al-Mukarramah, anak kepada Al-Walid b al-Mughirah b Abdullah b Umar b Makhzum dan ibunya Lubabah bte al-Harith, saudara perempuan Maimunan bte al-Harith, isteri nabi. Berketurunan Bani Makhzum.
Dari apa yang aku baca, beliau merupakan Panglima perang yang terkuat dan dikatakan dalam sejarah bahawa kesemua peperangan di bawah pimpinan beliau tidak pernah kalah. Termasuk ketika beliau memimpin tentera kafir Quraisy menentang islam di dalam peperangan Uhud. Kebijaksanaan beliau juga telah berjaya mengalah tentera islam pada waktu itu yang telah mengingkari perintah Nabi Muhammad saw untuk tidak meninggalkan kedudukan strategik yang dirancangkan oleh Nabi saw.
Apa yang menarik minat aku adalah sifat beliau pada 3 peristiwa yang aku ingin berkongsikan bersama pembaca :-
1) Peristiwa dalam peperangan Muktah. Dalam Perang Muktah, tentera Islam yang sedikit bilangannya telah berdepan dengan lebih kurang 200,000 orang tentera Rom. Dalam pertempuran tersebut, tentera Islam telah mendapat tentangan yang cukup dahsyat nyaris-nyaris menerima kekalahan.
Bendera Islam telah dipegang oleh Zaid b Harithah yang kemudiannya gugur syahid, di ambi lalih pula oleh Jaafar bin Abu Thalib. Beliau turut syahid, maka bendera tadi dipegang oleh Abdullah bin Rawahah yang juga gugur sebagai syuhada'. Lantas bendera bertukar tangan kepada Thabit bin Arqam dan menyerahkannya kepada Khalid al-Walid. Atas persetujuan ramai, maka Khalid al-Walidpun menjadi ketua perang dan terus mengarahkan tentera Islam berundur ke Madinah kerana sudah terlalu ramai yang syahid dan tentera yang tinggal tidak mampu untuk bertahan lagi.
Dia kembali mengatur para pasukan, maka dia merubah strategi dengan menjadikan pasukan sayap kanan berpindah ke sayap kiri dan sebalikanya pasukan sayap kiri berpindah ke sebelah kanan, kemudian sebagian pasukan di letakan kan agak mundur, setelah beberapa saat mereka datang sekan pasukan batuan yang baru datang, hal ini guna melemahkan semangat berperang musuh kemudian kesatuan tentara kaum muslimin terlihat menjadi besar atas pasukan kaum Romawi sehingga menyebabkan mereka mundur dan semangat mereka melemah. Dengan startegi ini akhirinya tentera islam telah menang didalam peperangan ini.
Dan Nabi Muhammad Rasulullah saw menyebut hal itu sebagai kemenangan dan beliau bersabda “pada saat menyebut ketiga panglima yang gugur syahid kemudian bendera telah diambil oleh salah Satu Pedang Allah sehingga Allah memberikan kemenangan bagi kaum muslimin atas musuhnya.”
2) Dalam Perang Yarmuk menentang tentera Rom, beliau telah berjumpa dengan panglima musuh yang bernama Mahan yang dengan angkuhnya merendah-rendahkan moral tentera Islam. Mahan telah berkata : "Aku tahu kamu semua meninggalkan tanah air kerana terpaksa dan kelaparan. Jika kamu semua setuju, aku akan berikan setiap seorang tentera 10 dinar beserta dengan pakaian dan makanan dengan syarat mereka berangkat pulang dan tahun depan jumlah yang serupa akan dihantar ke Madinah".
Khalid b Al-Walid dengan tegasnya menjawab : "Kami tidak akan keluar dari negeri kami kerana kelaparan seperti yang engkau sangkakan. Tetapi kami ialah satu kaum yang suka minum darah dan kami tahu tidak ada darah yang lebih lazat dan nikmat seperti darah orang Romawi, sebab itulah kami ke mari"
Setelah itu, Khalid Al-Walid selaku komandan perang beerteriak dengan kuatnya sambil bertakbir "Allahu Akbar" "Marilah kita berebut-rebut mencium bau Syurga". Maka terjadilah peperangan yang amat dahsyat. Anak panah bersimpang siur dan mayat bergelimpangan.
Dalam suasana perang tersebut Khalid al-Walid bersemuka dengan seorang daripada panglima Romawi yang bernama George lalu terjadilah dialog antara keduanya.
George bertanya : "Wahai Khalid, hendaklah kamu berkata benar kerana setiap orang yang merdeka tidak akan berbohong. Apakah benar bahawa Tuhanmu telah menurunkan kepada Nabimu sebilah pedang dari langit lalu diberikan kepadamu dan kalau dihayunkan kepada seseorang pasti dia akan kalah"
Khalid b Al-Walid menjawab : "Tidak"
George bertanya lagi : "Mengapa kamu disebut Pedang Allah ?"
Khalid b Al-Walid berkata : "Bahawa Allah SWT telah mengutuskan kepada kami seorang Rasul dari bangsa kami, tetapi ada yang mempercayainya dan ada yang mendustanya. Aku sendiri termasuk dari kalangan orang yang mendustakannya tetapi Allah telah membuka hatiku kepada Islam. Lalu aku mengadap Rasulullah untuk memeluk Islam dan janji setia kepadanya. Rasulullah terus menyatakan : "Engkau adalah sebilah pedang dari pedang Allah"
George bertanya lagi : "Apa yang kamu dakwahkan kepada manusia"
Khalid b Al-Walid menjelaskan : "Supaya mereka mentauhidkan Allah dan menerima ajaran Islam"
George seterusnya berkata : "Jika seseorang memeluk Islam sekarang seperti apa yang telah berlaku kepadamu, adakah dia akan mendapat ganjaran ?"
Khalid b Al-Walid menjawab : "Ya, itulah yang lebih utama"
George berkata : "Bagaimana yang terjadi kepadamu sebelum Islam ?"
Khalid b Al-Walid menjawab : "Kami hidup bersama Rasul lalu kami lihat tanda-tanda kenabian serta mukjizatnya. Kami benar-benar melihat dan mendengarnya, lalu kami memeluk Islam dengan mudah. Tetapi kamu tidak pernah melihat dan mendengarnya, kiranya kamu beriman dengan apa yang tidak kelihatan, maka ganjaranmu adalah lebih besar jika kamu beriman kepada Allah dengan jiwamu"
Akhirnya George telah mengucap syahadah di hadapan Khalid, belajar cara solat dan sempat solat dua rakaat. Kemudian beliau adalah seorang syuhada'
Di dalam perang Yarmuk ini tentera Islam berjaya menumbangkan tentera Rom yang berjumlah 240,00 orang.
Dalam konteks ini aku berasa kagum degan sifat yang ditunjukkan oleh Khalid al-Walid di mana walaupun dikenali dengan kehebatan tidak pernah kalah di arena peperangan namum Khalid tidak segera menonjolkan dirinya hanya setelah dipersetujui oleh para tentera maka dia mengambil alih tugas dan menang ketika bertarung. Sikap yang sama pada peristiwa
3. Pada masa pemerintahan Umar bin Khattab, Khalid diberhentikan tugasnya dari medan perang dan diberi tugas untuk menjadi duta besar. Hal ini dilakukan oleh Umar agar Khalid tidak terlalu didewakan oleh kaum Muslimin pada masa itu. Namun apabila di arahkan demikian, Khalid menuruti perintah Umar dan terus berjuang bersama-sama umat islam yang lain tanpa rasa sedih dan gusar.
Dalam ketiga-tiga konteks ini aku berasa kagum dan bangga mengenalipanglima perang seperti Khalid al- Walid. Beliau bagiku adalah pejuang islam yang asli. Tidak sabar aku untuk membca buku tentangnya lagi. Ia sebagai satu pengajaran di mana jika kita berjuang kejalan Allah kita tidak perlu gentar dan
takut akan apa yang telah ditakdirkan. Walaupun diberhentikan sewaktu kemuncaknya namun Khalid al-Walid akur terhadap kehendak Umar. Perjuangannya kelandasan Islam yang sebenar kepercayaan kepada Allah dan Nabi Muhammad Saw.
Al-Fatihah kepada Khalid al-Walid. Semoga Allah meletakan beliau dikalangan orang yang syurganya mati syahid. Insya’allah.