Suasana rumah yang tersergam indah kelihatan lebih ceria daripada biasa. “Hah.. jangan lupa ya, panggil jiran yang dekat-dekat sini sekali” sorang wanita yang berumur memberi arahan sambil duduk di kerusi yang disediakan khas untuknya. “Baik Puan” jawab Shafie yang merupakan pembantu rumah dan juga orang yang diberi tugas menguruskan hal-hal keramaian keluarga.
“Assalamualaikum Bonda” tiba-tiba suara Tengku Sulaiman memberi salam.
“Mak tok.....mak tok...” kelihatan anak-anak Tengku Sulaiman berlari-lari mendapatkan nenek mereka.
“Wa’alaikumussalam” jawab wanita tersebut sambil memberi tangannya untuk di cium oleh anak dan cucu-cucunya.
“Ha... dari mana awak, Man? Irfa tak datang?” sambung wanita itu.
“Dari rumah... tak bonda, dia sibuk buat rambutlah, ambik bajulah, macam-macam orang perempuan ni..” jawab Tengku Sulaiman dengan nada yang mengeluh sedikit.
“Biarlah.. yang cantik pun nanti isteri awak jugak” sambil memberi senyuman wanita itu seolah-olah berpihak kepada Irfa, isteri Tengku Sulaiman.
Kini semua persiapan telah hampir siap, rumah baru yang kelihatan seperti istana tersegam indah sudah bersedia untuk menerima jemputan untuk kenduri. Penuh dengan perabot-perabot yang cantik dan mahal. Bukan berlagak menunjukan kekayaan, tapi itulah tradisi keluarga Engku Puteri Puan Meriam Tengku Omar.
Tanah yang baru dibelinya didirikan sebuah rumah yang difikirkan sesuai untuk diduduki bersama salah seorang dari anak kesayangannya. Walaupun kedudukan rumah yang baru ini agak jauh dipendalaman tetapi dia berpuas hati kerana baginya pemilihan untuk mendirikan rumah tersebut adalah bagi mengamati susasana kampung yang selalu di idamkannya. Masih menjadi buah mulut orang kampung Batu 4 ½ Jalan Kapar, Klang, gerangan siapakah yang membeli tanah tapak kilang besi buruk lalu menukarkannya kepada sebuah rumah besar ibarat istana.
“Siapa punyalah rumah tu gaknya ya..?” sapa Lebai Zali sewaktu minum di warung kopi hadapan Masjid.
“Dengar cerita kerabat yang punya” jawab Kak Esah peniaga warung.
“Tapi tak sombong orangnya, kelmarin datang ke warung ni minum pagi, semua anak beranak dialah..” sambung Kak Esah.
“Hmm kaya betullah tu” Lebai Zali terus memberi komen.
Sudah menjadi lazim bagi Engku Puteri Puan Meriam dan keluarganya selalu menjadi perhatian. Beliau merupakan anak kepada tiga beradik dari pasangan Tengku Omar dan Cik Puan Salmiah. Kini beliau telah menjangkau umur 76 tahun. Seorang ibu tunggal yang kehilangan suaminya, Tengku Abdullah 6 tahun yang lalu. Beliau kini bersama empat orang anaknya-anaknya bersama-sama menempuh kehidupan. Alhamdulillah, kesemua anak-anaknya berjaya. Kini anak sulungnya, Tengku Sulaiman meneruskan perniagaan arwah suaminya. Begitu juga anak-anakyang yang lain yang turut bersama, Engku Salmi, Engku Zari, dan yang bungsu, Tengku Fahd.
Seperti keluarga yang lain, Engku Puteri Puan Meriam berjaya mendidik anak-anaknya. Baik dari segi agama mahupun kehidupan biasa. Anak-anaknya dididik agar tidak sombong dengan kemewahan yang ada. Mereka dididik seperti orang biasa. Menghormati orang tua-tua dan sentiasa mengingati agama. Bagi Engku Puteri Puan Meriam, yang penting adalah anak-anaknya berjaya di dalam menjalani kehidupan. Walaupun anak-anaknya dilahirkan dengan kesenangan, beliau sentiasa mendidik anak-anaknya tentang kesusahan. Dan kini anak-anaknya telah dewasa dan memiliki keluarga sendiri serta berjaya dalam hidup.
“Assalamualaikum..” Shafie memberi salam.
“Wa’alaikumussalam....” jawab beberapa orang yang berada di warung di hadapan Masjid.
“Alhamdulillah... lebai ada di sini, saya Shafie.”tegur Shafie sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Lebai Zali. Termanga-manga Lebai Zali sebentar sambil menyambut salam Safie kerana dia sendiri tidak mengenali Shafie.
“Macam ni lebai, semalam saya tak sempat menahan lebai selepas solat Asar, tapi saya cam muka lebai bila Imam Arif tunjukkan kepada saya” jelas Safie. Barulah Lebai Zali faham, semalam dia agak kelam kabut pulang ke rumah selepas solat Asar.
“Saya ni wakil tuan rumah yang baru tu, nak menjemput lebai datang ke rumah malam esok untuk membaca doa selamat kenduri arwah dan kesyukuran” sambung Shafie sambil menunjukan rumah besar yang berdekatan dengan warung.
“Awak ke tuan rumah?” Lebai Zali bertanya.
“Tak lah, wakil sahaja. Tuan rumah ni namanya Puan Meriam, ibu tunggal dan anak-anaknya yang menjemput, saya bekerja dengan mereka.” Shafie menjelaskan.
Memang jadi kelaziman Engku Puteri Puan Meriam dia mahukan dirinya dikenali dengan panggilan Puan Meriam. Baginya gelaran, pangkat dan harta kekayaan tidak begitu bermakna. Bukan apa, dia tidak mahu orang berfikir bukan-bukan tentang dirinya. Walaupun dia dari keturuan kerabat diraja dan kaya dari segi hartabenda, Engku Puteri Puan Meriam lebih senang berada dalam keadaan kehidupan yang sederhana dan begitu jugalah cara dia mendidik anak-anaknya. Tidak sombong dan bongkak kepada masyarakat.
Dia juga selalu menjemput orang-orang surau, jiran-jiran dan rakan handai untuk datang bersama sewaktu dia mengadakan apa-apa juga majlis. Baginya apa yang dilakukan dengan menjemput orang adalah sebahagian caranya bersedekah.
“Semalam sewaktu saya bercakap dengan Imam Arif, dia mintak saya berjumpa Lebai kerana dia tiada esok berkurusus di JAIS katanya” sambung Shafie.
“Ha... yelah tu, tiga hari kursus di sana” sambil mengangguk kepala Lebai Zali menjawab. “Kami berharap dapatlah kiranya lebai menjemput jemaah-jemaah masjid sekali ya..” sambung Shafie.
“Insya’allah.... nanti saya akan uruskan ya, tak minum dulu” jawab Lebai Zali sambil mengajak Shafie minum bersamanya. “Tak palah... ada banyak lagi urusan ni, maklumlah baru pindah. Saya mintak diri dulu ya..” Sahfie menolak tawaran Lebai Zali sambil menghulur salam dan berlalu.
“Wah.. untunglah Lebai ya... orang pertama masuk rumah besar tu...” kak Esah mengusik. Lebai hanya mengangkatkan kening menunjukkan memek muka tanda berbangga.
“Wah wah wah... mentang-menatanglah anak kesayangnya nak balik... senyum dia ya.. bersusah payah”
“Biasalah tu... anak dia sorang je, kita ni apalah kan....”
Perbualan Tengku Sulaiman dan Engku Salmi memecahkan suasana sepi. Engku Puteri Puan Meriam hanya tersenyum.
“Bila sampainya ?” Tengku Sulaiman bertanyakan Engku Salmi.
“Entah.. katanya esok pagi jam enam. Shafie menjemput kot” jawab Engku Salmi pendek.
“Bonda pun ikut sekali menjemput” sampuk Engku Puteri Puan Meriam selamba.
Sambil mengangkat kening dan menjuit bibir Tengku Sulaiman memberi isyarat kepada Engku Salmi. Memang di ketahui Engku Puteri Puan Meriam akan bertungkus-lumus untuk anak bungsunya akan akan pulang esok. Macam cerita hindustan “Kabir Kushi Kabir Gham” pulak, tapi begitulah hakikatnya. Bagi Engku Puteri Puan Meriam, dia tidak pernah membezakan kasih sayang anak-anak namun pada anaknya yang bungsu itulah merupakan anak kesayangannya.
“Awak ikut jelah cakap ayahanda ya” bonda memujuk. “Kalau bukan untuk awak pun, buatlah untuk bonda” sambungnya dengan nada sedih. Aku hanya diam sahaja sambil melihat lantai. Aku tahu bonda tahu perasaan aku sebenarnya. Tapi dia pun tak boleh berbuat apa-apa. Ini keputusan ayahanda dan aku perlu turuti.
“Sabarlah, umur awak pun dah sesuai dan apa yang kita semua nak buat adalah yang terbaik untuk awak. Ikut sahaja ya..” sambil mengusap rambutku, bonda mencium dahi ku tanda kasih seorang ibu kepada anaknya lalu meninggalkan aku kesorangan di bilik ku.
“Macam mana, setuju ke dia?” ayahanda bertanya sambil duduk di serambi menikmati minum petang.
“Kalau baik awak fikir, baiklah semua, awak tahukan anak awak yang bongsu tu. Liar macam mana pun dia..., bab mak bapak ni dia akan patuh kan” bonda menjawab.
“Kalau macam tu kita langsungkan bulan depan jelah, saya beritahu Hisham esok” ayahanda menyambung sambil mukanya terselah tanda kepuasan. Bonda hanya diam sahaja menunjukkan tanda setuju.
Ayahanda telah merancang semuanya. Perkahwinan aku dengan Zana telah diaturkan bulan hadapan. Bonda tahu bahawa secara zahirnya aku setuju namun hakikatnya pada hati ku memang tidak bersedia lagi. Aku terpaksa mengikut kehendak ayahanda kerana bagiku dia dan bonda telah bersusah payah di dalam membesarkan aku dan adik- beradikku yang lain. Malah abang dan kakak-kakakku memang diatur perkahwinan mereka. Kami mengikuti tradisi lama, tradisi atuk nenek kami.