Thursday, August 13, 2009

RIZQ ZAYYAD

Hari yang gembira untuk semua keluarga kita hari ini. Telah lahir pada jam 10.30 pagi pada 13/08/09 bersamaan 22 Syaaban 1430 Hijrah seorang lagi umat Muhammad saw; Tahniah Rizq Zayyad Mohamed Hazrin. Tahniah pada Abang dan Yan, semoga Allah memberkati dengan rahmat dan kesejahteraan. Ayah Pet mendoakan Rizq Zayyad dilindungi, diberkati dan dipanjangkan umur . Kepada Abang dan Yan semoga murah rezeki dan diberi rahmat oleh Allah swa. Kepada Wak Yith dan Mak Besar.... tahniah atas cucu pertama lelaki didalam keluarga. Alhamdulillah dan Alfatihah untuk you all....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Allah S.W.T. telah mencipta manusia sebagai khalifahNya di muka bumi ini. Sebagai makhluk yang dimuliakan, Allah telah membentuk manusia dengan kejadian yang paling sempurna berbanding dengan makhluk lain.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:“ Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia (Adam) dari setitik air mani yang bercampur ( antara benih lelaki dengan perempuan ) ”( Surah al-Insan 76: 2 )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kemudian untuk lebih sempurna lagi, Allah S.W.T. telah meniupkan sebahagian dari rohNya. Melalui bahan tanah lumpur tersebut Allah telah membentuk jasad manusia dan kejadian ini dilengkapkan lagi dengan memasukkan roh ke dalam jasad tersebut.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah. Kemudian Kami jadikan tanah itu air mani yang tersimpan dalam tempat yang kukuh (rahim). Lalu kami jadikan air mani itu segumpal darah, lalu gumpalan darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan Kami jadikan gumpalan daging itu tulang belulang, lalu Kami lapisi tulang belulang itu dengan daging. Kemudian Kami bentukkan makhluk yang lain. Maha Suci Allah, sebaik-baik Pencipta”.( Surah al-Mu’minun 23: 12 -14 )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dan diri manusia terdapat empat perkara iaitu roh, nafsu, akal dan hati (qalb) (Al-Ghazali, 1967). Roh sukar untuk ditafsirkan, walaupun demikian Allah S.W.T. telah menegaskan dalam (Surah al-Isra’ 17: 85) yang bermaksud:“ Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah; Roh itu termasuk urusan Tuhanku dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Manakala menurut Al-Ghazali, roh mempunyai unsur-unsur kemalaikatan. Oleh kerana ia berasal dari roh Allah, maka asal dan tabiinya adalah suci dan diciptanya di alam ghaib. Nafsu merupakan tabiat dan daya penggerak bagi sifat-sifat yang tercela. Ini berbeza dengan roh yang mempunyai sifat-sifat yang suci sedangkan nafsu lebih mendekati sifat-sifat insan yang tabiatnya ke arah kehaiwanan.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :“ Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhan Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.(Surah Yusof 12: 53)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nafsu juga merupakan jiwa rohani yang membentuk hakikat manusia. Ianya mempunyai beberapa peringkat sesuai dengan kedudukan manusia serta dapat mencorakkan tingkah laku manusia ke arah kebaikan atau kejahatan. Secara umumnya, peringkat tersebut adalah seperti al-Ammarah, al-Lawwamah dan al-Mutmainnah.Akal pula merupakan satu anugerah Allah S.W.T. kepada manusia di mana ianya dapat membezakan tindakan untuk melakukan kebaikan atau keburukan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kedudukan akal dalam kehidupan manusia mengikut pandangan Islam adalah jelas mampu menerima tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Menurut pendapat ahli-ahli jiwa (dalam Hamka, 1983), akal bukanlah suatu sifat yang berdiri sendiri tetapi lahir dari jalinan tiga sifat jiwa iaitu fikiran, kemahuan dan perasaan. Oleh yang demikian, akal merupakan satu elemen yang paling tinggi dan mulia dalam diri manusia. Melalui akal, manusia memperolehi ilmu pengetahuan dan sebagainya.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud;“ Akal itu terbahagi kepada tiga bahagian, sebahagian untuk mengenal Allah, sebahagian untuk taat kepada Allah dan sebahagian lagi untuk sabar daripada melakukan kemaksiatan”.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Di samping itu, hati atau qalb pula membawa satu maksud bahawa manusia mempunyai perasaan, ingin mengetahui dan mengenali. Ianya juga mempunyai hubungan yang rapat dengan perlakuan manusia dan merupakan asas keperibadian yang akan melahirkan darjat seseorang manusia.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Menurut Al-Ghazali (1965) dalam Nor Anisah Abdul Malek (1992), hati bukan sahaja bermaksud hakikat manusia yang dapat menangkap segala pengertian malah, secara lahiriah ia juga bererti segumpal daging berbentuk bulat panjang, terletak sebelah kiri yang berfungsi sebagai sumber roh.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;“ Sesungguhnya di dalam jasad terdapat seketul daging yang apabila ia baik, baiklah jasad keseluruhannya dan apabila ia rosak, rosakklah keseluruhan jasad, Awaslah iaitu hati”.(Hadis riwayat Bukhari)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Alhamdulillah... bersyukur kepada Allah yang maha esa. Atas keberkatan yang telah kau beri pada kaum keluarga ku.... ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah dan lindungilah kami Ya Allah dan berkatilah kami Ya Allah. Amin......